Sunday, September 06, 2015

Mak SR: Sambal Lodeh 2

Sambal lodeh :P
Selesai solat subuh, aku memulakan kerja-kerja untuk menghasilkan hidangan terbaik dari wan dan ibuku. Menghiris bawang besar. Sebenarnya, ini adalah kerja rutin setiapkali raya menjelang. Aku dan adik-adikku akan bergotong-royong menghiris bawang. Jumlahnya lebih besar dari yang aku hiris hari ini untuk pembelajaran dari ibuku ini.
Selesai menghiris bawang, daging yang direbus semalam dipotong kecil salam bentuk dadu. Setelah direbus, memang jelas kelihatan alur tektur daging tersebut dan ibuku meminta memotong daging merentang urat dating tersebut. Tujuan utama adalah untuk memudahkan pemotongan dan mengelakkan dari liat. Udang pula dikopek mulutnya selepas itu. Ibuku tidak membuang air rebusan udang itu sebaliknya akan digunakan salam membuat sambal lodeh. Katanya, air rebusan udang itu menaikkan rasa dan manis.

Saturday, September 05, 2015

Mak SR: Sambal Lodeh 1

Sebuah kisah yang sangat terkesan sepanjang belajar di Unitar adalah kisah seorang pensyarah saya yang berazam mendidik dengan ikhlas kerana baginya, itu sahajalah jariah baginya untuk ibunya yang telah meninggal dunia. 
Aku bertanyakan kepada diriku sendiri, apakah jariah untuk ibuku? Satu yang pasti, dan aku yakin, masakan ibuku adalah terbaik. Dari pemerhatian aku sepanjang perantauan aku sebagai pegawai tentera. Ini menimbulkan kesedaran untuk aku menguasai ilmu yang ada pada ibuku agar aku dapat menyampaikan rasa masakan ibuku dan ilmu hebat disebaliknya. 
Hari ini selepas kelas Dr Johari di Unitar, aku nekad until belajar membuat salah satu resepi hebat dari wan-ku, Hajah Norjaya. Resepi ini hanya muncul pada 2 perayaan besar umat Islam. Boleh kerana keunikannya, resepi yang dikenali sebagai 'Sambal Lodeh' ini dapat dirasa hanya jika beraya dirumah anak-anak dan cucu-cucu wan-ku. Lebih unik lagi, kerana ramainya anak-anak dan cucu-cucu wan-ku, aku boleh merasa perbezaan dari satu rumah ke rumah lain. Sedikit perbezaan dari warna, tektur, rasa dan sebagainya. Namun begitu, ia tetap menyebabkan hindangan licin menjilat jari.
Mak mengajar memilih bawang
Hujan petang tadi tidak menghalang aku dan ibuku ke pasar malam Seksyen 19 untuk membeli barang-barang keperluan untuk membuat Sambal Lodeh. Antara barang yang dibeli, 
1. Daging 500g: RM 13.00
2. Udang 1kg: RM 26.00
3. Cili Kering: RM 1.00
4. Bawang Besar 1kg: RM 5.00
5. Belacan: RM 3.00
6. Asam Jawa: RM 3.00
Ini bukan keseluruhan keperluan untuk membuat sambal lodeh, berikut adalah keperluan yang sepatutnya aku kena beli tetapi ibuku menyatakan masih ada lagi di rumah. 
1. Minyak Masak
2. Gula Melaka
3. Gula 
4. Garam
5. Santan (beli pagi Ahad)
Sesampai di rumah, tugasan pertama adalah memotong cili meeting dengan halus dan mengopek kulit bawang. Pada masa yang sama, daging dan udang direbus. Tujuan dating direbus agar ia empuk dan yang lebih penting menurut ibuku adalah kita boleh melihat urat daging. Ini memudahkan kerja-kerja memotong daging tersebut kepada bentuk dadu. Udang pula direbus sehingga kekuningan untuk dua tujuan, untuk mengelakkan dari menjadi terlalu busuk dan air rebusan udang itu nanti akan digunakan untuk membuat sambal lodeh. Ia memaniskan dan menaikkan selera.
Daging dan udang disimpan di dalam petisejuk dan bersambung esok.

Thursday, February 26, 2015

CO Parade

Perbarisan PM KDP 2015
Setelah hampir 3 tahun di KD Pelandok, akhirnya aku diberi peluang untuk memanaskan kasut kawad yang lama tersimpan di rumah. Sebagai ketua platun Echo kompeni, aku memimpin 27 anggota 'senior rank' untuk Perbarisan Pegawai Memerintah terbaru KD Pelandok. 
Cuma aku sahaja pegawai darat yang terlibat dalam perbarisan ini. Dengan 3 kali raptai, Alhamdulillah, perbarisan dapat dijalankan dengan baik dan mendapat Bravo Zulu dari Pegawai Memerintah yang baru, Kepten Halim bin Saari.
Terima kasih kepada PR KD Pelandok yang snap gambar yang tak seberapa ini, You make me proud of me! :)