Tuesday, January 24, 2012

GoPro

Sejak mula jumpa kamera ini di FB, hati dah mula berbara untuk memilikinya. Ini adalah produk luar biasa untuk orang yang luarbiasa. Ini bukan sebarang kamera, ini adalah kamera yang bukan sahaja boleh merakam aksi lasak dalam bentuk imej tetapi juga video dengan kualiti HD. Binanya yang mantap juga membolehkan aksi lasak dan extreme yang sebelum ini sukar untuk dirakam dapat dirakam dari sudut yang sukar dan tidak pernah terfikir sebelum ini. Hasilnya adalah imej yang mengkagumkan dan rakaman video yang kita sanggup melihatnya berulang kali kerana keunikannya. Maklumat tentang kamera ini boleh dilayari di gopro.com
Sekarang yang sudah memulakan Fixie dan InsyaAllah MTB selepas ini dan sekiranya ada sedikit kelebihan rezeki, sebiji GoPro akan merakam semua aksi lasak saya bersama Fixie dan MTB. Semoga projek ini akan menjadi kenyataan, Ameen :)

No comments: