Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, September 27, 2009

Sujud

sumber: Utusan Online
Pada 26 September yang lalu bertempat di Capital Hill, Amerika Syarikat, beribu-ribu umat Islam telah berkumpul untuk melaksanakan solat Jumaat. Menurut penganjur acara itu, Abdul Malik berkata, umat Islam datang dari seluruh Amerika Syarikat, malah ada antaranya dari Britain dan Kanada. Menurutnya lagi, acara itu bukan suatu bentuk protes, sebaliknya hari untuk bersembahyang, mengabdikan diri kepada Tuhan dengan doa supaya semua lapisan rakyat Amerika boleh hidup bersama untuk kemajuan sejagat.

Inilah salah satu bentuk syiar yang dituntut di dalam Islam. Memberi gambaran yang jelas lagi baik tentang Islam di mata dan hati orang bukan Islam. Melihat gambar di atas mengingatkan saya betapa nikmat, hiba dan syukur dapat bersujud di bumi Allah yang tidak disirami syiar Islam. Mengingatkan saya bersolat di bilik persalinan di Mount Buller, di bilik kecil di RMIT, di dewan bola keranjang di Warabee dan sembahyang duduk dalam perjalanan menaiki bas dari Melbourne ke Sydney yang mengambil masa 14 jam.

Bersujud dan menyebut "Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya" sebanyak 3 kali di bumi Australia adalah satu nikmat yang sungguh menginsafkan. Nikmat yang sama dirasai oleh mubaligh Islam yang bersujud di persisiran pantai Melaka semasa pemerintahan Parameswara, Tariq bin Ziad di bumi Sepanyol dan umat Islam AS di Capital Hill. Maha Suci Allah.

Monday, April 06, 2009

Ad Hoc

This was a last minute task given to me by my boss last week. He asked me to create a short video clip for closing ceremony. The closing ceremony for 'English Course for Officers'. It was a tiring day. It took a whole 'final' day to take photos and compile them in one short video clip. Luckily, I managed to finish it before Friday prayer. The closing ceremony was beginning at 1655H and my clip was presented 10 minutes later. It was a release! and felt so happy when they impressed with what I have done! I just lucky because it still has a lot of space for improvement. I just wish that I have a lot of leisure time to sharpen my decaying snapping photo skill. :)

Saturday, March 28, 2009

Ironic

I found it from TT, thank you very much! very cynical but the truth is there. A short film about a young Chinese who decides to learn Irish. Ironically, he felt like an alien when he arrived in Dublin. Even, Irish can't recognize their own mother tongue! What a pity! :(

Saturday, February 28, 2009

An Extraordinary

I just finished read a book written by Dato' Hasan Nawawi. The title of the book is 'Cabaran Berbasikal Mengililingi Dunia'. A story of an extraordinary journey by a senior government officer (he was 46 years old when he started kick the paddle) with his brother cycling around the world. I took about a week to finish the book and feel like I was a part of the adventures. He wrote his adventures very nicely. He took about a year to complete the journey started on Jan 2001. I felt a little sober at the end of the journey when he wrote that he felt so eager to hug his youngest son when he almost reaches the border between Thailand and Malaysia. His experiences inspired me to be like him, at least in my dream.

I turn to internet to find similar an extraordinary experience. I found a lot of foreigners especially westerner whose have such a great journey travelling around the world by bicycle. The recent one is Nicolai from Denmark who travel solo on bicycle. According his plan, he will finish in year 2010. Now, he is in Central America and will reach USA soon. I'm following his dairy and so excited to know what is next happen to him in his diary. you can reach him at worldtravellers.dk.

The other one is Rune Monstad from Norway. I think he is crazy but yet a funny person. He started his journey from Bolivia in year 2006 and now he is in Central Africa. Why I said crazy? from his blog Viking Biker, you can find that he is travelling by bicycle alone without any plan nor sponsor. He just let it be. He managed cycling alone cross Colombia, where criminals and drug gangsters are everywhere, he was rob in Seattle, USA but then he become famous and cycling alone in a snow storm crossing Canada. Here some of his opinion from his blog about people on cycling around the world that he met along his journey.

"Have seen many long distance bikers and you don't believe what they bike with. One 65 year old man bike from Mexico to Colombia with girl bike for and all his stuff in a backpack. Another one biked Central America with roadracing bike and 3 kg (7 lbs.) of stuff, he was shaking his head when he saw how much stuff i had. Then there was the guy that bike around the world with 60 kg (132 lbs.) of gear and bike 200 km (125 miles) everyday. Another one cross USA with a trailer for his dog. A homeless man bike with homemade bike and homemade trailer, he have biked around USA for 8 years. A 60 year old couple bike Central America with tandem bike, man in front off course. they fight a little about who pedal the most. Some bike in group, two or alone. I like to bike alone, you meet more people when you bike alone." source Viking Biker

From my opinion, beside a great adventure lies a braveheart. The hearts of a pure survivor which never break even has to face the toughest obstacle, calm to face any resistants and dare to dream higher than the others!.

Tuesday, July 01, 2008

Passion

Hari Ahad lepas merupakan hari yang sangat bermakna!. Bermakna kerana saya berpeluang 'membunuh' tiga ekor burung dengan hanya menggunakan seketul batu. Bermula dari jam 290530 bertolak dari Seri Manjung ke Kuala Lumpur dan kembali semula pada keesokkannya jam 300300.

Pada mulanya saya dikehendaki hadir ke Kuala Lumpur untuk Majlis Makan Malam sempena Hari Ulang tahun KPA ke-50 di Berjaya Times Square, bermula jam 2000. Namun setelah melawat forum FMDC, ada satu bengkel berkaitan fotografi yang diadakan pada tarikh yang sama anjuran Majalah Libur dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, bermula 0800 hingga 1700. Tajuknya, Travel Photography.

Alhamdulillah, walaupun berpandukan peta yang saya cetak dari google.maps, dapat juga saya tiba di Pusat Penerangan Perlancongan di Jalan Ampang pada masanya. Bengkel ini disampaikan oleh En. Izahar Atan.

Persembahan yang sangat menarik. Membuka minda saya lebih luas dengan apa yang dimaksudkan dengan Travel Photography. Antara isi persembahan adalah; keperluan untuk fotografi pengembaraan, fotografi di dalam air dan fotografi dari udara.

Bagi saya En. Izahar Atan merupakan orang yang sangat berpengalaman berdasarkan cara persembahannya. Persembanhannya yang diselang-selikan dengan pengalamannya buat semua orang teruja mendengarnya. Dia memang orang yang ceria dan persembahannya memang menceriakan.

