Friday, September 30, 2005

Gagah dan Setia

Lama tak posting pasal sibuk sikit tapi dalam posting nie nak tulis banyak cerita. Bermula dengan duty kali pertama. Hari tu dah duty dengan Kapt. Juliana tapi tak berapa lengkap la. Satu soalan yang tak terjawab masa duty dengan dia, "Kenapa semua buku kena tulis dengan pensil?". Akhirnya terjawab bila PO yang bertugas bagitau saya yang tulisan menggunakan pencil ini adalah tradisi dari kapal. Ini kerana buku log yang ada di atas kapal pada zaman dahulu semuanya di tulis dengan pensil tidak menggunakan dakwat. Ini bertujuan agar tulisan dalam buku log itu tidak rosak apa bila terkena air dan tidak rosak juga apabila kapal itu karam. Dan dari segi sainsnya pula, memang la karbon tu dari unsur pereputan yang paling asas. Jadi, tulisan pada buku log itu tidak akan reput walaupun lama tengelam di dalam air laut. Sebab tu, di antara artifak sejarah dari kapal karam dahulukala adalah buku log yang ditulis dengan pensil!.

Semasa lawat HAT, ada benda sedih berlaku. Macam mana diorang nie tak hormat pegawai dia? Bila senior tak hormat, yang junior pun buat tak tahu jer! Bengang betul la!!

Nampaknya, kadet dah mula happy jer pasal dah lepas 'Alfa Routine'. Mungkin kerana terlalu happy sampai tak perasan yang kita boleh dengar mereka sembang pasal keburukan senior mereka. Mereka sedang beradaptasi dengan kehidupan yang penuh mencabar. 'When your body suffer, your spirit flourish!!".

Bantuan dari En. Hakim untuk dapatkan bantuan untuk 'renovate' rumah tercapai bila dia dapatkan kederat dari pelatih Paskal yang sedang belajar kat Fakulti Akademik. Lebih kurang 1530, ambil mereka di pangkalan dan sampai rumah dalam 1545H. Ada tiga misi, tebas dahan mempelam, susun batu bata dan cabut pokok belimbing. Cabut pokok belimbing yang paling mencabar dan akhirnya tercabut juga. Pokok yang besar dan berusia 10 tahun tercabut terus dari tanah dengan akar-akarnya sekali walaupun peralatannya boleh kata daif la. Memang diorang nie hebat, dari 100 orang hanya 20 sahaja yang terpilih. Gagah dan setia.

Wednesday, September 28, 2005

Sambung

Semalam tak dapat masuk kelas kerana duty, hari nie masuk bali cuma belajar dialog nak tunjuk arah.

Monday, September 26, 2005

Excerzise

Petang tadi cuma buat latihan sahaja.

Saturday, September 24, 2005

Tatabahasa Perancis

Macam satu kebetulan pula, dalam perjalanan ke UPSI semalam. Syarikat bas sewa tu menayangkan filem aksi Perancis. Menarik cerita itu, tapi cuma paham bila dia sebut nombor sahaja.
Hujung minggu nie nak tumpukan kepada pengemaskinian nota Bahasa Perancis. Kalau diizinkan Allah, nak mula buat buku berkaitan dengan tatabahasa Bahasa Perancis. Rasanya dengan ada buku tatabahasa itu nanti akan memudahkan pemahaman Bahasa Perancis. Buku tatabahasa yang diterjemah dari Bahasa Perancis ke Bahasa Melayu. Diharap buku itu nanti akan dapat membantu rakan sekelas juga dalam memahami Bahasa Perancis.

Blog sebelum Blogger

Kesempatan saya melawat kedai buku KOUPSI telah membawa kepada 'pembelian' buku catatan kehidupan seorang tokoh besar Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh. Walaupun buku ini buku lama, diterbitkan pada tahun 1993. Tetapi cacatanya sungguh bermakna dan memberi gambaran sebenar tentang persekolahannya di peringkat rendah seterusnya keperingkat yang lebih tinggi. Hari ini beliau merupakan seorang Naib Canselor bagi UPSI sendiri.


WARNA-WARNA PENGALAMAN SEORANG GURU merupakan koleksi rencana yang pernah disiarkan di Utusan Malaysia selama 64 minggu dari Ogos 1990 hingga November 1991. Ia mencatatkan nostalgia beliau semasa zaman persekolahannya dan menjadi guru sebelum Merdeka, menjadi guru pelatih di MPSI pada awal 50an, pelajar Maktab Bahasa, Johor Baharu pada akhir 50an, siswazah Universiti Malaya awal 60an, siswazah Malaysia di universiti di Amerika pada awal 70an dan sedikit cacatan beliau semasa menjadi pentadbir universiti di Malaysia.

Setelah membaca buku ini saya sangat tertarik dengan pengalaman beliau dan anak beliau semasa belajar di Universiti Standord dan anaknya di Sekolah Rendah Escondido, Palo Alto.

Anaknya selalu memceritakan kepada beliau pengalaman baru di sekolah. Di antaranya tentang bas sekolah yang sama sahaja warnanya (oren tua) dan peraturan jalan raya yang mewajibkan semua kenderaan persendirian berhenti apabila bas sekolah berhenti untuk menurunkan pelajar. Begitu juga tentang pelajar sekolah cuma membawa bekal ke sekolah kerana semua keperluan belajar telah disediakan oleh pihak sekolah dan peralatan tersebut bermutu tinggi jika dibandingkan sekolah lama mereka di Petaling Jaya.

Di Amerika juga, anak-anaknya diajar menggunakan alat muzik yang kemudiannya dipersembahkan kepada ibubapa dalam bentuk orkestra. Anaknya juga pernah mengajak beliau ke perpustakaan kerana ingin mendapatkan maklumat tentang 'research' yang di arahkan oleh guru anaknya berkenaan kehidupan seekor katak. Anaknya baru sahaja darjah satu dan beliau menyatakan betapa sejak kecil lagi anak-anak di Amerika telah didedahkan dengan konsep pembelajaran meneroka sendiri (discovery learning).

Cerita tentang anaknya berkenaan pemeriksaan kesihatan untuk pelajar sekolah pada mulanya telah disalaherti oleh beliau. Anaknya menyatakan bahawa pemeriksaan kesihatan itu bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang rabun dan kurang pendengaran dan di susun di dalam kelas di kedudukan hadapan. Dengan maklumat ini guru mudah untuk mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan. Begitu juga galakan guru-guru di sana untuk setiap pelajar memasuki pertandingan yang diwara-warakan dalam akhbar dan anak beliau telah mendapat tempat kedua. Beliau merasa berbangga kerana dijemput ke majlis penyampaian hadiah tersebut. Guru-guru juga menggalakan pelajar untuk belajar berenang.

Ini adalah cebisan dari pengalaman Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh di dalam bukunya. Walaupun catatannya ringkas tetapi memberi makna yang luas tentang peranan manusia sebagai seorang pelajar dan juga peranan guru sebagai agen perubah masyarakat. Pastinya ini sebuah blog sebelum blogger wujud yang merakamkan pengetahuan yang sangat berkesan dan bermakna kepada setiap pembaca amnya dan guru khususnya.

Friday, September 23, 2005

UPSI

Pagi tadi buat lawatan singkat ke Universiti tertua di Malaysia. Lawatan yang singkat sahaja, tetapi sangat bermakna. Bermakna kerana inilah satu-satuya universiti yang mempunyai ikatan dan talian terus dengan Kor Perkhidmatan Am Pendidikan.

Lawatannya sangat singkat kerana dilakukan pada hari Jumaat. Bemula dari 0930H dan tamat kira-kira 1400H. Lawatan ke sekitar kampus terpaksa dibatalkan tetapi taklimat yang diberi dirasakan sangat baik dan bermanfaat. Ditambah juga dengan hidangan 'sarapan' nasi lemak yang sedap dan makan nasi beriani sebelah tengah harinya.

Ada dua perkara yang menarik minat saya untuk bertanya semasa sesi taklimat di jalankan iaitu; pertama, Pusat Bahasa Moden adalah salah satu fakulti di UPSI yang menawarkan kursus Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan sebagainya. Sebagai penuntut baru Bahasa Perancis, pastinya ingin juga tahu tentang Bahasa Perancis. Namun, menurut pegawai yang memberi taklimat. Kursus Bahasa Perancis akan dilaksanakan dan kursus ini merupakan kursus kecil dan dijalankan secara dalaman.

Kedua, tentang pengajian sarjana yang disampaikan oleh bekas rakan sebilik saya, En Ghani di Desa Permai, USM dulu. Dirasakan yuran pengajiannya agak murah dan kelapangan untuk membuat pengajian jarak jauh adalah sangat sesuai. Bermula petang Jumaat dan hari Sabtu.

Sebelum balik sempat lawat kedai buku KOUPSI dan beli satu buku tulisan Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh. Buku berbentuk cacatan hidupnya dan sangat menarik.

Thursday, September 22, 2005

Grammaire: Avior

Petang nie belajar tatabahasa lagi dan juga dimulakan dengan kata-kata harian. Kali ini datang dari peribahasa orang Burundi!! Pernah tahu di mana Burundi? hmmm... lebih kurang macam nie bunyinya. Ne dis jamais(jangan sekali-kali) la varite(bercakap benar) l'homme(lelaki) intelligent la connait deja(dia sudah tahu), le sof(si bodoh) n'a pas(tidak) besoin(perlu) de la savoir(ketahuinya). (Proverbe Burundais)

Hari nie belajar tatabahasa yang berkaitan dengan 'kepunyaan'; macam 'saya ada', 'dia ada', 'mereka ada' dan sebagainya. Dalam bahasa kita, bila bercakap tentang 'kepunyaan', sifat ayat itu tidak dipengaruhi oleh kedudukan kata nama dan jantina. Berikut adalah tatabahasa Perancis yang disebut avoir (bunyinya avua)

J'ai (saya ada)
Tu as (dia ada)
Il/elle a (kamu ada)

Nous avons (kami ada)
Vous avez (awak ada)
Ils/elles ont (mereka ada)

Biasanya digunakan untuk menerangkkan 'kepunyaan' seperti
J'ai un enfant (saya mempunyai anak)
J'ai une voiture (saya mempunyai kereta)

digunakan juga untuk menerangkan umur
J'ai 20 ans (saya berumur 20 tahun)

dan digunakan juga untuk menerangkan tindakan fizikal
J'ai soif (saya dahaga)
J'ai froid (saya kesejukan)

Wednesday, September 21, 2005

La Meteo

Balik dari Taiping lepas ukur baju kat Panjang Tailor, terus 'prepare' untuk pergi kelas Perancis. Pasal nak cepat, makan tengah hari pun terlepas. Apa pun hari ini semuanya berjalan dengan baik. Hari ini belajar cuaca di negara Perancis. Pelajaran yang berkaitan dengan hari, musim, cuaca dan suhu.

Hari
Lundi (Isnin)
Mardi (Selasa)
Mercredi (Rabu)
Jeudi (Khamis)
Verdredi (Jumaat)
Samedi (Sabtu)
Dimanche (Ahad)

Musim
Hiver (musim sejuk)
Printemps (musim bunga)
Automme (musim gugur)
Ete (musim panas)

Cuaca
Beau (cantik)
Chaud (panas)
Mauvais (bukuk)
Froid (sejuk)
Pleut (hujan)

Arah
Est (timur)
Quest (barat)
Sud (selatan)
Nord (utara)

Selain perkataan fait yang bermaksud 'kerja' atau 'melaksanakan', ia juga digunakan apabila kita menyatakan tentang cuaca, sebagai contoh;

C'est l'hiver a Paris
A Paris, il fait -2 degres
Dan le sud, a Marseille, il fait 8 degres

Dalam contoh semalam ada membincangkan tentang La Meteo, cuba terjemahkan;

METEO : LE TEMPS AUJOURD'HUI
Il fait beau dans le Sud et dan l'Est. Le soleil brille(matahari bersinar) sur la Provence et la Cote d'Azur. Dans le nord de la France, il fait mauvais. A Paris, il pleut et il fait froid. dan l'Ouest, il fait 16 degres at il pleut.

Tuesday, September 20, 2005

La Marie

La Famille Francaise(Keluarga Perancis) En(dalam) Chiffres(Nombor/Statistik)

  • La famille, c'est couple marie(pasangan berkhawin) (ou(atau) non marie(tidak berkahwin)) avec(sama ada) ou sans(tanpa) enfants(anak). Menurut En. Nardin, pada zaman dahulu. Bersekedudukan adalah sesuatu yang memalukan di Perancis tetapi pada hari ini ia sudah menjadi sebahagian kebiasaan bagi orang Perancis.

  • Un couple sur huit(1 per 8) n'est pas(tidak) marie. Un couple marie sur trois(1 per 3) divorce. Di Perancis kadar penceraian agak tinggi bagi golongan muda. Pada kebiasaanya, golongan muda akan duduk bersama dahulu dan setelah beberapa tahun bersama meraka barulah mengikat tali perkahwinan.

  • L'age moyen(purata) du mariage, c'est 27 ans(tahun) pour(bagi) la famme, 28 ans pour l'homme. Umur purata orang Perancis berkahwin agak lewat, kebanyakkan mereka mengutamakan kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga.

  • La France a 15 millions d'enfants(kanak-kanak) de 0 a 19 ans. Keseluruhan penduduk Perancis adalah 60 juta. Ini bermakna 1/4 dari penduduk Perancis adalah golongan muda.

  • En moyenne, un couple a deux(dua) enfants. Les familles de quatre(empat) enfants sont rares(jarang). Mr. Nardin kata, dia cuma ada seorang adik lelaki sahaja dan pada tahun 1960 beliau telah berkahwin dan cuma ada dua orang anak perempuan sahaja. Namun begitu, anak perempuan pertamanya telah melahirkan 3 anak dan anak perempuan kedua telah melahirkan 2 orang anak. Dia berpendapat, orang Perancis sudah mula melihat anak yang ramai sudah menjadi cara hidup baru. Kerajaan Perancis juga memberi insentif yang lebih kepada keluarga yang mempunyai ramai anak sekarang. Lepas tu, saya bagi tahu dia saya ada 5 adik beradik lelaki dan 3 adik perempuan. Terkejut dia!! hmmm... baru dia tahu orang Malaysia lebih produktif dari orang Perancis!!
Kebetulan pagi tadi pergi HAT untuk bawa Nabila buat 'medical check-up'. Jumpa En. Nardin dengan En. Michel. En. Michel rupanya sakit tekak dan seronok betul mereka bila jumpa Nabila. En. Nardin kata "what a beautiful girl!" :)

Monday, September 19, 2005

Un Travail Bien Fait

Kata-kata hari ini adalah "Il fait la cuisine en deux temps trois mouvements" ertinya "dia buat masakan dalam dua masa dengan tiga pergerakan". Maksudnya seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan kadar yang cepat.

Tidak banyak yang dapat dipelajari pada hari ini, cuma ada dialog yang melibatkan perkataan 'fait' yang bermaksud 'laksana' atau 'dikerjakan'.

Robert : Salut, Andre ca va?
Andre : Bein, et toi?
Robert : Ca va, merci. Tu es seul?
Andre : Non, je suis avec ma femme.

Andre : Claire, je te presente Robert.
Robert : Echante. Comment allez vous?
Claire : Bien. Et vous?
Robert : Tres bien. C'est une soiree magnifique et j'adore la musique.
Claire : Et il fait beau et chaud.

dan akhir sekali belajar pasal cuaca. Di Perancis terlalu sukar untuk mendapat dua hari yang mempunyai cuaca yang sama. Cuaca di Perancis sentiasa berubah dan ramalan kajian cuaca sangat penting di Perancis.

METEO : LE TEMPS AUJOURD'HUI
Il fait beau dans le Sud et dan l'Est. Le soleil brille sur la Provence et la Cote d'Azur. Dans le nord de la France, il fait mauvais. A Paris, il pleut et il fait froid. dan l'Ouest, il fait 16 degres at il pleut.

Sunday, September 18, 2005

Kaki yang derita

Semasa nak turun dari Bukit Busu semalam, terlihat seorang bapa sedang memberi motivasi kepada anaknya yang agak 'obes' untuk terus memanjat Bukit Busu. Anak dia terus berusaha nak panjat bukit tu tapi macam dah tak larat. Kesian budak tu, sedih muka dia dan saya rasa baru 20% dari jarak ke puncaknya. Walaupun nampak berat bagi budak itu hari ini, tapi saya yakin latihan itu akan memberi manfaat kepadanya akan datang. Sememangnya latihan jasmani ini sebenarnya adalah perkara yang penting tetapi ramai orang yang mengabaikannya.

Orang Malaysia terlalu di mewahkan dengan berbagai jenis makanan yang lazat tetapi terlupa nak memastikan makanan itu di tukar kepada tenaga. Ada banyak tempat riadah di Malaysia nie tetapi tidak begitu dimanfaatkan dan yang ada pun kadang-kandang tidak di senggara dengan baik. Akan tetapi, itu bukan alasan untuk tidak mengeluarkan peluh.

Pengalaman saya di Subang Jaya, Alor Setar, dan kini di Lumut. Orang Cina, bagi pendapat saya. Merupakan golongan yang rajin menjalankan aktiviti jasmani. Dari budak kecil sehinggalah orang tua. Kenapa mereka rajin bersukan dan riadah masih lagi menjadi tanda tanya tapi yang pasti mereka konsisten dalam menjalankan aktiviti jasmani.

Ada orang kata kepada saya, mungkin orang Cina takut mati sebab itu mereka rajin bersenam. Saya tak berapa setuju dengan pendapat tu kerana senaman bukan untuk satu bangsa sahaja dan mati itu adalah ketentuan Allah. Bagi saya, orang Cina rajin bersenam kerana mereka melihat bahawa senaman itu sebahagian dari hidup yang sihat. Duit yang banyak pun tak dapat digunakan dengan baik sekiranya badan selalu sakit. Jadi, untuk mencegah itu, mereka rajin bersenam.

Bagi diri saya, senaman mendidik diri saya supaya tahan kepada penderitaan. Menyakitkan badan untuk menentang sakit!. Kesakitan dan penderita juga memberitahu saya yang saya masih hidup lagi. Latihan jasmani memberitahu kita juga betapa lemahnya kita. Biar hebat ego kita tapi bila tubuh kita menderita, otak kita pun sudah tidak mampu berfirkir, tidak mampu untuk 'ego' malah kita akan merayu-rayu untuk 'segelas air' bila keletihan sudah mencapai tahap maksima! Lemahnya manusia!.

Seperti pepatah Inggeris, "When your body suffer, your spirit flourish". Mungkin ada benarnya, bila tubuh kita sakit dan menderita, baru kita kenal apa itu keazaman untuk mencapai apa yang kita kehendaki (untuk orang yang ada keazaman) dan penyudah bagi orang yang cepat mengalah.

Mari kita mula melangkah dan terus melangkah ke hadapan, agar penderitaan kaki kita mengajar kita erti keazaman.

Friday, September 16, 2005

16 September

Apa yang anda tahu tentang Hari Angkatan Tentera Malaysia?

Grammaire

Petang semalam merupakan kelas terakhir dalam minggu ini. Kami semua belajar tentang tatabahasa. Sebelum kelas bermula, En. Nardin bagi satu kata-kata hikmah yang berbunyi; "Ton fils n'est pas ton fils. Il le fils de son temps". Terjemahannya "anak anda bukanlah anak anda. Tetapi, mereka adalah anak kepada masa". Maksudnya, manusia berubah mengikut masa, sehinggakan pemikiran anak kita juga berubah mengikut masa. Dan, apabila kita hendak mendidik anak kita, kita perlu juga melihat perubahan masa (zaman).

Pada asasnya setiap patah perkataan Perancis mempunyai nom (nama), verbe (perbuatan), article (terdiri dari defini dan indefini), pronom, adjectif dan conjugaison.

Kita mulakan dengan penggunaan l'article defini : le, la dan les. Ini adalah penggunaan seerti dengan 'the' dalam bahasa Inggeris dan tidak ada dalam laras Bahasa Melayu. dan berbeza dengan Bahasa Inggeris ialah l'article defini ini dipengaruhi oleh 'bilangan' dan 'jantina'.

Untuk lelaki (seorang) : mereka menggunakan le, contohnya; le train, l'avion.
Untuk wanita (seorang) : mereka mengggunakan la, contohnya; la voiture, l'activite.
Untuk lelaki dan wanita (ramai) : mereka menggunakan les, contohnya; les trains, les avions, les voitres, les activites.

Begitu juga dengan penggunaan l'article indefini : un, une dan des. Ini adalah penggunaan seerti dengan 'a' dalam bahasa Inggeris dan tidak ada dalam laras Bahasa Melayu. dan berbeza dengan Bahasa Inggeris ialah l'article indefini juga ini dipengaruhi oleh 'bilangan' dan 'jantina'.

Untuk lelaki (seorang) : mereka menggunakan un, contohnya; un homme, un infirmier.
Untuk wanita (seorang) : mereka mengggunakan une, contohnya; une femme, un infirmiere.
Untuk lelaki dan wanita (ramai) : mereka menggunakan des, contohnya; des hommes, des ouvriers, des femmes, des ouvrieres.

Selepas rehat, sambung lagi pejaran grammaire. Kali ini penggunaan Conjugaison : Le verbe etre. Ini adalah penggunaan yang seerti dengan 'is atau are' dalam bahasa Inggeris dan tidak terdapat juga dalam laras bahasa Melayu. Serupa juga dengan l'article, mempunyai jantina tetapi berbeza mengikut katanama orang.

Untuk 'saya' (kata nama pertama @ singal) : mereka menggunakan; Je suis (I am).
Untuk 'kami' (kata nama pertama @ jamak) : mereka menggunakan; Nous sommes (I am).
Untuk 'awak' (kata nama kedua @ singal) : mereka menggunakan; Tu es (you are)
Untuk 'awak' (kata nama kedua @ jamak) : mereka menggunakan; Vous etes (you are). Namun begitu, kadang kala, vous stes juga digunakan untu 'awak' bagi mereka yang baru kita kenali atau orang yang kita hormati seperti profesor, orang yang tua dan sebagainya.
Untuk 'dia' (kata nama ketiga @ singal) : mereka mnggunakan; Il (lelaki)/ elle (wanita) est.
Untuk 'mereka' (kata nama ketiga @ jamak) : mereka menggunakan Ils (lelaki)/ elles (wanita) sont.

Walaupun begitu, penggunaan (am, are, were) tidak lagi digunakan apabila conjagaison ini bertemu dengan perkataan 'perbuatan'. Sebagai contoh, mari kita lihat pada perbuahan perbuatan berikut; aimer (suka), habiter (tinggal) dan travailler (kerja).

J'amie, J'habite, J'travaille
Tu amies, Tu habites, Tu travailles
Il/elle aime, Il/elle habite, Il/elletravaille

Nous aimons, Nous habitons, Nous travaillons
Vous aimez, Vous habitez, Vous travaillez
Ils/elles aiment, Ils/elles habitent, Ils/elles travaillent

So, kena buat banyak kerja rumah sikit la bagi mengenal pasti konsepnya. Tapi, jika diperhalusi. kita akan dapati ada satu 'paten' yang sama. Occay, cukup itu dulu pelajar grammaire kita hari ini.

Thursday, September 15, 2005

Les Pays, Les Nationalites

Petang semalam belajar tentang negara dan bangsa. Ini adalah rentetan dari pelajaran dari Unite 2: Decouvertes, DUEX CHAMPIONS: UNE FEMME PILOTE ET UN INFIRMIER. Kebanyakkan negara di Eropah mempunyai nama yang berbeza dalam bahasa Perancis. Begitu juga nama bangsa sesuatu negara, berbeza ejaan dan sebutan antara lelaki dan perempuan. Contohnya;

L’Allemagne (German) allemand (lelaki German) allemande (wanita German)
L’Angleterre (England) anglais (lelaki England) anglaise (wanita England)
L’Autriche (Austria) autrichien (lelaki Austria) autrichienne (wanita Austria)
La Belgique (Belgium) belge (lelaki/wanita Belgium)
Le Canada (Kanada) canadien (lelaki Kanada) canedienne (wanita Kanada)
La Coree (Korea) coreen (lelaki Korea) coreenne (wanita Korea)

Sambil mengajar, En. Nardin akan menanya pelajar di mana terletaknnya negara yang disebutkan dengan memberi peta yang dibawa bersama. Peta dalam Bahasa Perancis!. Rasanya pengetahuan tentang negara-negara di Eropah nie masih cetek lagi!

L’Espagne (Sepanyol) espanol (lelaki Sepanyol) espanole (wanita Sepanyol)
La Grece (Greece) grec (lelaki Greece) grecque (wanita Greece)
L’Italie (Italy) italien (lelaki Italy) italienne (wanita Italy)
Le Japon (Jepun) japonais (lelaki Jepun) japonaise (wanita Jepun)
Le Portugal (Portugal) portugais (lelaki Potugal) portugaise (wanita Portugal)
La Suede (Sweden) suedois (lelaki Sweden) suedoise (wanita Sweden)
La Suisse (Switzerland) Suisse (lelaki/wanita Switzerland)

L’Malaisie (Malaysia) malais (lelaki Malaysia) malaise (wanita Malaysia)

Bila cakap pasal Malaysia, sengaja saya tanya Mr. Nardin,
Amir : Kenapa orang Perancis tidak datang ke Malaysia macam Portugis dan Belanda? Kenapa mereka pergi Vietnam?
Mr. Nardin : (lebih kurang) Kerana tidak mahu bersaing dalam perdagangan dengan orang Eropah yang lain. Sebab itu kami berdagang di Vietnam.
Amir : Hendak berdagangan atau ‘conquer’?
En. Nardin: (ketawa….)!!

Rasanya soalan macam tu sensetif kot, pasal Perancis kalah dengan Vietnam tahun 1965…!!!

Tapi tak lama lepas tu bila cakap pasal Brunei, tiba-tiba Mr. Nardin Tanya kenapa tak ‘conquer’ Brunei?. Saya jawab, “We are very good people!”. Ketawa En. Nardin. =D. Saya gurau jer!

Setakat ini, rasanya dah boleh ‘follow’ dengan apa yang di ajar oleh En. Nardin. Walaupun kadang kala dia memberi arahan dalam Bahasa Perancis, tapi dirasakan semua orang dah faham apa yang dimaksudkannya. A dierman!!

