Tuesday, January 14, 2014

Koh Lipe - Kembali ke Malaysia

Awal pagi bangun untuk bersiap untuk kembali ke Malaysia.

Monday, January 13, 2014

Koh Lipe - Hari Ketiga

Seperti semalam, bangun awal untuk persiapan

Sunday, January 12, 2014

Koh Lipe - Hari Kedua

Aku bangun pagi dengan hati yang sangat girang :). Ini kerana suasana pagi di Koh Lipe sangat tenang dengan deruan ombak pantai. Aku bangun lebih awal agar dapat solat subuh dan membuat sedikit regangan dan senaman sebelum aktiviti selaman.

Saturday, January 11, 2014

Koh Lipe - Hari Pertama

Ini merupakan pengalaman menyelam-ku yang pertama di luar negara. Ia bermula dengan membaca pengalaman backpackers yang pernah sampai ke Koh Lipe di dalam FB. Pertimbangan pertama yang telah aku buat untuk sampai ke Koh Lipe adalah memastikan aku tiba di Telaga Habour sebelum 2.30 petang. Ini bermakna aku perlu tiba di Pulau Langkawi dari Kuala Kedah sebelum 2.30 petang. Perjalanan dari Kuala Kedah pula mengmabil masa lebih kurang 2 jam ke Pulau Langkawi, ini bermakna aku perlu ada di Kuala Kedah seawal pagi yang boleh untuk mengelakkan dari tertinggal feri. 
Dari Seri Manjung, tiada satu syarikat bas pun yang boleh capai objektif aku. Jadinya, aku terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Kuala Kedah. Aku telah memilih motor LC-ku sebagai kenderaan ke Kuala Kedah kerana penjimatan petrol dan kemudahan penyimpanan semasa aku berada di Koh Lipe.
Tiket ke Pulau Langkawi
Aku memulakan perjalanan ke Koh Lipe dengan menunggang motor LC 135-ku ke Jeti Kuala Kedah. Mengikut perkiraan-ku, perjalanan sejauh 300km memakan masa melebihi 5 jam. Aku telah memulakan perjalanan seawal 3.30 pagi. Perjalanan yang dingin dan gelap. Menjelang subuh, hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan-ku ke Kuala Kedah. Seperti dalam perkiraan-ku, perjalanan mengambil masa lebih 5 jam sedikit. Aku tiba di Jeti Kuala Kedah dalam 8.45 pagi. Aku terus menyimpan motor-ku di salah sebuah tempat menyimpan kenderaan di sekitar Kuala Kedah. Kadar bayarannya adalah RM 3 sehari.
Aku terus ke Jeti Kuala Kedah dan sempat membeli tiket jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, dari perkiraan aku, aku akan tiba di Pulau Langkawi jam 11.30 pagi. Ada beberapa jam extra sebelum aku bergerak ke Koh Lipe dari Telaga Habour pada 2.30 petang. Setibanya aku di Pulau Langkawi, aku baru perasan yang aku tidak membawa pngecas iPhone-ku! terbang RM 60 kerana terpaksa beli di Jeti Kuah. Aku terus mendapatkan teksi ke Jeti Telaga Habour dengan menaiki teksi sapu pada kadar RM 45. Kalau ikut kadar teksi standard adalah RM 60, aku dah save RM 15.
Komplek imigresen di Telaga Habour
Setiba di Telaga Habour, aku telah membuat pendaftaran untuk mendapatkan 'Border Pass' dan tiket ke Koh Lipe. Tiket perjalanan pergi dan balik ke Koh Lipe adalah RM 240. Menurut pakcik teksi sapu, Jeti Telaga Habour ini hanya dibuka pada bulan Nov- Mac sahaja, ini kerana hanya pada bulan tersebut sahaja keadaan laut pada tahap terbaik. Selain dari bulan tersebut, pelancong terpaksa memasuki wilayah Satun, Thailand dan menaiki bot dari Pak Bara untuk ke Koh Lipe.
Jalan-jalan di Telaga Habour
Sebelum bergerak ke Koh Lipe pada jam 2.30 petang, aku sempat berjalan-jalan sekitar Telaga Habour Park. Salah sebuah taman yang diilhamkan sendiri oleh bekas PM Malaysia, Tun Mahathir. Sebuah pelabuhan kapal layar mewah yang sunyi. Selapas makan tengahari nasi arab, saya bergerak ke komplek imigresen untuk mengambil pas dan tiket. Memang ramai pelancong luar negara ke Koh Lipe melalui Malaysia.
Selfie atas bot
Perjalanan ke Koh Lipe mengambil masa 2 jam, itu dengan bot laju Thai yang menggunakan 4 x enjin 225hp. memang laju bot orang Thai nie!. Cuaca di laut yang tenang menyebabkan perjalanan yang sangat lancar. Aku tak banyak bercakap kerana rata-rata pelancong yang menaiki bot ini bukan dari bangsa yang bertutur bahasa orang putih walaupun mereka berkulit putih. Cuma mereka akan tersenyum bila aku mula berselfie dengan gopro-ku.
Menurut sejarah, Koh Lipe ini berasal dari perkataan Melayu, Pulau Lipis. Majoriti penduduk asalnya adalah orang Melayu dan pulau ini juga dulu di bawah pemerintahan kesultanan Melayu. Namun, di bawah pemerintahan Thailand, budaya dan kehidupan orang Melayu berubah mengikut perubahan zaman. Walupun masih terdapat penduduk Islam di pulau ini, kebanyakkannya tidak dapat berbahasa Melayu kerana populasi pulau ini telah di duduki oleh orang Thailand.
Setiba di perairan Koh Lipe, kami menaiki bot yang lebih kecil untuk ke pantai. Bot nelayan ini sangat unik kerana bentuknya dan jenis enjin yang digunakan. Aku teringat, jenis enjin yang sama juga digunakan oleh bot yang membawa penumpang menyeberangi Sungai Kuala Kangsar.
Koh Lipe
Setiba di pantai Koh Lipe, perasaan-ku sangat teruja. Pertama kali menjejakkan kaki di Thailand dan pengalaman pertama-ku menyelam di luar negara. Memang luar negara la sangat!. Cuaca yang sangat panas bukan kekangan untuk aku menunggu passport-ku untuk diproses oleh imigresen Thailand. Aku lihat, kebanyakkan pelancong disambut oleh staf-staf hotel yang terdapat di Koh Lipe. Kenapa tiada staf yang sambut aku? dan bila aku tanya di mana Dave Jones Dive Center, tiada sorang pun yang tahu!! Aku cuba bersangka baik di bawah panas mtahari yang terik di tepi pantai yang indah, mungkin mereka terlalu sibuk untuk menyambut aku! takpe, sabar.
Selepas selesai urusan imigresen, aku berjalan dari satu resort ke satu resort untuk mencari dive cennter-ku. Oohh.. ujian pertama-ku di Koh Lipe, rupanya dive center-ku terletak di hujung pulau! Sesampai aku di Dave Jones, John menyapa aku dan gembira menyambut aku yang besah berpeluh. Dia memaklumkan yang penginapan di dive center-nya sedang dalam renovation. Maka, beliau telah mengupgade penginapan-ku dari dorm backpackers, 1 bilik 8 orang kepada 1 bilik seorang di resort bersebelahan, Daya Chalet. Fair enough to me :)
Setelah berehat hampir 2 jam, aku berjalan-jalan sekitar pulau. Mencari makan dan tukar duit kepada Bath dan jumpa Iko dan keluarganya. Selesai aktiviti hari pertama, aku tidur awal untuk aktiviti esok :)

Tuesday, January 07, 2014

UNITAR

Selama buat pertama kali menjejakan kaki ke Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) yang terletak di Kelana Jaya. Tujuannya adalah untuk mendengar taklimat berkenaan pengajian peringkat sarjana dalam pendidikan. Dua orang pensyarah yang memberikan taklimat adalah bidang Kaunseling dan 'Early Childhood Education'. Kedua-duanya sememangnya terbaek dalam menyampaikan persembahan. Aku memang sungguh terkesan dengan apa yang mereka sampaikan. Ada beberapa perkara yang membuat aku berfikir semua untuk belajar ke peringkat sarjana di UNITAR;
Taklimat di UNITAR.
  1. Kaunseling sangat berguna pada masa akan datang kerana manusia semakin bermasalah. Walaupun bukan penyelesaian utama, kaunseling merupakan pembimbing terbaek untuk membawa manusia ke jalan yang betul.
  2. Kita kena belajar dengan TUJUAN untuk memberi MANFAAT kepada MANUSIA sejagat.
  3. Pendidikan awal kanak-kanak memang asing kat negara kita tapi dah dimulakan di negara Barat berpuluh tahun yang lalu. Di sana, pendidikan awal merupakan pendidikan yang sangat penting sehinggakan tenaga pengajarnya memiliki sarjana dan Phd.
  4. Perkerja di Zoo, Muzium di barat kebanyakkannya mempunyai kepakaran dalam 'childhood education' yang menjadikan lawatan kanak-kanak semasa 'field trip' di sana sangat menarik! saya alaminya semasa di Australia 2006.
  5. Termotivasi dengan kisah Timbalan Dekan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mempunyai ijazah pertama dalam Komputer, Sarjana dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Phd dalam Arkitek. Matlamat akhirnya adalah untuk mereka bentuk model TASKA yang mesra kanak-kanak. Sehinggakan arkitek di UTM mula memikirkan semula peranan sosiologi dalam senibina berbanding teknikal.

In Shaa Allah, jika ada keizinan Allah, saya akan berusaha untuk mendapatkan Sarjana dari UNITAR sebelum 2017. Semoga Allah permudahkan segala urusan-ku, Ameen :)

Monday, January 06, 2014

Polar

Alhamdulillah, buat pertama kalinya aku dapat memantau status tubuh aku semasa menjalankan latihan jasmani. Status tubuh itu adalah kadar denyutan nadi dan kalori yang terbakar semasa senaman berjalan dipantau menggunakan jam baru-ku berjenama Polar :)
Pada ketika ini aku masih lagi menjalankan eksperimen ke atas jam baru-ku ini. Ada beberapa pemerhatian yang telah aku lihat. 
Pertama kali guna, 711 kcal tenaga diguna untuk berlari selama 1 jam :)
  1. Berlari pada jangka masa yang lama tidak menjamin pembakaran lemak secara maksimum. Apa yang berlaku adalah pembakaran karbo yang banyak bila kita berlari pada jangka masa yang panjang.
  2. Denyutan nadi yang tinggi tidak semestinya membakar banyak lemak. Denyutan nadi yang ideal adalah pada Zone 2. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu cepat. Jogging selama 30 minit pada 5 Jan yang lalu merupakan pembakaran kalori lemak paling maksima setakan ini iaitu 27%.
  3. Selain berlari, senaman HIIT (High Intensity Incentive Training) yang aku panggil senaman setempat sebenarnya lebih banyak membakar kalori lemak. Pertama kali buat HIIT pada petang 4 Jan menunjukkan pembakaran kalori lemak sebanyak 17% lebih banyak dari berlari selama 1 jam.

Memang sungguh menarik maklumat yang saya boleh belajar dari jam polar ini. In Shaa Allah, usaha berterusan akan dilaksanakan bagi merealisasikan azam 2014 :)

Wednesday, January 01, 2014

Azam 2014

Aku jarang merancang azam, bagi-ku azam itu cuma niat dan yang terlebih penting adalah pelaksanaanya. Jika dilihat 20 tahun yang lalu, aku bersyukur kerana banyak perancangan yang telah kucapai. Walaupun ada beberapa kekesalan dan kekecewaan, namun aku tetap reda dengan ketentuan Allah. 
Aku terdengar dari salah sebuah clip motivasi tentang peluang pada masa yang betul, tempat yang betul, orang yang betul dan sebagainya. Sebenarnya (menurut clip tersebut) peluang itu sangat tipis dan jarang ditemui. Apa yang perlu kita lakukan adalah kita sendiri mencipta peluang itu! Ada bran!. Sebenarnya untuk mencapai peluang tersebut, kita kena merancang dan berusaha melaksanakan cita-cita yang kita idamkan. Paling penting adalah doa kepada Pencita kita. Tanpa keizinanNya, belum tentu kita boleh capai apa yang kita impikan.
Azam-ku untuk tahun kelahiran-ku ke 40 adalah seperti berikut;
awesome-body.info
  1. Keimanan - Melebihkan baca Al-Quran, solat Dhuha, solat jemaah, puasa sunat.
  2. Ilmu - Tingkatkan penguasaan Bahasa Perancis dan Arab ketahap advance, penumpuan Sarjana kaunseling dan cemerlang dalam kursus G2.
  3. Amal - Bakar 1000kcal/sehari, update blog setiap minggu, pantau pelajaran anak-anak setiap minggu, mantapkan pengetahuan menyelam setiap 3 bulan.
Ya Allah, berikan kekuatan kepada-ku untuk melaksanakan perancangan-ku bagi tahun 2014. Semoga usaha-ku ini dapat memberi manfaat kepada-ku dan juga umat manusia sejagat. Ameen :)