Petang tadi lepas pi beli barang rumah dan buat temujanji kat klinik gigi, terus pergi kedai buku. Pustaka Chiew. Teringat nak beli kamus Bahasa Perancis. Mula-mula tanya 'tokey' buku tu, dia kata takde. Tak puas hati!! tak lama lepas tu, bila tanya pembantu dia. Ada pulak! siap tunjuk lagi kamus tu kat mana. Tengok harga boleh tahan, tapi ilmu punya pasal tak de hal. Kat rumah lepas bakar tung-ku, belek-belek sikit kamus tu. Nampaknya kamus nie memang bagus pasal penerangannya sangat bagus terutama pada bahagian tatabahasa. Semoga pembelajaran akan menjadi lebih menarik selepas ini.
No comments:
Post a Comment