Sunday, January 22, 2012

Kayuhan Sulung

Posing dengan fixie di Waterfront, Lumut
Alhamdulillah, kayuhan sulung fixie ke Lumut telah berjaya dilaksanakan dari Kampung Permatang ke Lumut. Sebaik sahaja solat subuh terus kayuh ke Lumut dalam kaeadaan suasana alam yang agak kelam. Rasanya perlu beli 'torchlight' lepas nie. Kayuhan yang 'smooth' kerana warga Manjung dan Lumut masih lagi belum aktif. Oleh kerana laluan yang flat sepanjang perjalanan, tiada kayuhan yang mendera sepanjang perjalanan tadi. 30 minit diperlukan untuk mengayuh basikal dari rumah mertua di Kampung Permatang ke Waterfront, Lumut. InsyaAllah, sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini akan dipenuhi dengan kayuhan fixie sekitar Lumut dan Sitiawan. :)

No comments: