Saturday, September 24, 2005

Blog sebelum Blogger

Kesempatan saya melawat kedai buku KOUPSI telah membawa kepada 'pembelian' buku catatan kehidupan seorang tokoh besar Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh. Walaupun buku ini buku lama, diterbitkan pada tahun 1993. Tetapi cacatanya sungguh bermakna dan memberi gambaran sebenar tentang persekolahannya di peringkat rendah seterusnya keperingkat yang lebih tinggi. Hari ini beliau merupakan seorang Naib Canselor bagi UPSI sendiri.


WARNA-WARNA PENGALAMAN SEORANG GURU merupakan koleksi rencana yang pernah disiarkan di Utusan Malaysia selama 64 minggu dari Ogos 1990 hingga November 1991. Ia mencatatkan nostalgia beliau semasa zaman persekolahannya dan menjadi guru sebelum Merdeka, menjadi guru pelatih di MPSI pada awal 50an, pelajar Maktab Bahasa, Johor Baharu pada akhir 50an, siswazah Universiti Malaya awal 60an, siswazah Malaysia di universiti di Amerika pada awal 70an dan sedikit cacatan beliau semasa menjadi pentadbir universiti di Malaysia.

Setelah membaca buku ini saya sangat tertarik dengan pengalaman beliau dan anak beliau semasa belajar di Universiti Standord dan anaknya di Sekolah Rendah Escondido, Palo Alto.

Anaknya selalu memceritakan kepada beliau pengalaman baru di sekolah. Di antaranya tentang bas sekolah yang sama sahaja warnanya (oren tua) dan peraturan jalan raya yang mewajibkan semua kenderaan persendirian berhenti apabila bas sekolah berhenti untuk menurunkan pelajar. Begitu juga tentang pelajar sekolah cuma membawa bekal ke sekolah kerana semua keperluan belajar telah disediakan oleh pihak sekolah dan peralatan tersebut bermutu tinggi jika dibandingkan sekolah lama mereka di Petaling Jaya.

Di Amerika juga, anak-anaknya diajar menggunakan alat muzik yang kemudiannya dipersembahkan kepada ibubapa dalam bentuk orkestra. Anaknya juga pernah mengajak beliau ke perpustakaan kerana ingin mendapatkan maklumat tentang 'research' yang di arahkan oleh guru anaknya berkenaan kehidupan seekor katak. Anaknya baru sahaja darjah satu dan beliau menyatakan betapa sejak kecil lagi anak-anak di Amerika telah didedahkan dengan konsep pembelajaran meneroka sendiri (discovery learning).

Cerita tentang anaknya berkenaan pemeriksaan kesihatan untuk pelajar sekolah pada mulanya telah disalaherti oleh beliau. Anaknya menyatakan bahawa pemeriksaan kesihatan itu bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang rabun dan kurang pendengaran dan di susun di dalam kelas di kedudukan hadapan. Dengan maklumat ini guru mudah untuk mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan. Begitu juga galakan guru-guru di sana untuk setiap pelajar memasuki pertandingan yang diwara-warakan dalam akhbar dan anak beliau telah mendapat tempat kedua. Beliau merasa berbangga kerana dijemput ke majlis penyampaian hadiah tersebut. Guru-guru juga menggalakan pelajar untuk belajar berenang.

Ini adalah cebisan dari pengalaman Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh di dalam bukunya. Walaupun catatannya ringkas tetapi memberi makna yang luas tentang peranan manusia sebagai seorang pelajar dan juga peranan guru sebagai agen perubah masyarakat. Pastinya ini sebuah blog sebelum blogger wujud yang merakamkan pengetahuan yang sangat berkesan dan bermakna kepada setiap pembaca amnya dan guru khususnya.

No comments: