Tuesday, September 20, 2005

La Marie

La Famille Francaise(Keluarga Perancis) En(dalam) Chiffres(Nombor/Statistik)

  • La famille, c'est couple marie(pasangan berkhawin) (ou(atau) non marie(tidak berkahwin)) avec(sama ada) ou sans(tanpa) enfants(anak). Menurut En. Nardin, pada zaman dahulu. Bersekedudukan adalah sesuatu yang memalukan di Perancis tetapi pada hari ini ia sudah menjadi sebahagian kebiasaan bagi orang Perancis.

  • Un couple sur huit(1 per 8) n'est pas(tidak) marie. Un couple marie sur trois(1 per 3) divorce. Di Perancis kadar penceraian agak tinggi bagi golongan muda. Pada kebiasaanya, golongan muda akan duduk bersama dahulu dan setelah beberapa tahun bersama meraka barulah mengikat tali perkahwinan.

  • L'age moyen(purata) du mariage, c'est 27 ans(tahun) pour(bagi) la famme, 28 ans pour l'homme. Umur purata orang Perancis berkahwin agak lewat, kebanyakkan mereka mengutamakan kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga.

  • La France a 15 millions d'enfants(kanak-kanak) de 0 a 19 ans. Keseluruhan penduduk Perancis adalah 60 juta. Ini bermakna 1/4 dari penduduk Perancis adalah golongan muda.

  • En moyenne, un couple a deux(dua) enfants. Les familles de quatre(empat) enfants sont rares(jarang). Mr. Nardin kata, dia cuma ada seorang adik lelaki sahaja dan pada tahun 1960 beliau telah berkahwin dan cuma ada dua orang anak perempuan sahaja. Namun begitu, anak perempuan pertamanya telah melahirkan 3 anak dan anak perempuan kedua telah melahirkan 2 orang anak. Dia berpendapat, orang Perancis sudah mula melihat anak yang ramai sudah menjadi cara hidup baru. Kerajaan Perancis juga memberi insentif yang lebih kepada keluarga yang mempunyai ramai anak sekarang. Lepas tu, saya bagi tahu dia saya ada 5 adik beradik lelaki dan 3 adik perempuan. Terkejut dia!! hmmm... baru dia tahu orang Malaysia lebih produktif dari orang Perancis!!
Kebetulan pagi tadi pergi HAT untuk bawa Nabila buat 'medical check-up'. Jumpa En. Nardin dengan En. Michel. En. Michel rupanya sakit tekak dan seronok betul mereka bila jumpa Nabila. En. Nardin kata "what a beautiful girl!" :)

No comments: