Wednesday, September 05, 2012

Sukan Rakyat

Buat pertama kalinya ATM mengadakan Karnival Sukan Rakyat yang bermatlamat untuk mengangkat sukan tradisional di kalangan anggotanya. Di KD PELANDOK, aktiviti ini telah berjalan pada hari ini (4 Sept) di Dewan Senaman, KD PELANDOK. Pelbagai acara telah diadakan dan perjalanannya sangat lancar dan meriah. Saya menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan GoPro yang baru dibeli untuk merakamkan aktiviti sepanjang Karnival Sukan Rakyat ini. Semua video ini di sunting menggunakan iMovie dalam iPad saya. Hasilnya sangat memuaskan dan hampir semua aktiviti terakam di dalam video pendek saya itu. Saya memang kagum dan jatuh cinta denga Gopro saya ini. Sedang memikirkan apa lagi yang hendak dirakam selepas ini :)

No comments: