Kapt Amir : Jadi ker kelas Bahasa Perancis minggu depan?
Kapt Seach : Jadi Tuan, tapi hari Isnin tu cuma pengenalan sahaja.
Kapt Amir : Pengenalan kena datang ker?
Kapt Seach : Tak datang pun tak pe, start 1500 sampai 1700.
Kapt Amir : Aku nie kira student ke? sapa lagi yang macam aku?
Kapt Seach : Kalau ikut sampai habis boleh dapat sijil, Kapt Noor pun ada.
Kapt Amir : Jadual kelas macam mana?
Kapt Seach : Setiap hari Isnin sampai Khamis, 1500 sampai 1700.
Kapt Amir : Occay, thank you. Happy weekend!!
Hmm.. start minggu depan ada kelas Bahasa Perancis Di KD Pelandok, tapi ada masalah sikit. Minggu depan juga ibu mertua pi Hospital Selayang untuk pemeriksaan kesihatan (kena jaga isteri kat rumah) dan pada petang Selasa minggu depan juga isteri dan baby ada 'appointment' dengan hospital. Nampaknya kena kelam kabut sikit la jadual minggu depan. Malam tu cari juga info tentang Bahasa Perancis dalam internet, ada jumpa dua website ajar asas Bahasa Perancis percuma; www.frenchassistant.com dan www.frenchtutorial.com. Ada banyak lagi tapi dua nie pun cukup dulu kot. Harap-harap boleh bantu sikit kuasai Bahasa Perancis nanti.
Sebenarnya, tak ada apa-apa sebab utama nak belajar Bahasa Perancis nie. Cuma kebetulan ada kelas dan mengambil peluang yang ada. Setahu saya Bahasa Perancis nie juga bahasa ilmu. Ditambahkan lagi dengan ada dua orang bekas pelajar sekarang belajar di Perancis. Lepas nie boleh la ber'Froncee' dengan mereka. Apa yang anda tahu tentang 'France'?. InsyaAllah saya akan tahu banyak nanti. :P
2 comments:
C'est super de voir des francophones de tous les coins du monde. Merci de votre commentaire.
hi, you may also visit my website www.frenchspanishonline.com free to learn French with audio, videos, grammar and much more,
thank you,
Best Regards
Post a Comment