Semasa nak turun dari Bukit Busu semalam, terlihat seorang bapa sedang memberi motivasi kepada anaknya yang agak 'obes' untuk terus memanjat Bukit Busu. Anak dia terus berusaha nak panjat bukit tu tapi macam dah tak larat. Kesian budak tu, sedih muka dia dan saya rasa baru 20% dari jarak ke puncaknya. Walaupun nampak berat bagi budak itu hari ini, tapi saya yakin latihan itu akan memberi manfaat kepadanya akan datang. Sememangnya latihan jasmani ini sebenarnya adalah perkara yang penting tetapi ramai orang yang mengabaikannya.
Orang Malaysia terlalu di mewahkan dengan berbagai jenis makanan yang lazat tetapi terlupa nak memastikan makanan itu di tukar kepada tenaga. Ada banyak tempat riadah di Malaysia nie tetapi tidak begitu dimanfaatkan dan yang ada pun kadang-kandang tidak di senggara dengan baik. Akan tetapi, itu bukan alasan untuk tidak mengeluarkan peluh.
Pengalaman saya di Subang Jaya, Alor Setar, dan kini di Lumut. Orang Cina, bagi pendapat saya. Merupakan golongan yang rajin menjalankan aktiviti jasmani. Dari budak kecil sehinggalah orang tua. Kenapa mereka rajin bersukan dan riadah masih lagi menjadi tanda tanya tapi yang pasti mereka konsisten dalam menjalankan aktiviti jasmani.
Ada orang kata kepada saya, mungkin orang Cina takut mati sebab itu mereka rajin bersenam. Saya tak berapa setuju dengan pendapat tu kerana senaman bukan untuk satu bangsa sahaja dan mati itu adalah ketentuan Allah. Bagi saya, orang Cina rajin bersenam kerana mereka melihat bahawa senaman itu sebahagian dari hidup yang sihat. Duit yang banyak pun tak dapat digunakan dengan baik sekiranya badan selalu sakit. Jadi, untuk mencegah itu, mereka rajin bersenam.
Bagi diri saya, senaman mendidik diri saya supaya tahan kepada penderitaan. Menyakitkan badan untuk menentang sakit!. Kesakitan dan penderita juga memberitahu saya yang saya masih hidup lagi. Latihan jasmani memberitahu kita juga betapa lemahnya kita. Biar hebat ego kita tapi bila tubuh kita menderita, otak kita pun sudah tidak mampu berfirkir, tidak mampu untuk 'ego' malah kita akan merayu-rayu untuk 'segelas air' bila keletihan sudah mencapai tahap maksima! Lemahnya manusia!.
Seperti pepatah Inggeris, "When your body suffer, your spirit flourish". Mungkin ada benarnya, bila tubuh kita sakit dan menderita, baru kita kenal apa itu keazaman untuk mencapai apa yang kita kehendaki (untuk orang yang ada keazaman) dan penyudah bagi orang yang cepat mengalah.
Mari kita mula melangkah dan terus melangkah ke hadapan, agar penderitaan kaki kita mengajar kita erti keazaman.
No comments:
Post a Comment