Lama tak posting pasal sibuk sikit tapi dalam posting nie nak tulis banyak cerita. Bermula dengan duty kali pertama. Hari tu dah duty dengan Kapt. Juliana tapi tak berapa lengkap la. Satu soalan yang tak terjawab masa duty dengan dia, "Kenapa semua buku kena tulis dengan pensil?". Akhirnya terjawab bila PO yang bertugas bagitau saya yang tulisan menggunakan pencil ini adalah tradisi dari kapal. Ini kerana buku log yang ada di atas kapal pada zaman dahulu semuanya di tulis dengan pensil tidak menggunakan dakwat. Ini bertujuan agar tulisan dalam buku log itu tidak rosak apa bila terkena air dan tidak rosak juga apabila kapal itu karam. Dan dari segi sainsnya pula, memang la karbon tu dari unsur pereputan yang paling asas. Jadi, tulisan pada buku log itu tidak akan reput walaupun lama tengelam di dalam air laut. Sebab tu, di antara artifak sejarah dari kapal karam dahulukala adalah buku log yang ditulis dengan pensil!.
Semasa lawat HAT, ada benda sedih berlaku. Macam mana diorang nie tak hormat pegawai dia? Bila senior tak hormat, yang junior pun buat tak tahu jer! Bengang betul la!!
Nampaknya, kadet dah mula happy jer pasal dah lepas 'Alfa Routine'. Mungkin kerana terlalu happy sampai tak perasan yang kita boleh dengar mereka sembang pasal keburukan senior mereka. Mereka sedang beradaptasi dengan kehidupan yang penuh mencabar. 'When your body suffer, your spirit flourish!!".
Bantuan dari En. Hakim untuk dapatkan bantuan untuk 'renovate' rumah tercapai bila dia dapatkan kederat dari pelatih Paskal yang sedang belajar kat Fakulti Akademik. Lebih kurang 1530, ambil mereka di pangkalan dan sampai rumah dalam 1545H. Ada tiga misi, tebas dahan mempelam, susun batu bata dan cabut pokok belimbing. Cabut pokok belimbing yang paling mencabar dan akhirnya tercabut juga. Pokok yang besar dan berusia 10 tahun tercabut terus dari tanah dengan akar-akarnya sekali walaupun peralatannya boleh kata daif la. Memang diorang nie hebat, dari 100 orang hanya 20 sahaja yang terpilih. Gagah dan setia.
No comments:
Post a Comment