Friday, September 23, 2005

UPSI

Pagi tadi buat lawatan singkat ke Universiti tertua di Malaysia. Lawatan yang singkat sahaja, tetapi sangat bermakna. Bermakna kerana inilah satu-satuya universiti yang mempunyai ikatan dan talian terus dengan Kor Perkhidmatan Am Pendidikan.

Lawatannya sangat singkat kerana dilakukan pada hari Jumaat. Bemula dari 0930H dan tamat kira-kira 1400H. Lawatan ke sekitar kampus terpaksa dibatalkan tetapi taklimat yang diberi dirasakan sangat baik dan bermanfaat. Ditambah juga dengan hidangan 'sarapan' nasi lemak yang sedap dan makan nasi beriani sebelah tengah harinya.

Ada dua perkara yang menarik minat saya untuk bertanya semasa sesi taklimat di jalankan iaitu; pertama, Pusat Bahasa Moden adalah salah satu fakulti di UPSI yang menawarkan kursus Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan sebagainya. Sebagai penuntut baru Bahasa Perancis, pastinya ingin juga tahu tentang Bahasa Perancis. Namun, menurut pegawai yang memberi taklimat. Kursus Bahasa Perancis akan dilaksanakan dan kursus ini merupakan kursus kecil dan dijalankan secara dalaman.

Kedua, tentang pengajian sarjana yang disampaikan oleh bekas rakan sebilik saya, En Ghani di Desa Permai, USM dulu. Dirasakan yuran pengajiannya agak murah dan kelapangan untuk membuat pengajian jarak jauh adalah sangat sesuai. Bermula petang Jumaat dan hari Sabtu.

Sebelum balik sempat lawat kedai buku KOUPSI dan beli satu buku tulisan Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh. Buku berbentuk cacatan hidupnya dan sangat menarik.

3 comments:

azlina zabha said...

Kata-kata awak dalam entry kali ni, betul-betul membuatkan saya kuat semangat untuk teruskan pengajian di UPSI.. :)

Terima kasih.. :)

Unknown said...

Keep up a good work cikgu, semoga berjaya dalam segala hal, terima kasih masukkan entry saya dalam blog awak :)

BAT said...

assalamualaikum tuan....sy begitu teruja n bersemangat dgn kerjaya sy skg ni...baca artikel tuan dlm blog ni buat sy lbh bersemangat...thank.. n utk pngetahuan tuan sy antara 'segelintir' anggota llp kpa pendidikan....