Saturday, August 27, 2005

Ahmed Hoosen Deedat

Seingat saya, dalam sebuah rancangan Jejak Rasul pernah menayangkan lawatan krew TV3 ke rumah Ahmed Deedat. Dalam rancangan itu dinyatakan seorang Pembela Islam yang Unggul sedang terlantar sakit. Menurut rancangan itu, Ahmed Deedat mengalami lumpuh dari paras tenguk sehingga ke kaki. Beliau hanya terlantar di katil dan ditemani oleh isterinya. Namun, yang menarik perhatian saya ialah keupayaan Ahmed Deedat berkomunikasi dengan krew TV3 hanya menggunakan isyarat mata. Isyarat mata ini kemudian diterjemahkan oleh anak beliau yang selalu mendampinginya apabila ada orang yang ingin berkomunikasi dengannya. Di dalam rancangan itu juga, Ahmed Deedat kelihatan mengalirkan air mata kerana rasa gembiranya melihat saudara seagamanya dari Malaysia datang melawatnya. Pada ketika itu, saya tidak begitu mengambil perhatian dan membuat rujukan atas tokoh yang unggul ini. Tokoh yang unggul dalam membela Islam.

Sehinggalah pada 10 Ogos yang lepas, saya terbaca banyak laporan akhbar tentang kematian Ahmed Deedat. Beliau meninggal dunia ada pada 8 Ogos 2005 dalam keadaan tenang. Beratus-ratus orang datang dari Afrika Selatan dan seluruh dunia untuk memberi penghormatan terakhir buat beliau. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Verulam yang terletak di daerah KwaZulu Natal, Afrika Selatan.

Dalam pencarian maklumat tentang tokoh ini, saya telah bertemu sebuah artikel yang ditulis oleh Fatima Asmal dari An Nisaa Publication (berpusat di Afrika Selatan) tentang Ahmed Deedat semasa berliau terlantar di atas katil kerana lumpuh. Cerita ini diperolehi dari anak Ahmed Deedat yang selalu mendampinginya sebagai penterjemah kepada para tetamunya. Berikut adalah sebahagian dari catatan Fatima Asmal yang dapat saya terjemahkan.

Pada 26 Oktober 2002, lebih kurang jam 7.30 pagi. Reverend Naidoo membuat perjalanan ke 49 Trevennen Road di Verulam, KwaZulu Natal. Satu sahaja misinya yang jelas: meng'kristian'kan Sheikh Ahmed Deedat.

“En. Deedat, bolehkah saya mendoakan awak atas nama Jesus?” dia memulakan kata-katanya. “Dan jika saya doakan atas nama Jesus, awak sembuh dan mampu berjalan. Sudikah awak menjadi pengikutnya.”

“Bolehkah saya bacakan awak surah dari kitab Bible ini dengan harapan Jesus akan menyembuhkan awak?" dia bertanya lagi.

Sheikh Ahmed Deedat memberi gerak balas menggunakan matanya dan dicatat oleh anak lelakinya di atas buku nota hitam yang terletak bersebelahannya. “En. Naidoo,” beliau berkata, “Tolong bacakan saya Bible Genesis Chapter 19 Verse 30.”

Reverend Naidoo yang rasa sangat gembira apabila permintaannya dipersetujui. “Dear Jesus, speak through the eyes!” dia berkata, pada masa yang sama membuka muka surat berkenaan dan membacanya: “And Lot went up out of Zo’ar, and dwelt in the mountain, and his two daughters with him; for he feared to dwell in Zo’ar: and he dwelt in a cave, he and his two daughters. And the firstborn said unto the younger, Our father is old, and there is not a man in the earth to come in unto us after the manner of all the earth: come, let us make our father drink wine, and we will lie with him, that we may preserve seed of our father. And they made their father drink wine that night: and the firstborn went in, and lay with her father; and he perceived not when she lay down, nor when she arose. And it came to pass on the morrow, that the firstborn said unto the younger, Behold, I lay yesternight with my father: let us make him drink wine this night also; and go thou in and lie with him, that we may preserve seed of our father. And they made their father drink wine that night also: and the younger arose, and lay with him; and he perceived not when she lay down, nor when she arose. Thus were both the daughters of Lot with child by their father.”

Sekali lagi, dengan gerakan anak mata, Sheikh Deedat bertanya, “Apakah moral dari kisah itu? Apakah yang awak belajar darinya?”

Reverend Naidoo, tersentak dan terkejut, beliau bergegas meninggalkan Sheikh Deedat, tanpa memberi apa-apa jawapan. Misinya gagal dan memalukannya.

Ini adalah sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Fatima, selanjutnya boleh di rujuk di atas link yang terdapat pada tajuk di atas. Semoga, jasa yang telah diberi oleh Ahmed Deedat sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan melahirkan lebih ramai lagi 'Deedat' yang sentiasa di dalam kotak mindanya untuk membela agama Islam walau dengan apa cara sekali pun, samada dalam kedaan sihat mahupun terlantar di atas katil. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh beliau. Al Fatihah.

