Sememangnya Bahasa Perancis sangat asing berbanding Bahasa Inggeris. Malah menurut guru Perancis saya yang baru, Arnoud Rithie, kebanyakkan perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah pinjaman dari Bahasa Perancis!. Tatabahasa!, sangat berbeza. Saya boleh kata yang Bahasa Perancis ini ada sedikit seperti Bahasa Arab yang mana 'kata nama'nya mempunyai jantina! Jika dilihat dari segi sejarah pun, Bahasa Perancis berasal dari Bahasa Latin manakala Bahasa Inggeris lebih dipengaruhi oleh bahasa penduduk di utara Eropah.
Selain keseronokan mencapai impian belajar di Alliance Francais, suasana pembelajaran mengingatkan kembali pengalaman belajar di Australia. Belajar sambil berkenalan dengan rakan yang datang dari pelbagai negara. Di dalam kelas saya terdapat 3 orang pelajar dari Iran dan seorang dari Sudan. Mereka adalah penuntut dari Universiti swasta sekitar Kuala Lumpur. Sama-sama tidak fasih berbahasa Perancis, sama-sama bercakap dalam bahasa Perancis dengan 'enjoy'. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan InsyaAllah akan menamatkan peringkat asas pada bulan Mac ini sebelum disambung dengan peringkat yang lebih tinggi sepanjang tahun ini. 2011 adalah tahun Perancis! :)
No comments:
Post a Comment