Wednesday, September 14, 2005

Rasional lawan Emosional

Sebenarnya ada garis yang sangat 'halus' di antara pandangan yang rasional dengan pandangan yang emosional. Kadang kala kita merasakan pandangan kita itu adalah paling rasional, tetapi dilihat sebagai sesuatu yang emosi oleh orang lain. Kita cuba memberi pandangan yang terbaik, tetapi kita 'terlupa' atau 'lupa' menimbangkan orang yang berada dalam kedudukan atau situasi yang berbeza dengan kita. Ini terjadi bila kita terlalu emosi.

Pandangan kita terhadap apa yang berlaku disekeliling kita di salah ertikan kerana emosi yang keterlaluan. Sama ada kita terlalu gembira atau terlalu sedih. Emosi meng'hijab'kan minda kita untuk berfikir secara rasional. Bila kita terlalu gembira, kita merasakan pandangan kita juga mengembirakan orang lain. Bila kita marah, kita rasa pandangan kita akan dipatuhi oleh semua orang. Keengganan orang lain memahami pandangan kita membuatkan kita merasakan pandangan kita (ketika marah) adalah pandangan yang terbaik walaupun ada bukti-bukti yang bercanggah dengan pandangan kita (ketika marah).

Sememangnya tiada manusia yang sempurna di dalam alam ini melainkan Allah Talla Penguasa sekelian alam. Dan ketidak sempurnaan manusia itulah lambang manusia yang 'sempurna'. Tidak hairanlah kita akan bertemu dengan berbagai jenis pendapat yang bertentangan dengan pandangan kita. Itu kesempurnaan manusia, bagi orang yang rasional!. Menerima pendapat orang lain seadanya dan menghargainya adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ini adalah asas pemikiran orang tang waras dan rasional pemikirannya.

Orang yang emosi tidak mengkaji pendangan orang lain secara 'mikro', kerana ini memerlukan pemikiran yang mendalam dan penghayatan yang terlalu lama. Jadi pendapat yang 'segera' dan dirasakan terbaik merupakan cara yang paling bagus diutarakan. Lebih 'segera' dari menelaah kitab atau bertanya orang lain.

Masalah yang berada di sekeliling kita itu sebenarnya adalah suatu rahmat untuk difikirkan sekaligus mencari jalan penyelesaian. Minda kita akan 'imun' atau 'mangli' dengan masalah-malasah disekeliling kita pada masa hadapan. Minda yang berkerja juga sebenarnya ada daya tahan yang tinggi walaupun masalah disekelilingnya terlalu berat dan sukar diatasi. Menurut kajian psikologi juga, orang yang otaknya sentiasa berfikir juga akan dapat mengelakkan dari penyakit 'nyanyuk'. Bagi orang Islam, 'sakinah' dari Allah merupakan ketenteraman jiwa dan ketenangan minda yang paling unggul.

Mungkin ada benar juga kata punjangga lama; "Musuh yang bijak itu lebih baik dari sahabat yang bodoh". Lebih bijak musuh kita, lebih 'mangli' minda kita terhadapan masalah!

Tuesday, September 13, 2005

Des Chiffres

Pelajaran petang tadi adalah berkenaan dengan nombor, nombor dalam sebutan dan ejaan;
1 un
2 deux
3 trois
4 quarte
5 cinq
6 six
7 sept
8 huit
9 neuf
10 dix
11 onze
12 douze
13 treize
14 quatorze
15 quinze
16 seize
17 dix-sept
18 dix-huit
19 dix-neuf
20 vingt
30 trente
40 quarante
50 cinquante
60 soixante
70 soixante-dix
80 quarte-vingts
90 quatre-vingt-dix
100 cent
200 deux cents
300 trois cents
400 quatre cents
500 cinq cents
600 six cents
700 sept cents
800 huit cents
900 neuf cents
1000 mille
2000 deux mille
3000 trois mille
10000 dix mille
100000 cent mille
1000000 un million


Lepas tu belajar macam mana nak sebut bilangan dalam Bahasa Perancis, nampak susah pada mula tapi bila dah faham cara nak gunanya, rasa seronok pula nak jawab :)
261 duex cent six un
3215 trois mille duex cent quinze
1939 mille neuf cen trois neuf
4614 quarte mille six cent quartorze
126392 cent duex six mille trois cent quarte-vingt-douze
Christoper Columbus jumpa Amerika, 1492 mille quarte cent quarte-vingt-douze
plat kereta sendiri, 6928 six mille neuf cent deux huit
untuk kawan saya, 7914 sept mille neuf cent quartorze
Bagi lagi nombor pada saya!!! biar saya terjemah dalam bahasa Perancis :)

Rasanya, sebutan nombor bahasa Pernacis nie perlukan kita ingat beberapa nilai tertentu, nilai sa, puluh, ratus, ribu.... berbeza dengan sistem nombor Bahasa Melayu. Di penghujung kelas, Mr. Nardin ajar, "a dermain!" maknanya "kita jumpa lagi esok".

Cafe Crème

Semalam, kelas dimulakan dengan pemberian dua buah buku latihan mengantikan nota photostat yang diberikan sebelum ini. Selepas itu, En Nardin bagi arahan "Ecrivez votre nom sur le livre!". Semuanya termangu-mangu dengan apa yang dicakap tetapi beliau menunjukkan isyarat menunjuk-nunjuk muka depan buku yang baru kami terima.

Rupa-rupanya beliau menyuruh kami menulis nama di buka depan buku latiahn yang baru kami terima. "Ecrivez(tuliskan) votre(awak) nom(nama) sur(di atas) le livre(buku)!".

