Monday, July 02, 2012

iPad Baru

Amir Harith sedang main games Spiderman :)
Pada mulanya, saya berhajat untuk membeli iPad pada hujung tahun ini. Namun tawaran yang diberi oleh Maxis untuk setiap ahli kelabnya membuatkan saya tak dapat tunggu lebih lama lagi. iPad baru dengan harga RM 699! Walaupun terpaksa berikat janji selama 2 tahun, saya merasakan ianya sangat berbaloi. Ini adalah entri blog pertama saya menggunakan iPad baru. Alhamdulillah. Akan lebih bersemangat untuk menulis selepas ini, di mana sahaja dan apa ketika selagi iPad berada di sisi saya :)

No comments: