Tuesday, September 13, 2005

Cafe Crème

Semalam, kelas dimulakan dengan pemberian dua buah buku latihan mengantikan nota photostat yang diberikan sebelum ini. Selepas itu, En Nardin bagi arahan "Ecrivez votre nom sur le livre!". Semuanya termangu-mangu dengan apa yang dicakap tetapi beliau menunjukkan isyarat menunjuk-nunjuk muka depan buku yang baru kami terima.

Rupa-rupanya beliau menyuruh kami menulis nama di buka depan buku latiahn yang baru kami terima. "Ecrivez(tuliskan) votre(awak) nom(nama) sur(di atas) le livre(buku)!".

Lepas tu dia tanya lagi, "avev vous chez vous un lectuer de disque compact?". Bingung tapi rasanya tahu jawapan pasal dia asyik pegang CD dan radio. Mesti dia tanya ada pemain CD tak? "avev(adakah) vous(awak) chez vous(ada) un lectuer(pemain) de disque compact(CD) jawabnya, Oui(ya)! j'aicher(ada) moi(saya) un lectuer de disque compact".

Satu yang jelas En. Nardin nie tak suka ajar Bahasa Perancis dalam bahasa Inggeris. Dia lebih suka ajar Bahasa Perancis dengan bahasa isyarat!!

Semalam belajar berkenaan hari-hari dalam seminggu dan bulan bulan dalan setahun. Lundi(Isnin), Mardi(Selasa), Mercredi(Rabu), Jeudi(Khamis), Vendredi(Jumaat), Semedi(Sabtu) dan Dimanche(Ahad).

Dan tahun pula Javier(Januari), Fevrier(Februari), Mars(Mac), Avril(April), Mai(Mei), Juin(Jun), Juillet(Julai), Aout(Ogos), Septembre(September), Octobre(Oktober), Novembre(November) dan Decembre(Disember).

No comments: