Saturday, June 30, 2018

Kraf Kulit

Sejak keluar kisah beg-beg tangan mahal di media, aku mula membuat carian di Youtube tetang brand yang tak pernah aku kenal tetapi harganya sangat tinggi. Hasil dari carian itu juga aku temui kaedah membuat barangan kulit secara DIY. Dari satu video ke satu video yang membawa kepada minat untuk mempelajari membuat barangan kulit. Menjahit mengunakan dua jarum itu memang betul-betul mempersoanakan.

Bermula dari situ aku mula like group dalam Facebook yang bercakap tentang kraf kulit. Di Malaysia tidak banyak, mungkin kerana kraf ini kurang peminat atau belum diketahui dengan meluas. Pada masa yang sama juga, saya mencari kursus atau worksyop yang berkaitan dengan kraf kulit. 

Aku jumpa seorang sifu yang agak lama dalam dunia kraf kulit. Beliau adalah Mohd Dzhafry. Orang muda yang berbakat dan mempunyai minat yang mendalam dalam kraf kulit. Hari ini, lebih kurang jam 12.00 tengahari, saya tiba dirumahya untuk menghadiri kelas kraf kulit peringkat Asas. Teruja untuk hadir kerana nak merasa menjahit kulit menggunakan dua jarum seperti yang aku lihat di Youtube.

Pelajar pada hari ini ada 2 orang, tapi oleh kerana coursemate aku, Izzudin lewat sedikit, sifu suruh setup perkakasan yang aku baru terima. Memasang pelapik kulit pada pemegang kulit dan membuat sarung untuk pemotong kulit. Projek pertama kulit-ku!. Sesampai sahaja Izzudin, kelas kami bermula.

Bermula dengan teori dan diikuti denga amali membuat wallet minimal. Walaupun kelas yang simple tetapi memberi aku maklumat baru tentang kulit kraf. Sebelum balik, aku sempat membeli kulit asli untuk aku gunakan sebagai praktikal di rumah nanti. In Shaa Allah.