Monday, November 05, 2012

Hujung Minggu

Sejak isteri saya menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana hampir 4 tahun lalu, hujung minggu adalah peluang kami menikmati kemesraan hidup berkeluarga. Pelbagai kenangan telah kami lalui dengan tabah dan kesabaran.
Hujung minggu yang lepas adalah cuti hujung minggu kami yang terkini. Membawa anak-anak dari Seri Manjung ke Shah Alam dengan hujan sepanjang jalan untuk bertemu ibu mereka. Ini adalah rutin kami sejak 4 tahun yang lalu. Kadang kala, ibunya yang datang ke Seri Manjung untuk bertemu anak-anaknya. Namun, hujung minggu yang lalu kami dapat sedikit keseronokan kerana ipar mengajak kami sekeluarga tinggal di hotel yang mana dia sedang mengikuti kursus di hotel tersebut.
Hotel Nomad Sucasa yang terletak di Jalan Ampang. Hotel baru yang tidak didaftarkan di dalam GPS saya yang tidak pernah dikemaskini sejak Jun 2010. Akibatnya, seperti minggu sebelumnya sesat nak mencari Restoren Tajine, makanan Arab. Saya berlegar sekitar KLCC beberapa kali sebelum bertemu dengan hotel tersebut. Alhamdulillah, aplikasi peta dalam iPhone 4 saya sedikit sebanyak membantu saya ke jalan yang benar! :)
Restoren Arab sebelah hotel kami :P
Bangun pagi terus layan citer kartun. 
Persiapan sebelum pergi mandi kolam :)
Hotel yang berkonsepkan ‘service apartment’ sangat sesuai untuk kami 2 keluarga. Hotel yang baru, pastinya kemasan dalamannya juga turut baru. Layanan yang mesra dan yang lebih menyeronokkan, terutama anak-anak kami adalah kolam renang yang terletak bersebelahan dewan makannya. Lebih menarik lagi, Hotel ini bersebelahan dengan restoren Arab, Wadi Hadramawt. Restoren yang menghidangkan makanan Arab yang berteras dari Yaman. Malam itu kami menikmati makanan Arab dalam kesejukan hujan. Sungguh aman dan menyenangkan, Alhamdulillah.
Kambing panggang yang di panaskan dengan sos black paper.
Tulis buku ucapan :)
Majlis pernikahan :)
Pada hari Ahad sebelum pulang ke Seri Manjung, saya sekeluarga memenuhi undangan majlis pernikahan sepupu di Klang. Pakcik saya rupanya menghidangkan makanan ala-ala Arab. Beras panjang dan kambing bakar yang sungguh menyelerakan. Walaupun ramai sanak saudara di majlis itu, hanya sebahagian sahaja yang sempat berjumpa kerana mahu segera pulang ke Seri Manjung memandangkan musim tengkujuh ini kena lebih berhati-hati dalam perjalanan yang jauh.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 7 petang kami sampai di rumah. Sekali lagi meninggalkan isteri yang tersayang yang sedang berjuang menghabiskan baki pengajiannya yang tinggal sedikit lagi.

No comments: