Walaupun rancangan Apprentice 3 telah tamat pada 19 Mei yang lalu, tapi di Malaysia rancangan itu baru sahaja tamat malam semalam. Tidak seperti pertandingan akhir sebelum ini, persaingan akhir kali ini menemukan dua finale yang mempunyai jantina yang sama (wanita) tetapi mempunyai latarbelakang yang berbeza.
Kendra, 26 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Linguistik dari Universiti Florida manakala Tana, 37 tahun yang merupakan suri rumah yang telah memulakan peniagaan menjual eksosari telepon dari pintu ke pintu sejak berumur 9 tahun.
Barangkali kerana sifat wanita itu yang mudah diusik emosi lebih-lebih lagi ketika berada dalam tekanan, menyebabkan Donald Trump menggunakan strategi yang berbeza kali ini. Beliau menugaskan 3 orang ahli pasukan yang paling menjengkelkan untuk setiap perantisnya. Pastinya amat sukar untuk mengurus sesuatu tugasan apabila dibantu oleh mereka yang 'perlahan' dan ini telah diluahkan oleh Tana beberapa kali apabila ditanya tentang 3 rakannya. Sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku bagi seorang perantis Donald Trump.
Kendra menunjukkan keupayaan sebenar beliau memimpin rakan-rakannya walaupun rakan-rakannya banyak melakukan kesilapan dan kecuaian. Sikapnya yang bersahaja dan tenang dalam menghadapai tekanan membuatkan beliau lebih terkehadapan dalam merancang tugasan yang diberi. Tidak kelihatan keributan semasa acara kemuncak berjalan dan sebaliknya, Tana telah membuat banyak kesilapan. Sehinggakan bendera Amerika untuk Gabenor New York tidak disediakan di saat-saat acara hendak dirasmi!.
Sepanjang menonton rancangan musim ini, saya sudah mula berminat cara Kendra merancang tugasan bersama rakan-rakannya. Salah satu kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh beliau adalah pengetahuan yang luas dari segi pemasaran. Beliau mahir menghasilkan produk yang mampu di jual dan menggunakan berbagai 'medium' untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh kumpulannya. Beliau memang sangat mahir dalam bidang pemasaran. Namun, kelewatannya dari segi penampilan kepimpinan membuatkan George, orang kuat Donald Trump menegurnya. "Anda duduk terlalu lama di bawah radar namun bila awak mula memijak 'plate', awak pukul bola keluar dari taman", merujuk kepada permaian 'baseball'.
Sememangnya, tiada pilihan yang terbaik selain memilih Kendra sebagai perantis. Belaiu telah membuktikan bahawa gabungan ilmu pengetahuan dan ketahanan mental yang tinggi mampu menghasilkan hasil kerja yang sangat bermutu dan layak mendapat ganjaran yang sewajarnya. Tahniah Kendra!
No comments:
Post a Comment