Sunday, December 25, 2005

Anak yang Soleh

JULANGAN KEJAYAAN: Pelajar kedua terbaik kebangsaan, Ahmad Naufal dijulang rakan yang juga cemerlang dalam keputusan PMR di Sekolah Agama Menengah Bestari Jais Subang Jaya. Sumber: Berita Harian

Tahun ini, seramai 20,101 pelajar PMR 2005 berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran mereka. Pelajar terbaik PMR 2005 peringkat kebangsaan, Rabiatul Adawiah Abdul Basir memperoleh 9A dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

Saya seringkali mendengar suara-suara yang menyatakan tentang, pentingkah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan?. Adakah menduduki peperiksaan itu sebahagian dari proses menuntut ilmu?. Perlukah ada pengiktirafan dalam menuntut ilmu?

Pengalaman saya dalam bidang pendidikan memberitahu saya apa itu nilai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan yang diperolehi oleh pelajar yang berjaya itu sebenarnya bukan datang dari hati yang hanya untuk lulus peperiksaan, malah lebih lagi dari itu. Mereka yang berjaya itu sebenarnya mempunyai beberapa sifat yang membezakan mereka dari pencari ilmu 'mediocre'.

Keazaman dan kesungguhan untuk berjaya, mereka terdiri dari para pelajar yang memastikan diri mereka dapat menyelesaikan semua masalah pelajaran mereka. Mereka yang mendekati dan menghormati guru mereka.

Terlebih dari itu, mereka yang cemerlang ini sebenarnya terdiri dari anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang mengembirakan kedua ibubapa mereka dengan kecemerlangan ilmu.

Tuesday, December 20, 2005

Ear Nude Squat

Semasa saya baru dalam perkhidmatan, saya dan rakan se'skot' telah di panggil ke bilik salah seorang pegawai senior(kini telah bersara). Dengan perasaan yang bercampur-campur, perlahan-perlahan kami minta kebenaran masuk ke biliknya. Saya masih ingat perkataan pertama yang terpacul dari mulut, "while you are in service, don't try to be funny".

Sebenarnya dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, elemen 'seriosa' adalah sangat utama. Lebih-lebih lagi yang melibatkan displin dan prosedur-prosedur yang ketat. Bila kita menganggapnya ianya seperti 'monkey business', padahnya seperti yang berlaku terhadap kes 'ear nude squat' baru-baru ini. Bukan sekadar perkhidmatan, bukan sekadar masyarakat, bukan sekadar negara, malah melibatkan hubungan dengan negara lain.

Walaupun keputusan 'Inkuiri Awam' yang di jalankan baru-baru ini akan diketahui 15 Jan 2006, tahulah kita bahawa dari sekecil rakaman video (yang pada mulanya dianggap gurauan), kini telah mengharu-birukan semua.

Pengajaran yang paling bermakna, muhasabah diri tentang apa yang telah/sedang/akan kita perkerjakan. InsyaAllah setiap pekerjaan atas nama Allah dengan nawaitu yang baik itu dikira ibadah. Semoga perkerjaan kita memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Tuesday, December 13, 2005

Cherating dan TCS

Ombak dari Laut China Selatan, belakang Holiday Villa, Cherating

Cuti minggu lepas dipenuhi dengan memenuhi undangan perkahwinan adik dan saudara isteri.

Adik lelaki saya selamat diijabkabulkan di rumah isterinya di Cheras manakala pernikahan suadara isteri telah membawa kami sekeluarga ke Bukit Setongkol, Kuantan. Peluang sampai ke Kuantan dipanjangkan dengan menginap di Holiday Villa dan berkelah di Pantai Cherating yang sungguh cantik dan menarik.

Ini pertama kali saya sampai ke Cherating. Ini juga satu pengalaman yang sungguh menarik. Sebagai rakyat Malaysia, pastikan anda menjejakkan kaki ke Cherating. Atau, anda akan terpinga-pinga bila mana ada 'mat/minah saleh' boleh cerita tentang keindahan Cherating kepada anda. Cuti-cuti Malaysia yang sangat berbaloi!

Perjalanan yang jauh dari Cheras ke Cherating juga memberi pengalaman pemanduan yang baru kepada saya. Pengalaman memandu KIA Optima baru milik bapa mertua saya. Biasa pandu kereta ini tapi tidak bagi perjalanan yang jauh dan agak mencabar. Mencabar kerana melalui lebuhraya baru ke Kuantan yang berliku-liku, pendakian dan hujan lebat dibeberapa bahagian lebuh raya.

Sebelum ini, saya pernah terbaca tentang teknologi TCS (Traction Control System). Satu sistem kawalan automatik pada kereta yang mampu mengelak kereta dari tergelincir di jalanraya yang basah. TCS juga mampu menyeimbangkan berat kereta apabila melalui selekoh yang tajam pada kelajuan yang tinggi.

Pengalaman yang sangat menyeronokkan, apabila membelok pada kelajuan 170km/jam tanpa rasa mem'buang' dan membuat pendakian di Genting Sempah dalam hujan yang lebat pada kelajuan 100km/jam. Sekarang baru saya tahu betapa hebatnya teknologi TCS (Traction Control System) :P

Dan rasa sangat-sangat bersyukur kerana TCS dapat 'bekerja' dengan baik. Syukur, Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, December 07, 2005

Kursus Pendek: Statistik

Antara perkara yang menarik mengajar pelatih yang lebih senior ini ialah tentang 'kesungguhan'. Walaupun pelajaran yang diikuti agak sukar, tetapi mereka berusaha untuk menguasainya.

Berbeza dengan pelatih baru, mereka nie belum cukup fokus. Kerap kali tidur dalam kelas, dan terpinga-pinga bila ditanya apa yang telah dipelajari. Cuma dalam tentera nie, ada banyak jenis 'ubat'. 'Ubat' yang buat mereka segar-bugar untuk meneruskan pelajaran walaupun badan basah berpeluh!!

Salah satu pelajaran yang agak remeh dalam matematik adalah statistik. Tidak risau tentang nak hafal rumus atau soalan yang di'twist' tetapi terpaksa merenung dengan tajam nombor-nombor yang banyak! Ada lawak dalam bahasa Inggeris tentang ahli statistik:

What is the difference between an introverted and extraverted statistician?
The introverted statistician stares DOWN at his shoes whereas the extraverted statistician stares OVER at your shoes!!! more...

Jika anda tidak mampu merenung nombor yang banyak pada jangka masa yang lama, itu adalah simptom yang menunjukkan anda tidak boleh jadi ahli statistik. Namun begitu, apa yang ahli statstik cakap adalah 99.9% fakta :)

Minggu ini saya kena mengajar kursus pendek di Fakulti Bekalan dan Pengurusan. Mengajar statistik untuk Kursus Kawalan Mutu. Mudah mengajar statistik nie, bagi satu contoh, pastikan mereka faham dan lepas tu bagi 30 - 45 minit untuk pelatih mencuba soalan yang seterusnya. Cuma pantau apa yang ditenung, ditulis dan ditekan.

Bila semua orang (para pelatih) mengeluh tentang banyaknya nombor yang nak ditenung, ditulis dan ditekan. Saya terdengar salah seorang pelatih yang memecahkan suasana stress dengan berkata, "buat jer, salah tak per tapi jangan fade-up, jangan give-up"

Masing-masing antara sengih dan tension sambil mengaru-garu kepala.

Satu kenyataan gurau yang penuh bermakna bagi saya. Bermakna kerana dalam setiap jalan yang sukar itu memerlukan kesungguhan dan kesungguhan itu memerlukan ketabahan.

Tuesday, December 06, 2005

Letih dan Mengantuk

Midshipmen yang curi-curi tido!! (AP Photo/Chris Gardner)

Sementara menunggu Presiden George Bush tiba dan menyampaikan ucapannya, para 'midshipmen' dari Akademi Tentera Laut Tentera Amerika mengambil kesempatan untuk tidur di atas kerusi tetamu. Presiden George Bush menyampaikan ucapan di Akademi tersebut pada 30 Nov yang lalu.

Sepanjang pengalaman saya, menjadi pelatih di dalam tentera memanglah sangat mencabar. Latihan yang lasak sepanjang sehari dan dewan kuliah yang berhawa dinginlah tempat yang terbaik untuk berehat, curi-curi rehat!. Mengenal sedikit erti kesabaran dan ketabahan dengan 'diletihkan' fizikal dan mental.

Mungkin ada benarnya kata-kata George Washington, "To be prepared for war is one of the most effectual means of preserving peace."

Friday, December 02, 2005

Kerjaya Masa Hadapan

Jonathan Wendel dengan hartanya! (AP Photo/Charlie Riedel)

Lupakan sekejap pasal 'naked squat' dan Datuk Noh Omar, mari kita berkenalan dengan Jonathan Wendel, atau 'call sign'nya Fatality. Seorang pemuda yang berusia 24 tahun dan tinggal di Kansas City, USA. Beliau seperti pemuda Amerika yang lain, takut untuk pergi berperang tetapi sangat suka pada permainan komputer. Beliau telah mengabdikan dirinya hampir 6 tahun bermain dengan komputer peribadinya. Beliau bukan pemain komputer kecil-kecilan kerana kini beliau adalah Pemain Komputer Profesional.

Setakat 6 tahun yang lepas, beliau telah menggunakan segala ilmu dan kemahiran bermain komputer untuk memenangi semua pertandingan yang disertainya. Hasilnya, beliau telah memenangi USD 350,00.00 (RM 1.33 juta!!). Pada 14 Nov 2005 yang lalu, di Cyberathlete Professional League World Tour Grand Finals di New York. Sekali lagi beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa permainan komputer bukanlah permainan kanak-kanak atau permainan masa lapang, tetapi permainan yang boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa. Beliau telah memenangi pertandingan itu dan berjaya membawa balik hadiah tempat pertama berjumlah USD 150,000.00.

Hidupnya kini mewah dan terpaksa bermain komputer dari pukul 8 pagi ke 4 petang sehari untuk mempertahankan kejuaraannya pada masa hadapan. Kalau dia kreatif, dia akan buat seminar 'Jutawan Gamer' atau tulis buku 'Bagaimana Kaya Dengan Bermain Game'!!

Secara positifnya, memang bukti di atas menunjukkan bahawa bermain komputer boleh dijadikan kerjaya pada masa hadapan. Dan barangkali ada ramai lagi 'gamer' di luar sana sedang berhempas pulas untuk menguasai permainan komputer untuk mencapai apa yang telah dimiliki oleh Fatality.

Hari ini benda yang melalaikan pun boleh dijadikan sumber rezeki. So, tunggu apa lagi 'gamer' di luar sana. Practise makes perfect!