|
Di dalam bas perjalan dari Wisma Transit ke KLIA |
Sebenarnya ada perasaan yang sangat terharu dan bangga bila dimaklumkan oleh Ketua Fakulti saya tetang keperluan saya hadir ke seminar Kursus Asas Kapal Selam di Sepanggar, Kota Kinabalu. Bangga kerana berpeluang buat kali kedua melihat kehebatan angkatan kapal selam Malaysia. Disamping itu peluang saya melihat Sabah dengan kamera dan lensa 50mm saya yang baru.
Penerbangan kami ke Kota Kinabalu pada 271400H berjalan seperti yang dijadualkan. Tiada penangguhan dan kami tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 1730. Kota Kinabalu ketika itu hujan lebat. Rezeki berjumpa dengan kawan lama, Shahrul Bahriy Marullah. Rakan semasa di Matrik USM dulu. Kami bergerak terus ke Hotel Grand Borneo, tempat di mana kami akan menginap selama 3 hari. Makan malam di KFC kerana tak banyak kedai buka pada jam 2100. Sebelum tidur, kam sempat menyediakan slaid persembahan untuk seminar di ruang lobi.
Selelsai sarapan pagi, kami bertolak ke Markas Angkatan Kapal Selam di Sepanggar. Hari pertama kami cuma laksanakan tinjauan bertulis dan soal jawab antara kami dengan bekas pelatih kapal selam yang pernah menuntut ilmu di Fakulti Pendidikan, KD PELANDOK. Semuanya berjalan dengan lancar dan selepas itu kami berpeluang membuat lawatan sekitar komplek Markas Angkatan Kapal Selam.
Sebelah petangnya, kami berkesempatan membeli belah di Pasar Philiphine. Lihat perbagai ragam manusia, tengok-tengok rantai mutiara, beli makanan laut kering dan akhir sekali makan ikan dan sotong bakar. Malam itu tidur awal kerana keletihan.
|
Restoren Gayang |
|
Alhamdulillah, sungguh lazat :P |
Pagi 29 Nov memang sungguh mendamaikan. sarapan di tingkat 2, Restoren Sold Out. Minat sangat dengan menu koktail. campuran buah naga dengan buah-buahan citrus. Selesai sarapan kami terus ke Markas Angkatan Kapal Selam untuk meneruskan seminar. Kali ini melibatkan Pegawai Memerintah dan tenaga pengajar dari NAVCO (syarikat yang membangunkan pendidikan di Markas Angkatan Kapal Selam dari Perancis). Banyak perkara yang telah dibangkitkan dan banyak idea baru dicetuskan untuk menambahbaik Kursus Asas Kapal Selam di KD PELANDOK. Di antaranya, candangan mengadakan kuiz pada hari Isnin bagi mengantikan kuiz yang biasanya diadakan pada hari Jumaat. Tujuannya agar pelatih tidak rehat pada kadar maksimum pada hujung minggu! :)
|
Buah koktail pembuka selara sarapan :) |
Sebelah malamnya, kami di sajikan dengan jamuan makanan laut disebuah restoren makanan laut yang terkenal di Kota Kinabalu. Restoren Gayang. Pertama kami dapat makan ketam goreng yang mempunyai kulit lembut. Makan ketam dengan kulitnya sekali. Memang lazat dan sedap. Terima kasih kepada para pegawai dan staf Markas Angkatan Kapal Selam.
|
Loading barang |
|
Makan tengah hari dalam pesawat. |
Awal pagi 30 Nov kami sudah bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Penerbangan kami pada jam 1045 telah diatngguhkan ke jam 1115. Kami tiba di KLIA jam 1420. Rakan lain semuanya bergerak balik ke Lumut tetapi saya disambut oleh isteri dan anak-anak. Kami makan di Bangi dan menginap di rumah kakak ipar pada hujung minggu itu.
|
Makan petang bersama keluarga di Bandar Baru Bangi. |
Alhamdulillah, pengalaman yang sungguh bermakna :)