8 comments:

anqa said...

semoga Allah merahmati beliau. siapakah yang boleh mengganti beliau di kalangan orang melayu?
kehadirannya nanti akan mengislamkan ramai bukan muslim di malaysia ini.

Amir Azmi said...

Saudara juga mungkin salah seorang darinya, InsyaAllah. jalan yang masih jauh dan banyak lagi yang perlu diperkemaskan.

Anonymous said...

Silahkan baca cerita saat2 kematian deedat di sini http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/

dosh said...

Bro, apahal post alamat kt bawah ni ttg cerita kematiaan Ahmad Deedat

http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/

Semua org sakit, paderi yg pernah debat dgn Ahmad Deedat pun pernah sakit. aku pun pernah sakit.org kena kanser ,diabetes, sakit jantung ada kah sebab memeluk agama islam??? semua manusia yg hidup di dunia ini pasti akan sakit dan mati.

Anonymous said...

tp yg lebih pelik apabila patung jesus terbesar di ohio pd jun 2010 di panah kilat petir sehingga hangus dan hancur. yg tu baru pelik.

Amir Azmi said...

Anonymous said...
Silahkan baca cerita saat2 kematian deedat di sini http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/

Saat-saat kematian Ahmad Deedat jauh lebih mulia dari kematian muslim biasa, kerana dalam keuzurannya, beliau masih mampu berdakwah dan menjelaskan dengan terang dan tepat tentang kebatilan yang terdapat di dalam Bible!

Hujah-hujahnya terhadap Bible adalah semata-mata untuk mendedahkan yang Bible itu telah diubah dari kitab asalnya, Injil.

Semoga Allah merahmati rohnya, Ameen.

Anonymous said...

@aMIR aZMI,,, anda mengatakan bahwa "Hujah-hujahnya terhadap Bible adalah semata-mata untuk mendedahkan yang Bible itu telah diubah dari kitab asalnya, Injil."

Dapatkah anda dan kalangan islam membuktikan dimanakah injil yang asli dan bagaimanakah rupanya ? jangan asal menuduh tanpa bukti. !! !

Mohd Awaludin Bin Mohamed Bashir said...

Mari sama2 kte renungkan...

Org2 Islam percaya kepada semua kitab yg diturunkan sebelum Al-Quran. Kitab-kitab tersebut adalah Taurat, Zabur dan Injil. Kitab-kitab tersebut diberikan kepada utusan Allah (Nabi) dalam bentuk wahyu dan bukannya sebuah buku yg turun dari langit.

Mari kte cube memahami apakah maksud Bible. Bible adalah terjemahan dari bahasa Greek dari perkataan "Biblos" yg bermaksud buku-buku (books). Di dlm Bible juga mengandungi 73 buku (books) mengikut fahaman Roman Katholik dan 66 buku (books) mengikut fahaman Protestant.

Yg mana satukah yg lebih tulen..?yg mengandungi 73 buku atau 66 buku..?jika yg 73 buku lebih tulan sebagai "Injil",mengapa pula ada yg MENGUBAHNYA hingga jadi hanya 66 buku..?sekiranya yg mengandungi 66 buku itu yg tulen,bagaimana pula dengan keimanan terhadap mereka yg percaya dan beriman kepada Bible yg menandungi 73 buku itu..?kerana yg 73 itu muncul lebih awal dari yg telah di UBAH menjadi 66 sahaja.

Bible juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Old Testament dan New Testament. Cuba kte perhatikan, dlm Bible tersebut,tiada 1 pun dari buku yg ditulis di dlm bible adalah buku dari Jesus (The Gospel of Jesus). Sbb semua Gospel dlm Bible ditulis oleh org yg berbeza, Matthew, Mark, Luke dan John. Serta pada muka surat pertama akan ditulis dengan perkataan "According to" dan bknnya "by". Maksudnya, bkn mereka (Matthew, Mark, Luke, John) yg menulis Gospel tersebut, akan tetapi org lain yg menulis dan mengatakan itulah tulisan mereka.

Dlm Bible juga hanya menceritakan bahawa Jesus pergi ke suatu tempat untuk mengajarkan Gospel, pergi ke tempat lain dan mengajar Gospel. Persoalannya, adakah Jesus pada ketika itu memegang Bible di tgnnya dan membaca Gospel yg ada dlm Bible tersebut...?Jika ia, Bible Versi mana yg Jesus gunakan...?Roman Katholik..?King James Version..?Simple English Version..?

Org Islam percaya kepada Injil dan Injil yg kami percayai adalah Wahyu yg telah diberikan kepada Jesus (Nabi Isa a.s). dan bukan Bible yg didakwa oleh org kristian.