Saya rasa, banyak pendedahan tentang passion dalam fotografi melalui penceritaan pengalamannya. Guru pertama beliau tentang fotografi adalah orang Jepun. Beliau bekerja dengan sebuah syarikat akhbar Jepun. Komitednya orang Jepun tentang ilmu fotografi diceritakan dengan baik oleh En. Izahar. Bayangkan, orang Jepun tidak pernah membenarkan En. Izahar menggunakan tali untuk mengantunggkan kameranya di lehernya. Ini bermakna beliau terpaksa memegang kamera itu ke mana sahaja dia pergi. Tujuannya, supaya kita sentiasa bersedia dan sentiasa memastikan kemera di dalam jagaan yang terbaik.
Selain dari itu, beliau menyatakan bahawa jurugambar luar negara jujur. Jujur yang dimaksudkan di sini adalah gambar yang diambil itu mencerita perkara yang benar-benar berlaku pada masa, tempat dan subjek yang benar. Contoh assignment yang beliau pernah laksana adalah mengambil gambar keluarga kakaknya bersahur. Walaupun gambar itu boleh diambil dan dilakonkan selepas berbuka, namun orang Jepun mahu gambar itu diambil pada waktu sebenar keluarga kakaknya bersahur. Kena bangun 3 pagi untuk setup dan pukul 4 pagi untuk ambil gambar.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pembantu kepada jurugambar National Geographic. Tajuk assignmentnya The working women in Asia. Apa yang diperhatikan oleh beliau adalah gambar yang diamabil benar-benar mengambarkan kehidupan wanita bekerja di Asia. Seorang wanita, pekerja kilang dikaji dari kehidupannya di bandar dan membawa kepada kehidupannya dikampung halamannya. Gambar yang dihasilkan memberi gambaran yang benar, jujur dan jelas.

Ada banyak lagi pengalaman yang disampaikan di antaranya pengalaman mengambil panorama Cameron Highland yang mengambil masa 5 hari, rakan yang mengalami kecederaaan teliga semasa mengambil gambar di dasar laut, hampir terkorban semasa mengambil gambar dari udara, pengalaman manis mengambil gambar semasa majlis Sultan-Sultan dan lain-lain lagi. Sememangnya berbaloi!

Sebaik saja tamat, saya bergegas pula ke Berjaya Times Square. Saya mengambil kesempatan ini untuk meninjau persiapan majlis makan malam. Terpenting sekali, memastikan tempat duduk saya. Setelah pasti terus ke ground floor untuk melihat pameran fotografi di situ.
Pameran ini bertemakan The Harmony of Life yang dianjurkan oleh Kementerian Perlancongan Malaysia. Saya sangat teruja. Tidak dapat dinafikan, gambar-gambar yang menang sememangnya hebat. Harap saya akan jadi lebih baik dari mereka suatu hari nanti, InsyaAllah.
Kebetulan semasa saya makan malam, saya berpeluang duduk di sebelah seorang Pegawai Perhubungan Raya yang berkongsi minat tentang fotografi, Mejar Hanafi. Inilah kehendak Allah, sepanjang hari ini saya hanya bercakap tentang fotografi. Mejar Hanafi orang yang berpengalaman luas kerana telah 20 tahun terlibat dalam bidang fotografi.

Beliau juga pernah terlibat dengan National Geographic sepanjang kerjayanya. Di antara pengalaman yang tidak dapat dilupa bersama National Geographic adalah komitmen jurugambar National Geographic yang tinggal di atas pokok di Hutan Belum untuk mengambil gambar flora dan fauna selama hampir setahun. Tidak hairanlah hasil yang diperolehi sungguh menakjubkan.
Apa yang saya dapat simpulkan, sebuah gambar yang hebat itu sebenarnya dibayangi dengan ketabahan, kesabaran, kejujuran, ilmu dan perasaan cinta yang mendalam terhadap fotografi. Hari itu merupkan hari yang penuh bermanka dalam hidup saya.

Thursday, June 26, 2008

Kasih Sayang

Somewhere over the rainbow
Way up high
There's a land that I heard of
Once in a lullaby

Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that you dare to dream
Really do come true

Some day I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemondrops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
Birds fly over the rainbow
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?


Bagaimana seorang manusia yang luarbiasa dilahirkan? Bagi saya semua manusia dilahir dalam bentuk yang sama tetapi persekitarannya yang menjadikan seorang insan itu luarbiasa.

Connie Talbot sangat suka menyanyikan lagu Over the Rainbow kerana lagu itu selalu didengarinya semasa beliau masih kecil ketika menonton filem The Wizard of Oz bersama neneknya. Lagu yang sama juga dinyanyikan oleh neneknya untuk mendodoi beliau sebelum beliau tidur.

Kini lagu yang sama telah menjadikannya seorang kanak-kanak comel berusia 7 tahun yang luar biasa dan lagu yang sama dinyanyikan di pusara neneknya.

Moralnya.. keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang buat anak-anak kecil hari ini, membesar menjadi manusia yang seimbang dan luar biasa pada masa hadapan. Berapa ramaikah anak-anak kecil yang kehausan kasih sayang pada hari ini?

Tuesday, June 17, 2008

Percaya

PERHATIAN: ENTRY INI ADALAH SPOILER BAGI YANG BELUM MENONTON KUNG FU PANDA!! huhu!!

Saya baru sahaja habis menonton filem Kung Fu Panda. Menarik jalan ceritanya dan sangat terkesan sehingga saya teruja untuk menulis tentangnya di dalam blog ini. Alasannya, filem ini ada tauladan antara guru dan anak murid, antara keupayaan fizikal dan percaya!.

Kisahnya bermula apabila seekor Panda 'gemuk' yang sangat meminati seni bela diri Kung fu tetapi selalu 'demoralise' oleh bapanya yang berharap anaknya akan menganti beliau sebagai peniaga mee sup.

Diringkaskan cerita, kampung di mana Panda itu tinggal akan dihuru-harakan oleh seekor Harimau Salji yang juga sebenarnya adalah bekas pelajar di sekolah Kung Fu di tempat itu. Atas arahan Master Oogway (kira 'grand' tok guru) seekor kura-kura tua, beliau telah melantik Po (Panda yang gemuk) untuk dilantik menjadi 'Dragon Warrior', satu-satunya pahlawan yang mampu mengalahkan Tai Lung (Harimau Salji).

Pelantikan ini telah membuat Shifu (Pengetua) dan pelatihnya seramai 5 ekor tidak berpuashati. Po dipinggir dan lebih menyedihkan Shifunya sendiri cuba menyingkirkannya.

Namun begitu, Shifu akhirnya terpaksa menerima Po sebagai anak muridnya setelah kematian Master Oogway. Dalam keterpaksaan itu, beliau mendapat idea untuk mendidik Po menjadi 'Dargon Warrior' setelah mendapati Po boleh dimotivasikan dengan 'makanan'.

Dengan latihan intensif, akhirnya Po dapat dibentuk dan layak untuk menjadi 'Dragon Warrior' dengan menerima skrol hikmat. Apabila Po membuka skrol itu, tiada apa di dalamnya cumalah helaian berkilat yang memantulkan imejnya.

Tiada siapa yang faham, malah semuanya kecewa. Lalu Shifu mengarahkan kampung itu dikosongkan sebelum kedatangan Tai Lung. Pada ketika inilah, bapa kepada Po menerangkan rahsia sebenar kenapa mee supnya sangat popular. Rahsianya, tiada ramuan istimewa pun!. Mee sup bapanya popular kerana orang ramai percaya mee supnya istimewa!.

Pada ketika itu Po yakin dan percaya beliau mampu mengalahkan Tai Lung dan kesudahannya, Po berjaya mengalahkan Tai Lung dan menjadi kebanggaan orang kampungnya.

Moral dari kisah ini, jika kita seorang guru, kita harus percaya anak murid kita mampu melakukan perkara yang dirasakan sukar untuk mereka laksanakan. Sentiasa berfikir yang terbaik untuk anak murid.

Bagi seorang murid, jangan sekali-kali merasa rendah diri dan berundur dari berusaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah gabungan impian, usaha dan yang utama, percaya dengan kemampuan diri sendiri.

Percayalah, orang lain akan melihat kita seorang yang istimewa kerana kitapercaya yang kita seorang yang istimewa. :)

Tuesday, May 13, 2008

Sudu dan Garfu

Bila bercakap tentang Esprit de Corps, perkhidmatan inilah yang paling ketara nilainya. Semangat berpasukan itu sudah menjadi budaya dan amalan. Segala aktiviti yang dijalankan mempunyai satu objektif sahaja, bersatu. Tanpa mengira bangsa, budaya dan jantina. Di antara aktiviti yang dijalankan atas nama itu adalah Jamuan Sudu dan Garfu.

Jamuan bulanan ini diadakan secara bergilir-gilir antara fakulti. Bulan ini giliran Fakulti Pendidikan dan yang menariknya, ia dijalankan di Pusat Bowling Armada. Ini maknanya ada pertandingan bowling antara fakulti. Ada program yang merapatkan lagi semangat berpasukan.

Saya bukan pemain yang hebat. Sekadar memastikan bola bergolek dengan lurus di tengah-tengah lorong bowling. Namun begitu, hari ini saya mencatat sejarah dengan menghasilkan 6 'spare' dan 1 kali 'strike' dalam 'frame' yang ketiga!! Pertama kali, Alhamdulillah. Biasanya, susah nak jumpa garis dan pangkah! Dapat no 14 dari 52 orang. :P

Johan adalah Pegawai Memerintah sendiri dan johan fakulti adalah Fakulti Pendidikan! Seronok kerana fakulti saya dapat johan dan seronok dapat bermesra sambil makan 'chiken chop' dengan rakan sejawat.
Semua gambar diambil dengan menggunakan handphone K530i Sony Ericsson. Boleh tahan juga gambar 2.0 Megapixels aku nie :P

Wednesday, May 07, 2008

50mm

Akhirnya, setelah dua minggu menunggu dengan penuh sabar dapat juga apa yang diidamkan. Lens Nikkor 50mm yang saya beli secara online dari Shashinki. Barangkali kerana terlalu lama menunggu, Shashinki yang terletak di Ayer Tawar telah menghantar pekerjanya menghantar sendiri lens itu 'by hand'. Eksperimen sikit-sikit malam tadi, dan gambar kat atas antara yang di'snap'. Woody dari filem Toy Story 2. Alhamdulillah, sangat puashati. Motivasi besar nak terus mendalami ilmu fotografi.

Friday, April 25, 2008

Takut

Sudah lebih sembilan tahun saya mengajar Matematik, ada satu perkara yang menarik tentang pelajar-pelajar saya. Perkara tersebut adalah 'ketakutan' menjawab soalan Matematik. Bunyinya macam lucu tapi itulah kenyataannya.

Apa yang saya nyatakan di atas berlaku di kalangan segelintir dari para pelajar saya. Namun, tingkahlaku tersebut sememangnya merencatkan penyerapan ilmu matematik ke dalam otak mereka.

Kerap kali saya melihat sebilangan pelajar yang mula termenung melihat papan putih tanpa menyentuh mata pena mereka ke atas kertas jawapan. "Adakah mereka sedang membaca Matematik?". "Matematik boleh dibaca ke?".

Bila ditanya "kenapa tak buat lagi?", jawapan lazim yang diberi adalah "saya sedang cuba nak paham" atau diam dan tersengih.

Antara nasihat yang selalu saya beri, "kita kena cuba dulu, salah kalau tak cuba!". Bagi saya orang yang mencuba tetapi tidak berjaya lebih mulia dari orang yang hanya termenung melihat papan putih dan tersengih bila ditegur!.

Kita kena cuba agar kita kenal siapa diri kita dan apabila kita kenal diri kita, InsyaAllah kita mampu memandu diri kita ke arah kejayaan!. Berani menghadapai 'ketakutan'.

Macam cogankata kasut terkenal, belajar Matematik kena 'just do it'!!

Monday, December 17, 2007

Syukur Alhamdulillah

Bila kali terkahir anda merasa tersangat cemas? Cemas sehingga anda akan berdoa sebanyak-banyaknya dan berzikir sebanyak-banyaknya semoga Allah melindungi anda dari malapetaka yang dahsyat!.

Saya, saya tidak pasti bila kali terakhir kerana mungkin telah terlalu lama menikmati nikmat keamanan dan ketenangan dari Allah. Saya mungkin terlupa dengan ujian-ujian yang lalu dan saya sudah lupa dengan keadaan di mana betapa kecilnya diri ini semasa menghadapi ujian yang berat.

Petang tadi, saya membawa anak perempuan saya ke Marina Water Park yang berdekatan dengan Teluk Batik. Tujuannya adalah untuk meninjau tempat rekreasi baru di Teluk Batik itu dan mengisi masa lapang bersama anak kerana isteri saya merupakan pegawai bertugas di tempat kerjanya.

Lebih kurang jam 6.45 petang, setelah lebih kurang 30 minit berada di taman tersebut, kami bersedia untuk pulang walaupun anak saya agak terkilan kerana tidak dapat mandi di kolam renang taman tersebut. Sesampai di rumah lebih kurang 6.55 petang, saya dapati dompet saya tiada di dalam poket seluar. Puas menyeluk, kemudian mengeledah seluruh kereta, saya membuat andaian yang dompet saya telah tercicir di taman tersebut.

10 minit yang sangat panjang, 10 minit yang penuh dengan zikir dan doa, 10 minit yang sangat mencemaskan lagi mendebarkan, 10 minit yang penuh dengan pengharapan. 10 minit untuk sampai kembali ke taman tersebut. Sesampai di taman, saya terus mengelabah mencari dompet yang hilang. Cari dan terus mencari dengan beberapa bantuan dari pekerja taman tersebut. Sehinggalah saya mula memikirkan untuk melaporkan sahaja kehilangan dompet serta dokumen penting ke balai polis terdekat.

Dengan hati yang bercelaru dan berat saya meninggalkan taman tersebut. Sempat juga saya meminta nombor hp pakcik penjaga tiket taman tersebut. Manalah tahu anda manusia yang budiman terjumpa dompet saya dan memulangkan kepada pihak berkuasa taman. Harap dan mengharap!.

Sebaik saja saya hendak melangkah keluar, datang seorang wanita dan berkata, "Encik ada hilang wallet?". Saya terus mengiyakan. "Bang, dia punya wallet agaknya". Dari kejauhan saya melihat seorang lelaki berbaju T dan berkain pelikat serta dua orang budak lelaki bersamanya. Menurut lelaki tersebut anaknya yang menjumpai dompet saya dan beliau meminta maaf kerana 'mengelidah' dompet saya kerana cuba mencari nombor hp saya.

Dalam perasaan gembira bercampur terharu serta rasa syukur yang teramat sangat saya mengucapkan terima kasih dan memberi sedikit saguhati kepada anaknya walaupun ibunya melarang. Mungkin kerana perasaan yang bercampur itu juga membuat saya terlupa satu perkara yang penting, mengambil sedikit maklumat tentang hamba Allah yang sangat jujur itu. Rasa sedikit kurang!

Dalam perjalanan pulang, ucap syukur berterusan dengan hati yang terasa tersangat tenang. Syukur kepadamu ya Allah, kerana telah memberi kekuatan dalam menghadapi ujianmu ya Allah. Kurniakan rezeki yang bertambah-tambah dan keberkatan hidup berkeluarga kepada hamba Allah yang telah menemui 'wallet' saya. Ameen. Syukur Alhamdulillah.

Thursday, October 25, 2007

Tidak Rasa Takut di Angkasa Lepas

Dipetik dari ruangan RENCANA,
Utusan Malaysia, 24 Oktober 2007

MUKADIMAH
ANGKASAWAN pertama negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini berada di Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin di Star City, Moscow untuk pemeriksaan dan kajian lanjut selepas kembali ke Bumi dari angkasa lepas Ahad lepas.

Dalam temu bualnya kira-kira 49 minit bersama juruhebah Radio 24, Nizal Mohamed semalam, beliau menceritakan pelbagai pengalaman dan perasaannya ketika berada di angkasa lepas. Berikut ialah petikan temu bual itu.

BERAPA lamakah Dr. Sheikh akan berada di Star City?

Setiap angkasawan yang pulang dari angkasa lepas akan menjalani ujian perubatan sebelum dilepaskan dan saya akan dikuarantinkan selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.

Kami difahamkan antara tiga angkasawan yang telah kembali, Dr. Sheikh Muszaphar merupakan yang paling sihat?

Alhamdulillah. Saya berasa begitu bersyukur kerana tidak mengalami masalah langsung apabila berada di angkasa lepas dan saya berasa ini adalah kerana doa dan sembahyang hajat yang dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa begitu tenang berada di angkasa lepas dan tidak rasa pening, muntah atau kesan sampingan lain. Semasa mendarat di Kazakhstan saya boleh berjalan dengan serta-merta dan ia tidak menjadi masalah kepada saya. Alhamdulillah.

Saya mendapati Sheikh merupakan orang yang paling konsisten dari segi keceriaan, tenaga dan semangat, di mana datangnya semangat itu?

Saya telah bermimpi untuk menjadi angkasawan sejak saya berumur 10 tahun dan saya berasa ini adalah satu impian saya yang sudah menjadi kenyataan. Dan ini bukan sahaja impian saya malahan impian seluruh rakyat Malaysia. Saya berasa amat berbangga dapat membawa Jalur Gemilang ke angkasa lepas. Saya juga tidak berasa penat dan risau dan saya begitu fokus apabila berada di angkasa lepas.

Apabila sampai ke Baikonur belum lagi ditentukan siapa yang akan pergi dan akhirnya nama anda disebut. Bagaimana perasaan anda ketika itu?

Saya tidak terkejut apabila dipilih kerana saya sentiasa bersikap positif dan saya sentiasa yakin pada diri sendiri. Saya berserah kepada qadak dan qadar. Pertama sekali saya berasa bersyukur dipilih kerana mandat oleh Perdana Menteri Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia untuk merealisasikan wawasan negara.

Saya benar-benar bersyukur dan berjanji apabila kembali nanti saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan untuk menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat, kepada pelajar dan kaum belia Malaysia.

Saat-saat mendekati Soyuz TMA11 berlepas, bagaimana perasaan anda?

Saya tidak berasa khuatir atau bimbang. Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan saya lebih tenang dan dapat tidur dengan baik. Sebelum pelancaran saya memperbanyakkan zikir dan baca ayat al-Quran untuk memberi keyakinan.

Seorang wakil Rusia mengatakan antara ketiga-tiga angkasawan kelihatannya Dr. Sheikh Muszaphar paling tenang, ceria dan meyakinkan kerana sebelum masuk senyum malahan ketika menaiki tangga pun senyum.

Apabila anda tahu impian anda begitu hampir untuk menjadi kenyataan tidak ada masalah langsung dalam fikiran. Apa yang paling penting ialah untuk merealisasikan impian dan untuk pergi ke angkasa lepas. Ini merupakan fokus saya selama setahun dan selama itulah saya rasa lebih tenang dan yakin.

Masuk sahaja ke dalam Soyuz TMA-11 bila berlakunya pelepasan itu, bagaimana pengalaman anda?

Saya agak terkejut kerana pelancaran selama 8 minit 48 saat begitu smooth tapi rasa panjang, seolah-olah ia mengambil masa yang lama apabila pertama kali saya dapat merasakan mikrograviti iaitu terapung-apung. Segala pena dan buku saya mula terapung.

Bagaimana pengalaman mengelilingi bumi dalam masa sehari?

Tempat di Soyuz adalah begitu kecil dan kami tidak dapat bergerak dengan banyak dan kami banyak menghabiskan masa berbincang dan saya banyak menghabiskan masa dengan melihat di luar melalui tingkap dengan melihat keindahan dan kebesaran ciptaan Allah dan ia memberi keasyikan dan memberi nikmat kepada saya.

Pasti kalangan umat Islam bertanya kalau berputar sekeliling Bumi sehari 16 kali, bagaimana menunaikan tanggungjawab kita?

Tanggungjawab saya bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi kepada umat Islam seluruh dunia bagaimana untuk bersembahyang dan bagaimana untuk berpuasa dan saya bersyukur kerana sempat berpuasa selama dua hari di angkasa lepas dan tidak menjadi masalah kerana Jakim telah menghasilkan buku cara beribadah di angkasa lepas.

Jadi saya dapat berpuasa dengan begitu tenang dan saya mengikut masa di Kazakhstan untuk berbuka dan bersahur dan kenikmatan berbuka puasa di angkasa lepas adalah sesuatu perkara yang tidak akan saya lupakan.

Ia adalah begitu hebat sekali dan saya berasa begitu lengkap seolah-olah hati saya begitu lengkap pada masa itu. Dan sembahyang juga adalah amat mudah pada saya waktu itu kerana saya dapat betulkan kaki saya pada masa itu untuk rukuk dan sujud, jadi saya telah rekodkan dalam video bagaimana bersembahyang di angkasa lepas dan saya berharap dapat berkongsi video tersebut bersama dengan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Kalau 16 kali berpusing ia tetap mengikut waktu Kazakhstan?

Jakim buat persetujuan bersama seluruh ulama dan mufti seluruh dunia dan mereka membuat keputusan bahawa kami akan ikut waktu solat di mana kami dilancarkan atau berada iaitu di Kazakhstan.

Pertama kali melihat Bumi dari angkasa lepas, apakah sebenarnya tercetus dalam fikiran apabila melihat bumi dari angkasa lepas?

Apabila saya lihat Bumi di angkasa lepas seolah-olah jantung saya berhenti berdegup seketika, saya tidak mengelipkan mata langsung. Perkara pertama yang datang dalam ingatan saya ialah tentang kebesaran Allah dan ini adalah sesuatu yang mengasyikkan dan begitu hebat sekali.

Susah untuk saya gambarkan kepada rakyat Malaysia. Saya juga menulis segala perasaan saya dalam sebuah diari kecil di angkasa lepas dan saya berharap dapat berkongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia.

Kali pertama keluar dari Soyuz, bagaimanakah perasaan apabila keluar tanpa menggunakan kaki dan melayang ke atas?

Sebenarnya kita sudah terapung di Soyuz selama dua hari tetapi apabila sampai ke ISS tempat itu adalah begitu besar dan apabila anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya menolak kaki anda sendiri, ia adalah satu perkara yang hebat.

Apa yang pelik ialah apabila saya kembali ke Bumi, saya rasa begitu berat untuk mengangkat tangan saya disebabkan oleh graviti. Mereka yang duduk selama enam bulan banyak kesan pada badan mereka.

Pertama kali berbicara dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis dan mendengar suara warga Malaysia berbicara dengan Sheikh di angkasa lepas.

Apabila pertama kali saya mendengar suara rakyat Malaysia di angkasa lepas dan saya rasa seolah-olah satu kehebatan yang amat sangat dan saya berasa seluruh rakyat Malaysia berada di angkasa lepas.

Saya berasa bangga ketika berada di angkasa lepas saya dapat berkongsi makanan-makanan Malaysia dan beraya bersama astronaut yang lain dan berkesempatan mendendangkan lagu-lagu Melayu di angkasa lepas. Saya telah memainkan lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang oleh P. Ramlee, Seribu Bintang oleh Alleycats dan juga Sudirman Balik Kampung.

Mereka amat menyukai makanan tersebut dan sukakan lagu tersebut. Ia adalah penting untuk membawa budaya kita bukan hanya di ISS tapi juga di seluruh dunia.

Bagaimana perasaan apabila mendengar suara ayah bercakap dalam bahasa Rusia?

Ayah saya mempelajari bahasa Rusia dan beliau memang seronok bercakap dalam bahasa Rusia dan saya memahaminya, tetapi ibu saya bercakap dalam bahasa Malaysia.

Bagaimanakah seorang angkasawan melakukan hal-hal yang sulit seperti pergi ke tandas?

Sebenarnya bukanlah mudah menjalankan perkara seperti itu kerana segalanya terapung. Jadi anda harus ‘mengikat’ kaki anda supaya pergerakan tidak bergerak. Hari pertama dan kedua saya menghadapi masalah kerana tidak biasa, tetapi hari ketiga dan empat segalanya berjalan dengan begitu mudah.

Anda juga harus mengetahui apa yang dilalui di angkasa lepas adalah empat kali ganda lebih lama dengan apa yang dilalui di Bumi. Memakai baju mengambil masa 10 hingga 15 minit hanya untuk pakai baju dan seluar.

Sempat tak tengok meteorit atau tahi bintang?

Saya tidak melihat tahi bintang. Saya ingin mengatakan pada semua rakyat Malaysia bahawa bintang dan bulan lebih terang dilihat di angkasa lepas kerana tiada lapisan afmosfera yang mengganggunya dan bintang tak berkelipan apabila dilihat di angkasa lepas.

Prof. Dr. Abdul Rahman Jamal mengatakan keseluruhan saintis dari NASA termasuk dari Roskosmos, semuanya memuji anda dalam melakukan kerja dengan efisien dan sempurna.

Saya mengambil misi ke angkasa lepas ini dengan begitu serius.

Bukan sahaja untuk saya bersembang-sembang atau melancong ke angkasa lepas.

Bagi saya ia penting untuk membuktikan kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan benda-benda seperti ini. Saya juga telah ditugaskan untuk membaiki equipment daripada European Space Agency. Jadi ia adalah satu tanggungjawab yang besar untuk European Space Agency mempercayai angkasawan Malaysia untuk melakukan tugas tersebut.

Bagi saya adalah penting untuk membuktikan kepada mereka supaya lebih ramai angkasawan Malaysia dibenarkan ke angkasa lepas sebagai angkasawan, bukan sahaja sebagai pelancong atau berseronok, tetapi lebih serius sebagai angkasawan.

Kebanyakan pengulas NASA meletakkan Sheikh sebagai space flight participant. Bagaimana reaksi Sheikh dalam hal ini?

Sebenarnya bagi saya ia tidak kira sama ada pihak Amerika memanggil saya sebagai space flight participant. Yang pentingnya saya digelar angkasawan Malaysia oleh seluruh rakyat Malaysia. Rusia telah mengiktiraf saya sebagai cosmonaut researcher.

Jadi ia adalah amat penting sekali kerana saya berlatih bersama Rusia. Jadi mereka tahu bagaimana seriusnya kami sebagai angkasawan melalui tugasan tersebut.

Saya berharap selepas ini saya dapat pergi ke angkasa lepas selama enam bulan iaitu jangka masa yang lebih panjang dan bekerjasama dengan NASA serta membuktikan kami setaraf dengan astronaut mereka. Saya ingin menekankan bahawa latihan di Star City adalah berbeza dengan latihan space tourist di mana mereka hanya mengambil masa enam bulan dan kami berlatih selama setahun. Setiap hari kami mempunyai kelas-kelas teori, jadi latihan kami adalah berbeza dengan latihan space tourist.

Bagaimana hubungan dengan astronaut lain selain Peggy Whitson dan Yuri Malenchenko?

Saya rasa apabila saya dapat membuktikan kepada mereka betapa seriusnya saya mengadakan misi ini dan betapa cekapnya menjalankan equipment dengan baik dan betul, mereka telah mempercayai sebagai professional astronaut. Malah, mereka telah mengatakan bahawa saya adalah professional astronaut. Itu adalah amat penting bagi saya.

Saya boleh dikatakan agak bebas ketika berada di ISS di mana boleh melakukan apa sahaja di angkasa lepas. Saya tidak perlu meminta izin untuk menekan butang atau menekan apa-apa sahaja, jadi mereka telah beri kepercayaan kepada saya untuk menjalankan segala eksperimen, segala tanggungjawab, segala apa yang saya mahu lakukan di ISS.

Nampaknya anda sangat bersedia, pakaian pun ada Jalur Gemilang dan memakai baju batik?

Baju batik tersebut adalah sesuatu yang istimewa dan ia bukan sebarang baju batik dan ia telah dibuat khas untuk penjelajahan di angkasa lepas kerana jika anda lihat dengan teliti baju batik tersebut ada lukisan gambar-gambar planet, gambar angkasa, bintang, gambar galaksi dan bulan dan ia adalah baju batik yang begitu unik sekali dan saya membawa kembali baju batik itu semoga saya dapat meletakkan di Arkib Negara supaya seluruh rakyat Malaysia berasa bangga kerana baju batik Malaysia berada di angkasa lepas.

Apakah yang tidak mungkin dapat dilupakan bagi Sheikh ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)?

Sepuluh hari berada di ISS adalah begitu menakjubkan dari segi terapung, cara kita makan cara kita sembahyang cara kehidupan seharian adalah begitu berbeza sekali walaupun saya telah kembali ke Bumi kadang-kadang apabila saya bangun dari tidur saya berasa seolah-olah saya terapung-apung di angkasa lepas. Ia adalah sesuatu yang masih terngiang-ngiang, bermain-main di kepala saya sehingga kini, ia adalah seolah-olah satu mimpi sampai sekarang.

Apakah sekarang ini anda merasakan demikian juga, terapung-apung?

Ya, saya masih berasa terapung-apung ketika bercakap di Radio24.

Bagaimana perasaan ketika mula masuk ke atmosfera Bumi?

Jika dibandingkan dengan Soyuz yang lain kami mempunyai masalah teknikal ketika itu dan selama ini hanya tiga Soyuz sahaja sejak tahun 1980 di mana keadaan ini berlaku dan kami telah diputar-putarkan begitu hebat sekali, kami telah dilambung-lambungkan di dalam Soyuz sehingga anda tidak dapat bernafas ia adalah sesuatu yang agak sukar untuk kembali ke bumi tetapi Alhamdulillah semuanya baik malah semasa kami mendarat di Kazakhstan kami terbabas sejauh 600km dari tempat yang seharusnya kami mendarat.

Dikatakan tidak boleh bernafas, bagaimana keadaan itu?

As though an elephant is stepping on your chest... ia seolah-olah sesuatu benda yang berat sekali menekan dada anda, anda tidak dapat bernafas dan anda berasa tidak selesa tetapi kami telah diajar bagaimana untuk bernafas kerana yang tertekan itu adalah dada bukan abdomen, jadi latihan tersebut telah menyelamatkan kami untuk sampai ke Bumi dengan selamat.

Dalam perjalanan itu, api akan menyala kiri dan kanan bagaimana perasaan Sheikh ketika itu?

Apabila kami mendarat ke Bumi seluruh kapsul Soyuz itu akan terbakar dan keadaan di dalam itu akan panas sekali dan saya dapat melihat api dan malah serbuk-serbuk api memasuki ke dalam Soyuz menerusi saluran udara dan asap-asap mula berkepulan di dalam Soyuz tetapi itu adalah sebentar sahaja dan kami telah menutup saluran udara. Pasukan penyelamat telah sampai boleh dikatakan agak cepat dalam masa 25 minit dan dengan cepat membantu kami keluar dari Soyuz.

Apakah harapan setelah kembali ke Malaysia?

Harapan saya nanti dapat memberikan suntikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada golongan belia, kanak-kanak supaya mereka lebih mendalami bidang sains dan kejuruteraan.

Saya berharap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai angkasawan, lebih ramai saintis, doktor untuk memajukan Malaysia dalam segala aspek lebih-lebih lagi dalam bidang aeroangkasa dan saya juga berharap agar Malaysia dapat menghasilkan roket sendiri untuk membuat pelayaran ke angkasa lepas.

– Bernama

Wednesday, October 10, 2007

102121H SEP 07 MAL

“It’s a small step for me, but a great leap for the Malaysian people’’
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,
Malaysian First Astronaut

Rendang Tok ke Angkasa


Tidaklah pernah saya merasa Rendang Tok sehinggalah saya bertemu jodoh dengan orang Seri Manjung, orang Negeri Perak. Itulah yang menariknya bila kita dijodohkan dengan pasangan dari luar daerah. Asimilasi budaya dapat dilihat dan membuat minda kita sentiasa terbuka melihat perkara-perkara baru di sekitar kita.

Menariknya, merujuk kepada blog angkasawan kita. Bukan sahaja Rendang Tok, malah Nasi Beriani, Satay Ayam, Tempe, Kuih Bangkit adalah di antara hidangan yang akan dibawa oleh angkasawan kita ke ISS (International Space Station) dalam 1 hari lagi. Nampaknya, bukan sahaja manusia, makanan Melayu pun bersyukur pada Allah kerana dapat dijamah oleh angkaswan di ISS nanti. Macam manalah rasanya 'Rendang Tok' (my fav) kat angkasa nanti? Adakah rasa Rendang Tok dipengaruhi oleh graviti?

Selain dari itu, Dr. Sheikh Muszaphar akan cuba memainkan permainan tradisional Melayu iaitu gasing. Mungkin untuk membuktikan teori Sains tentang Keabadian Tenaga. Kenapa gasing berhenti berputar bila dimainkan dipermukaan bumi? Sepanjang pengetahuan Sains saya, gasing berhenti berputar kerana berlaku pergeseran dengan udara dan juga tenaga berubah dari tenaga kenetik kepada bentuk tenaga lain (Tenaga haba dan bunyi)! Dalam prinsip Keabadian tenaga, tenaga boleh berubah tetapi tidak boleh dihapuskan.

Bagaimana pula keadaan gasing yang berputar dalan persekitaran tanpa graviti? Mungkinkah juga eksperimen ini dijalankan di persekitaran hampagas? Adakah gasing akan terus berputar kerana tiada pergeseran dengan udara? atau gasing boleh berputar lebih lama lagi berbanding jika ia berputar di bumi? Apakah kita dapat memanfaatkan ilmu dari eksperimen yang kecil ini?

Sebelum ini ada sesetengah pengkritik program angkasa ini memandang sinis tentang eksperimen memainkan gasing dan batu seremban di angkasa. Gaya kritikan mereka itu seolah-olah mereka sudah tahu akan jawapannya. Mungkin mereka pernah mencubanya!!. Bagi saya, eksperimen ini hanyalah untuk menarik minat para pelajar dan kanak-kanak untuk lebih meminati bidang sains dan teknologi. Mungkin orang dewasa juga ingin mengetahui apa yang akan berlaku jika gasing diputarkan dalam persekitran tanpa graviti. Sesungguhnya Ilmu Allah itu sangat luas, jika disediakan air laut untuk di jadikan dakwat untuk menulis segala ilmu Allah, pastinya tidak akan tercukup!! MasyaAllah.

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar lagi, "Space is all about sharing culture and tradition where cosmonauts from all over the world would gather and conduct experiments as a whole." Ini menunjukkan bahawa penerokaan angkasa lepas bukan sahaja bertujuan untuk penerokaan Ilmu baru malah ianya adalah satu insturmen yang besar untuk menyatukan manusia sejagat yang mempunyai latar budaya yang berbeza-beza.

Sebagai seorang Muslim, beliau juga akan melaksanakan ibadah solat dan puasa di ISS. Beliau sangat berbangga untuk melaksanakan kerana beliau yakin, "I definitely would be praying and fasting in space. I am not sure how it would be done but will share my experiences to all the Muslims all over the world when I get back. After all , Islam is a way of life and I am quite sure I would not face much difficulties. InsyaAllah.".

Semoga selamat pergi dan kembali! Semoga Allah permudahkan segala urusan saudara seIslamku. Ameen.

Friday, August 31, 2007

Merdeka!


Sejak 1511, sejarah Malaysia telah berubah dengan begitu drastik. Dari sebuah semenanjung yang aman dan damai kepada penjarahan oleh satu bangsa ke satu bangsa yang lain. Kita sendiri pun tidak begitu pasti dengan sejarah kisah generasi yang lalu. Apakah bentuk kesengsaraan yang mereka alami selama mereka dijajah?

Bagaimana pula sekiranya tiada anak bangsa yang berusaha menetang penjarahan tersebut? Apakah hari ini kita akan berpeluang menikmati keamanan dan kemajuan yang ada pada hari ini?.

Bayangkan bagaimana kita diperintah dan dipecah mengikut keturunan dan bangsa. Orang Melayu tinggal di kampung dan bertani, orang Cina tinggal di bandar dan berniaga dan orang India tinggal di estet dan hidup dengan menoreh.

Jika kita belum merdeka, pasti ada peribumi yang meminta-minta di tanahair sendiri!.

Bagi saya pejuang kemerdekaan Malaysia telah melakukan suatu pengorbanan yang besar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana usaha dan ihktiar yang kini menjadi sejarah yang berusia 50 tahun.

Thursday, August 16, 2007

Anak Didik

Saya masih ingat lagi guru-guru saya yang garang semasa saya di sekolah rendah dahulu. Masih segar dalam ingat saya bagaimana seorang guru lelaki telah merotan rakan saya gara-gara rakan saya mengusik seorang guru wanita kelas saya. Saya tidak tahu kenapa guru lelaki itu begitu marah terhadap rakan saya, tetapi saya sangat kesian terhadap rakan saya itu. Rakan saya dirotan di hadapan kelas dan saya rasa rakan saya itu terinaya. Pada saya, rakan saya itu bukanlah terlalu nakal dan dia tidak harus dihukum rotan di khalayak kelas.

