Sunday, August 10, 2014

Bukit Broga

Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke puncak Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Pada mulanya, ada perasaan ragu-ragu untuk mendaki bukit ini kerana pertama kali ingin mencuba dan tiba di Semenyih pada waktu petang setelah tamat kelas di Unitar. Hati berbelah bagi kerana Papago-ku tak dapat mencari kedudukan Bukit Broga dan keputusan untuk balik ke Shah Alam (rumah keluarga) tidak begitu praktikal kerana kedudukan yang jauh dan jalan yang jem di Semenyih. Akhirnya aku mengambil keputusan menginap di sebuah hotel di Semenyih sementara menunggu hari esok untuk memulakan pendakian.
Puncak Bukit Broga
Aku teruja untuk mendaki bukit ini kerana ada pelawaan dari grup dalam FB yang hendak mendaki untuk Palestine. Memandangkan hari Ahad ini aku free, jadi aku bercadang untuk join geng mendaki ini. Cuma satu kekangannya, aku tak pernah naik bukit ini walaupun pernah bertugas di Kem Perdana Sungai Besi selama setahun pada 2011. Aku cuma tahu tentang bukit ini dari blog dan pengambaran pre wedding angkasawan Malaysia dan tunangnya (pada ketika itu).
Aku tiba di Semenyih pada jam 7 petang. Setelah solat jamak, aku cuba mencari kedudukan Bukit Broga menggunakan GPS-ku tapi gagal! jadi aku mengambil keputusan untuk menginap di sebuah hotel yang ditunjukkan oleh GPS-ku di Semenyih ini. Syukur, Hotel Smart Semenyih ini ada kemudahan wifi percuma. Setelah mandi, aku pun cuma mencari Bukit Broga menggunakan Google Maps. Rupanya, jarakknya cuma 8 km dari hotel yang aku menginap. Lega rasanya, lepas setup keududukan pada GPS-ku, aku terus tidur dan plan untuk mendaki sebelum subuh.
Jam 4.45 pagi aku terjaga. Alhamdulillah, terus aku bersiap dan pada 5.15 aku telah sampai di kaki Bukit Broga. Seorang nyonya menyapa aku di laluan masuk ke kaki Bukit Broga dan memberi aku tiket parking bernilai RM 2.00. Setelah membayar, seorang pemuda cina membantu aku mencari tempat untuk meletakkan kereta-ku. Parking-nya merupakan sebuah kebuh kelapa sawit. Suasana sungguh gelap dan aku memang tidak membawa lampu suluh. Setelah mengambil wuduk, aku bersiap untuk mendaki. Ramai orang dan hampir semua membawa lampu suluh. Alhamdulillah, aku menumpang cahaya mereka.
Walaupun jam menunjukkan awal 5 pagi, tempat parking hampir penuh dan orang sangat ramai. Ada beberapa kali, terpaksa berbaris untuk memanjat di kawasaan tertentu. Kebanyakkannya adalah remaja dan orang dewasa. Lelaki dan Perempuan. Bercahaya-cahaya dan meriah.
aku tiba di puncak pertama pada jam 6.15 pagi. Terus sahaja aku membuka kompas solatku dan solat subuh. Selesai solat, aku cuba mencari geng daki bukit untuk Palestine, tapi aku tak dapat cam yang mana satu kerana terlalu ramai orang. Jika mengikut perancangan, perjumpaan pada pukul 8 pagi, jadi aku fikir untuk mendaki beberapa puncak lagi yang terdapat di atas bukit ini. Terus sahaja aku melangkah ke puncak yang satu lagi. Pagi itu sangat sejuk ditambah dengan tiupan angin yang kuat seperti mahu hujan.
Sedang bersarapan di puncak Broga
Setelah berjalan dari puncak ke puncak, aku tiba di puncak tertinggi. Terdapat signboard pada puncak ini yang menjadi tempat wajib untuk berselfie. Ramai sungguh orang dan terdapat sebuah keluarga yang berkhemah di atas puncak tertinggi itu. Aku dimaklumkan yang mereka telah tiba di puncak itu sejakn jam 3 pagi. Semasa aku tiba, mereka sedang bersiap menyediakan sarapan untuk ahli keluarga mereka. Aku memilih satu spot atas batu dan memerhati gelagat manusia sambil menikmati udara sejuk dan angin yang menderu. Pemandangan masih gelap tetapi pekan yang berada di sekitar bukit ini bercahaya-cahaya. Memang indah.
Selfie di puncak Broga
Pemandangan sekitar sudah mula kelihatan. Pagi itu memang tak dapat keizinan Allah untuk melihat matahari terbit kerana awan gelap berarak di atas bukit ini. Menjelang jam 7.50 pagi, aku bersiap turun untuk mencari geng penaja dakian ini. Aku mua bergerak dari satu puncak ke puncak lain. Namun, sorang pun aku tak jumpa!. Dalam pencarian itu aku terjumpa sekumpulan 4 lelaki yang memakai T Gopro Malaysia. etelah menyapa, rupanya tujuan mereka juga sama, untuk mencari geng penaja pendakian. Seterusnya, aku berjump dengan satu couple yang niat sama dengan kami. Kami memang hampa
Lebih kurang jam 10 pagi, kami mengambil keputusan untuk turun dari bukit ini. Aku dimaklumkan, geng penaja rupanya telah berkumpul seawal 7 pagi dan turun sebelum pukul 8 pagi kerana hujan. Pada ketika itu aku berada di puncak tertinggi dan mungkin hujan di tempat mereka lebih lebat dari tempat aku yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk turun awal.
Apa pun, pengalaman yang sangat bermakna pada pendakian kali pertama di Bukit Broga. Pemandangan yang cantik, udara yang nyaman dan berjumpa dengan kawan-kawan yang hebat :)