Lepas tu dia tanya lagi, "avev vous chez vous un lectuer de disque compact?". Bingung tapi rasanya tahu jawapan pasal dia asyik pegang CD dan radio. Mesti dia tanya ada pemain CD tak? "avev(adakah) vous(awak) chez vous(ada) un lectuer(pemain) de disque compact(CD) jawabnya, Oui(ya)! j'aicher(ada) moi(saya) un lectuer de disque compact".

Satu yang jelas En. Nardin nie tak suka ajar Bahasa Perancis dalam bahasa Inggeris. Dia lebih suka ajar Bahasa Perancis dengan bahasa isyarat!!

Semalam belajar berkenaan hari-hari dalam seminggu dan bulan bulan dalan setahun. Lundi(Isnin), Mardi(Selasa), Mercredi(Rabu), Jeudi(Khamis), Vendredi(Jumaat), Semedi(Sabtu) dan Dimanche(Ahad).

Dan tahun pula Javier(Januari), Fevrier(Februari), Mars(Mac), Avril(April), Mai(Mei), Juin(Jun), Juillet(Julai), Aout(Ogos), Septembre(September), Octobre(Oktober), Novembre(November) dan Decembre(Disember).

Monday, September 12, 2005

App 3: Tana vs. Kendra

Walaupun rancangan Apprentice 3 telah tamat pada 19 Mei yang lalu, tapi di Malaysia rancangan itu baru sahaja tamat malam semalam. Tidak seperti pertandingan akhir sebelum ini, persaingan akhir kali ini menemukan dua finale yang mempunyai jantina yang sama (wanita) tetapi mempunyai latarbelakang yang berbeza.

Kendra, 26 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Linguistik dari Universiti Florida manakala Tana, 37 tahun yang merupakan suri rumah yang telah memulakan peniagaan menjual eksosari telepon dari pintu ke pintu sejak berumur 9 tahun.

Barangkali kerana sifat wanita itu yang mudah diusik emosi lebih-lebih lagi ketika berada dalam tekanan, menyebabkan Donald Trump menggunakan strategi yang berbeza kali ini. Beliau menugaskan 3 orang ahli pasukan yang paling menjengkelkan untuk setiap perantisnya. Pastinya amat sukar untuk mengurus sesuatu tugasan apabila dibantu oleh mereka yang 'perlahan' dan ini telah diluahkan oleh Tana beberapa kali apabila ditanya tentang 3 rakannya. Sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku bagi seorang perantis Donald Trump.

Kendra menunjukkan keupayaan sebenar beliau memimpin rakan-rakannya walaupun rakan-rakannya banyak melakukan kesilapan dan kecuaian. Sikapnya yang bersahaja dan tenang dalam menghadapai tekanan membuatkan beliau lebih terkehadapan dalam merancang tugasan yang diberi. Tidak kelihatan keributan semasa acara kemuncak berjalan dan sebaliknya, Tana telah membuat banyak kesilapan. Sehinggakan bendera Amerika untuk Gabenor New York tidak disediakan di saat-saat acara hendak dirasmi!.

Sepanjang menonton rancangan musim ini, saya sudah mula berminat cara Kendra merancang tugasan bersama rakan-rakannya. Salah satu kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh beliau adalah pengetahuan yang luas dari segi pemasaran. Beliau mahir menghasilkan produk yang mampu di jual dan menggunakan berbagai 'medium' untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh kumpulannya. Beliau memang sangat mahir dalam bidang pemasaran. Namun, kelewatannya dari segi penampilan kepimpinan membuatkan George, orang kuat Donald Trump menegurnya. "Anda duduk terlalu lama di bawah radar namun bila awak mula memijak 'plate', awak pukul bola keluar dari taman", merujuk kepada permaian 'baseball'.

Sememangnya, tiada pilihan yang terbaik selain memilih Kendra sebagai perantis. Belaiu telah membuktikan bahawa gabungan ilmu pengetahuan dan ketahanan mental yang tinggi mampu menghasilkan hasil kerja yang sangat bermutu dan layak mendapat ganjaran yang sewajarnya. Tahniah Kendra!

Friday, September 09, 2005

Un Dictionnaire

Petang tadi lepas pi beli barang rumah dan buat temujanji kat klinik gigi, terus pergi kedai buku. Pustaka Chiew. Teringat nak beli kamus Bahasa Perancis. Mula-mula tanya 'tokey' buku tu, dia kata takde. Tak puas hati!! tak lama lepas tu, bila tanya pembantu dia. Ada pulak! siap tunjuk lagi kamus tu kat mana. Tengok harga boleh tahan, tapi ilmu punya pasal tak de hal. Kat rumah lepas bakar tung-ku, belek-belek sikit kamus tu. Nampaknya kamus nie memang bagus pasal penerangannya sangat bagus terutama pada bahagian tatabahasa. Semoga pembelajaran akan menjadi lebih menarik selepas ini.

Thursday, September 08, 2005

Bon Fin de Semaine!

Petang tadi pelajaran bermula dengan;

Combien sommes vous? Berapa bilangan kamu semua?
Sommes vous quinze. Kami semua 15.

Lepas tu belajar tentang bilangan dalam bahasa Perancis;

un, deux, tois, quate, cing, six, sept, huit, neuf, dix,
onze, douze, treize, quatonze, quinze, seize, dixsept, dixhuit, dixneuf, ..

Ulangkaji sikit berkaitan dengan memberi ucapan;

Bonjour, mansieur.
Comment allez-vous?(polite) atau Comment ca va?(freindly)
Ca va bien, et vous?
Je vous bien, aussi, merci.

Walaupun pelajaran hari ini nampak asas dan tidak teratur, banyak juga perkara baru yang dapat saya pelajari hari ini. Cuma ada beberapa nota yang masih belum dapat dan En. Nardin (sebutanyya 'Nar-dirgh') berjanji akan memberikan saya buku latihan menggantikan nota photostat yang di beri di dalam kelas. Di akhir kelas beliau mengucapkan selamat bercuti di hujung minggu dengan menulis 'Bon Fin de Semaine!'

Wednesday, September 07, 2005

En Classe de Francais

Je m'appelle Jean. Je suis etudiant.
Je m'appelle Corinne. Je suis etuidante.


Dari apa yang saya belajar petang tadi ialah, bahasa Perancis ini terbahagi kepada bentuk lelaki dan bentuk perempuan. Penambahan 'e' menunjukkan bahasa orang bercakap itu adalah 'femime'.

Thierry : Salut! Je m'appelle Thierry.
Kyoko : Et moi Kyoko
Thierry : Tu es japonaise?
Kyoko : Oui.
Thierry : Tu es etudiante?
Kyoko : Oui, j'apprends le francais. Mais a Tokyo, je suis journaliste.

Dialog ringkas dalam bahasa Perancis. Jangan silap!, bunyinya tak sama dengan ejaannya. contohnya 'Oui' bermaksud 'ya' di sebut 'wee', 'moi' bermaksud 'saya' di sebut 'mua'. Barangkali ketidak hadiran saya dalam kelas pertama (kelas belajar sebutan huruf bahasa Perancis) buat saya rasa dah ketingglan jauh hari ini!. Harap esok akan menjadi lebih baik lagi. InsyaAllah.

Salut! Je m'appelle Amir

Elok jer parking kereta kat KD Pelandok, nampak sorang 'mat saleh' ke hulu dan ke hilir macam cari sesuatu. Bila saya dekati beliau, terus dia cakap 'Bonjour'. Dalam hati dah agak dah, ini mesti guru bahasa Perancis tu. Agak tua dan tingginya lebih kurang tinggi saya. Beliau bertanyakan di mana 'library'. Setelah perkenalkan diri, dengan senang hati bawa Cikgu Perancis tu pergi library. Sampai kat depan library terus dia cakap 'Perpustakaan' dan ucap terima kasih.

Sebelah petangnya barulah dapat masuk kelas Bahasa Perancis. Dah ketinggalan dua hari pasal terpaksa jaga baby dan isteri. Rasanya pasal 'miss' kelas semalam buat pelajaran hari nie macam berterabur sikit. Ditambahkan lagi dengan cara cikgu tu mengajar agak laju dan kurang jelas. Rasanya dia mengajar tak ikut urutan yang betul. Dia nak ajar dialog tapi pada masa yang sama dia ajar juga grammer dan juga intonasi bahasa. Rupanya, nak belajar bahasa Perancis nie, kita kena belajar dengan intonasi sekali. Baru ada sedap bunyinya. Harap esok akan dapat belajar dengan lebih baik lagi.

Saturday, September 03, 2005

Bonjour

Lebih kurang jam 1200, hari Jumaat di Jabatan Bahasa Inggeris;

Kapt Amir : Jadi ker kelas Bahasa Perancis minggu depan?
Kapt Seach : Jadi Tuan, tapi hari Isnin tu cuma pengenalan sahaja.
Kapt Amir : Pengenalan kena datang ker?
Kapt Seach : Tak datang pun tak pe, start 1500 sampai 1700.
Kapt Amir : Aku nie kira student ke? sapa lagi yang macam aku?
Kapt Seach : Kalau ikut sampai habis boleh dapat sijil, Kapt Noor pun ada.
Kapt Amir : Jadual kelas macam mana?
Kapt Seach : Setiap hari Isnin sampai Khamis, 1500 sampai 1700.
Kapt Amir : Occay, thank you. Happy weekend!!

Hmm.. start minggu depan ada kelas Bahasa Perancis Di KD Pelandok, tapi ada masalah sikit. Minggu depan juga ibu mertua pi Hospital Selayang untuk pemeriksaan kesihatan (kena jaga isteri kat rumah) dan pada petang Selasa minggu depan juga isteri dan baby ada 'appointment' dengan hospital. Nampaknya kena kelam kabut sikit la jadual minggu depan. Malam tu cari juga info tentang Bahasa Perancis dalam internet, ada jumpa dua website ajar asas Bahasa Perancis percuma; www.frenchassistant.com dan www.frenchtutorial.com. Ada banyak lagi tapi dua nie pun cukup dulu kot. Harap-harap boleh bantu sikit kuasai Bahasa Perancis nanti.

Sebenarnya, tak ada apa-apa sebab utama nak belajar Bahasa Perancis nie. Cuma kebetulan ada kelas dan mengambil peluang yang ada. Setahu saya Bahasa Perancis nie juga bahasa ilmu. Ditambahkan lagi dengan ada dua orang bekas pelajar sekarang belajar di Perancis. Lepas nie boleh la ber'Froncee' dengan mereka. Apa yang anda tahu tentang 'France'?. InsyaAllah saya akan tahu banyak nanti. :P