Semasa saya menjadi guru di Sekolah Agama Menengah BESTARI di Subang Jaya, saya pernah mendengar seorang guru yang sangat dihormati pelajarnya. Walaupun guru itu seorang yang 'kaki merotan pelajar', namun pelajar redha dengan hukuman yang diberi oleh guru tersebut!. Biasanya guru ini akan memanggil pelajar yang bersalah. Beliau akan menggunakan konsep 'tarbiyyah' atau nasihat dan diakhir sesi tersebut, guru itu meminta izin kepada pelajar itu untuk dihukum!. Pastinya, bila pelajar itu sedar bahawa dia bersalah, dia dengan redha menadah tangan dan hukuman dilaksanakan. Pelajar keluar dari bilik guru dengan rasa insaf, walaupun kadang kala pelajar terlupa!.

Hari ini, saya masih dapat lihat konsep 'deraan' terhadap pelajar bersalah menjadi salah satu pilihan di sekolah-sekolah. Saya yakin, pilihan ini adalah pilihan yang terakhir setelah semua pilihan untuk mengubah sikap pelajar gagal dalam perlaksanaanya. Saya juga yakin, guru yang hendak melaksanakan hukuman dalam bentuk deraan itu telah menimbang semasak-masaknya implikasi terhadap tindakannya. Satu sahaja niat mereka, untuk menjadikan pelajar sebagai manusia yang lebih baik.

Namun, pandangan ibubapa hari ini sangat berbeza. Mereka mahukan pendekatan yang lebih ber'tamaddun' dan berhemah untuk mengubah sikap anak-anak mereka. Mereka berpendapat, kaedah pendidikan hari ini perlu berubah sepertimana berubahnya pendidikan di negara-negara maju. Jadi, segala bentuk 'deraan' untuk mengubah sikap pelajar bukan lagi kaedah yang sesuai pada hari ini. Adakah itu benar?

Seorang Pegawai atasan saya yang pernah bermastautin di Australia selama 2 tahun dan telah menyekolahkan anak-anaknya di sana. Beliau memberitahu saya bahawa pendidikan di sana lebih kepada praktikal. Contohnya, anaknya diajar bagaimana menanam sepokok bunga dan dia bertanggungjawab ke atas pokok itu sehinggalah pokok itu besar. Suasana pembelajarannya kondusif, tiada 'deraan' dan pelajar diberi kebebasan berfikir.

Baru-baru ini, beliau berpeluang ke Amerika Syarikat selama sebulan untuk mengikuti kursus pendidikan di sana. Di San Antonio, Texas. Beliau berpeluang mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah di sana. Ada kejutan besar semasa beliau di sana. Salah satu pemandangan yang mengejutkan beliau adalah melihat pelajar-pelajar wanita muda yang mengandung mengikuti kelas. Namun, bagi guru-guru dan para pelajar di sana, itu perkara biasa!.

Sukar sebenarnya untuk menjelaskan konsep pendidikan yang terbaik. Orang Jepun maju kerana displin yang tinggi tetapi orang Amerika maju kerana keterbukaan dan kebebasa pemikiran mereka. Di Malaysia, pertembungan dua konsep itu sentiasa membuatkan isu pendidikan sangat hangat dan menarik. Mungkinkah ada konsep pendidikan yang boleh diambil di antara orang Barat dan orang Timur jauh?

Tuesday, April 24, 2007

Hari ANZAC

Esok, seluruh rakyat Australia akan menyambut Hari ANZAC. Hari yang sungguh bermakna bagi Australia. Hari di mana setiap OZ memperingati pahlawan yang telah terkorban mempertahankan maruah negara mereka. Pahlawan yang terdiri dari bapa, datuk, sanak saudara mereka. Esok juga, mereka dengan semangat patriotik yang tinggi berarak di jalan-jalan seluruh Australia dan sesetengahnya menyematkan pingat-pingat kepunyaan bapa, datuk, sanak suadara di sebelah kanan dada mereka. Berjalan, berarak dengan penuh bangga.
Baca:
1. ANZAC Day

Thursday, April 05, 2007

Gigi dan Ubat Gigi

Seingat saya, masa-masa di USM dulu adalah masa yang paling indah bagi gigi-gigi saya. Sepanjang berada di sana, gigi saya selalu dimanjakan. Saya tidak pernah gagal memenuh rutin bertemu doktor gigi setiap 6 bulan di Klinik Gigi di USM, berdekatan dengan Desa Gemilang. Disamping displin menjagaan gigi yang teratur, seingat saya tak pernah saya mengalami masalah gigi yang serius.

Bila saya berkhidmat sebagai guru di Subang Jaya, kesibukkan bekerja buat rutin itu sudah mula tidak teratur dan saya sudah mengalami masalah gigi berlubang. Bila saya mengadu kepada rakan sekerja, beliau berkata, "Itula tanda ko dah tua!".

Saya tersenyum dan saya faham sekarang, salah satu simptom penuaan adalah bila kita merasa gigi kita sedang mereput. Segera saya membuat temujanji dengan sebuah klinik gigi swasta di USJ5. Namun, kali ini saya harus mengeluarkan duit sendiri. Doktor gigi saya kali ini adalah seorang doktor gigi wanita berbangsa Singh. Saya masih ingat lagi pujian beliau bila pertama kali dia menganalisa gigi saya, "Cantik gigi awak!".

Menolak kata-kata kawan saya dan menterjemahkan kata-kata doktor gigi itu, jelaslah saya sebenarnya masih muda lagi ketika itu. Ha.. ha.. Kawan saya cemburu!!.

Sejak berkhidmat dengan ATM (semasa di KTU, TUDM Alor Setar), kebajikan gigi saya lebih terpelihara. Lebih-lebih lagi Doktor gigi adalah rakan saya. Mudah sangat saya nak buat temujanji dan pastinya percuma!.

Cuma semalam, saya makan terlalu banyak 'muruku' dan malamnya saya rasa gusi saya mula berdenyut-denyut. Terus sahaja saya pergi ke sebuah kedai runcit selepas solat Isyak. Diberinya saya satu paket kuning yang mengandungi dua pil. Bila saya bertanya, bagaimana nak guna ubat ini, tuan kedai itu menjawab, "Masuk dalam mulut la, takkan dalam teliga!".

Satu jawapan yang saya rasa disampaikan oleh orang yang tak pandai berniaga!. Begang + malu + marah dan lain-lain lagi. Rasanya macam jahil sangat saya tentang ubat sakit gigi tersebut. Saya cuba 'cover' malu di hadapan pelanggan lain dengan berkata, "Saya ingat letak kat gigi yang sakit!". Terus membayar dan berlalu dari situ dengan perasaan yang bercampur-campur.

"Tak boleh ke dia bagi penerangan yang lebih sopan!, ini la standard peniaga kat Malaysia, masa aku kat Australia...... bla... bla... " antara rungutan hati saya dalam kereta sebelum sampai ke rumah!.

Namun, bila saya fikir balik. Fikir dalam-dalam. Satu yang jelas, sehingga hari ini, baru pertama kali saya membeli ubat sakit gigi. Saya bukanlah teruk sangat kerana saya tak tahu nak guna ubat sakit gigi. Saya tak tahu guna ubat sakit gigi kerana saya telah menjaga gigi-gigi saya dengan baik selama ini. Syabas untuk diri saya sendiri!!.

Pagi tadi buat temujanji dengan doktor gigi, jam 1200 saya jumpa Kapt. Dr. Siti Mariam, doktor gigi baru di Hospital Angkatan Tentera, TLDM Lumut. Memang ada gusi yang bengkak dan Alhamdulillah, ketika ini saya rasa tenang kerana gigi saya telah dimanjakan lagi.

Wednesday, March 21, 2007

Cikgu di Pendalaman

Berita malam tadi ada menyiarkan sedutan Sidang Parlimen hari ini. Dalam sedutan itu, seorang YB dari Sabah telah berhujah dengan menyatakan ramai guru yang datang ke Sabah tetapi sedikit yang mahu berkhidmat di pendalaman Sabah. Pada ketika yang sama juga ada YB lain yang menyampuk. "Sarawak pun sama!". YB dari Sabah itu menyifatkan kawasan pendalaman Sabah sebagai 'Lubuk Hantu' merujuk kepada keengganan guru-guru berkhidmat di pendalaman Sabah.

Seorang rakan guru saya ada menceritakan tentang pengalaman seorang guru yang berkhidmat di pendalaman Sarawak. Guru itu terpaksa menggunakan pengangkutan air selama satu hari dan berhenti rehat di sebuah kampung. Keesokannya pula beliau terpaksa menyambung perjalannanya selama separuh hari dan kemudian terpaksa melalui denai hutan kira-kira 3 km untuk sampai ke sekolahnya. Memang mencabar betul dan pastinya menuntut pengorbanan yang tinggi.

Inilah di antara punca ramai guru yang tidak mahu masuk ke pendalaman. Pengorbanan yang terlalu mahal bagi guru-guru hari ini.

Saya pernah terbaca sebuah artikel tentang konsep pendidikan di pulau-pulau yang bertaburan di sekitar Indonesia. Dikatakan, walaupun pulau-pulau itu berjauhan dari kota besar Indonesia, namun mereka masih lagi boleh berkomunikasi dengan kota-kota besar kerana adanya teknologi komunikasi yang menggunakan sistem satelit. Teknologi ini telah lama digunakan sejak pemerintahan Sukarno lagi. Walaupun berjauhan, namun pelajar dan pendidik yang jauh masih mampu mendapat maklumat terkini dan juga mampu berhubung dengan keluarga yang tersayang.

Di Malaysia, saya lihat teknologi komunikasi hari ini jauh lebih baik dari negara-negara yang membangun lain. Kita boleh menonton berpuluh rancangan pilihan dengan melanggan satu stesyen TV sahaja. Kita juga telah menonton iklan orang kuning yang ada di merata Malaysia dan boleh serah tugas kat orang hitam, biru dan lain-lain lagi bila kita pergi keluar negara. Kita juga lihat konsert-konsert besar yang melalaikan ditaja oleh syarikat telekomunikasi. Hati-hati, adakalanya anda mungkin berada di wilayah sebuah syarikat telekomunikasi!. Ini semua menunjukkan bahawa, syarikat telekomunikasi di Malaysia mewah-mewah dan mempunyai liputan yang meluas.

Ironinya, kemewahan dan keluasan liputan ini tidak dapat meringankan beban warga pendidik kita yang meredah segala cabaran semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada manusia yang daif di pendalaman Malaysia.

Apalah sangat jika syarikat telekomunikasi menaja sistem komunikasi sekolah-sekolah di pendalaman. Membangunkan sistem sidang video dan rancangan TV pendidikan yang boleh ditonton oleh pelajar yang tinggal di pendalaman. Guru yang berkhidmat di pendalaman juga tidak begitu terasing sekiranya mereka mampu berkomunikasi dengan orang tersayang dengan teknologi yang ada.

Ini semua bukan satu pelaburan yang menguntungkan bagi syarikat telekomunikasi tetapi sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial dan manfaat kepada masyarakat yang tinggal di pendalaman Malaysia. Ini kerana, ilmu itu dapat mengeluarkan manusia dari kejahilan.

Thursday, February 15, 2007

Guru yang Mengajar Membaca

Semasa saya mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dulu, ada seorang pensyarah saya bercerita tentang pengalaman seorang guru yang mengajar di kawasan pendalaman Negeri Perak. Guru ini merupakan guru sandaran (guru yang tidak mempunyai latihan perguruan) yang di hantar ke pendalaman Perak untuk mengajar anak-anak orang asli.

Setelah setahun beliau berkhidmat di sekolah itu, beliau mendapati masalah utama pelajar di sekolah itu adalah membaca. Sehingga sudah menduduki tingkatan 1 pun, masih terdapat ramai pelajar yang tidak boleh membaca. Atas rasa simpati, beliau telah meminta kebenaran dari pengetuanya untuk mengadakan kelas tambahan hanya untuk mendidik pelajarnya 'membaca'.

Namun setelah menggunakan beberapa kaedah, para pelajarnya masih lagi gagal membaca dengan lancar. Namun beliau tidak pernah berputus asa kerana beliau berpendapat, dengan membaca, pemikiran manusia akan lebih terbuka. Membaca juga mangangkat martabat manusia dari kejahilan kepada manusia yang berilmu.

Pastinya doa guru yang mempunyai rasa simpati dan kesungguhan untuk menjadikan orang lain lebih baik akan dimakbulkan. Setelah beberapa lama membuat pemerhatian, beliau mendapati para pelajarnya mempunyai kecenderungan menyanyi yang tinggi. Walaupun anak-anak orang asli ini tinggal di pendalaman, tapi mereka dapat menyanyi dengan baik lagu-lagu 'Siti Nurhaliza'. Namun, bila disuruh membaca lirik lagu tersebut, mereka gagal melakukannya. Dari sinilah guru itu mendapat satu idea untuk membantu para pelajarnya membaca, Menyanyi sambil Membaca.

Beliau telah memecahkan lirik lagu 'Siti' kepada patah-patah perkataan;

Be-ta-pa ku cin-ta pa-da mu,
Ka-ta-kan-lah kau cin-ta pa-da ku, .....

Sambil pelajarnya menyanyi sambil melihat ejaan bagi setiap sebutan. Ejaan dalam bentuk patah-patan perkataan yang ringkas. Beliau terus membuat latihan demi latihan.

Dalam beberapa bulan beliau telah melihat hasilnya, ramai pelajarnya sudah mula boleh membaca dengan baik. Betapa puas hatinya melihat para pelajarnya sudah bijak membaca.

Sebenarnya, ini adalah salah satu cerita-cerita hebat dari guru-guru yang mengajar di pendalam Malaysia. Mereka menggunakan segala ikhtiar untuk menjadikan manusia yang ada disekelilingnya membesar dengan ilmu di dada. Ilmu yang dapat mengubah pemikiran dan persepsi tentang hidup.

Pucuk pangkalnya adalah rasa simpati dan kesungguhan untuk mendidik manusia lain. Walau apa pun rintangan yang ada, ia tidak dapat menyekat hati seorang guru yang ikhlas. Guru yang mengambil masa berhari untuk sampai ke sekolah pendalaman, Guru yang terpaksa mengajar di sekolah usang, Guru yang berhadapan dengan pelajar yang sangat lemah dan Guru yang terpaksa meninggalkan orang-orang yang tersayang untuk berbakti kepada anak bangsa.

p/s: Siapa tengok laporan khas di TV3 malam tadi dan semalam? cerita pasal guru di pendalaman Malaysia. Kesian mereka, berhari nak sampai ke sekolah dan terpaksa makan pucuk kayu dan ulam untuk terus hidup. Ada juga yang terpaksa berenang nak kesekolah. Buat cikgu yang menangis tu, tabahkan hati. Allah pasti memberi ganjaran yang sewajarnya di syurga nanti, InsyaAllah.