Tuesday, February 07, 2012

Padang Kota Lama

Jambatan Pulau Pinang yang sudah ada 3 lane :)
Pantai Teluk Asam di Bayan Lepas.
Ramuan Pasembur untuk dipilih.
Padang Kota Lama merupakan tempat paling popular jika berkunjung ke Pulau Pinang. Ia juga merupakan tempat yang mempunyai banyak kenangan bagi saya dan juga bekas pelajar USM. Bukan sahaja tempat untuk bersantai di tepi laut sambil menikmati makanan kegemaran seperti pasembur, rojak mee dan sebagainya tetapi ia juga merupakan tempat saya dan rakan PALAPES USM melakukan perbarisan setiap kali tiba Hari Kebangsaan 31 Ogos.
Cuti panjang kali ini, bapa mertua mengajak kami melawat adik ipar saya di Kulim sekaligus terus jalan-jalan makan angin di Pulau Pinang. Walaupun pun Ad hoc, namum beberapa lokasi telah dipilih untuk memeriahkan percutian kami ini. Pertamanya kami telah pergi ke Masjid Negeri Pulau Pinang untuk solat jamak dan diteruskan ke Pantai Teluk Asam, di Bayan Lepas kerana percubaan untuk mendapatkan 'apartment house' gagal kerana semuanya telah dibooking! :) Sesuatu yang ajaib jika ada lagi yang kosong! huhu
Seterusnya kami ke Padang Kota Lama untuk merasa suasana di Esplanade dan makan makanan utara yang popular iaitu pasembor. Memang tidak dapat dinafikan, keunikannnya masih lagi menjadi tarikan walaupun saya telah meninggalkannya berbelas tahun yang lalu (akhir di USM pada 1998!)
Akhir sekali, kami mencuba pengangkutan laut yang klasik, Feri Pulau Pinang. Opersainya masih berjalan dengan lancar dan masih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini. Sempat mengambil beberapa gambar sebagai kenangan dengan menggunakan DSLR sebagai tanda kenang-kenangan di Pulau Mutiara. Tak tahu bila akan dapat peluang untuk sampai ke pulau ini lagi . :)

No comments: