Minggu lepas saya menerima sepucuk surat dari Perancis. Surat dari Pensyarah Perancis, Jean Hourcarde yang berusia 60 tahun. Bila saya lihat surat ini, saya terkenang sesuatu yang menarik tentang sahabat Perancis saya. Selama menguruskan beliau semasa menjadi pensyarah Bahasa Perancis di Malaysia, tidak pernah saya melihat beliau lewat dalam apa-apa temujanji dan sehinggakan hari terakhir beliau hendak meninggalkan Malaysia, beliau masih lagi mengekalkan displin masa dengan datang 10 minit awal sebelum kereta yang membawa beliau ke kedutaan Perancis tiba.Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Thursday, December 28, 2006
Menepati Janji
Minggu lepas saya menerima sepucuk surat dari Perancis. Surat dari Pensyarah Perancis, Jean Hourcarde yang berusia 60 tahun. Bila saya lihat surat ini, saya terkenang sesuatu yang menarik tentang sahabat Perancis saya. Selama menguruskan beliau semasa menjadi pensyarah Bahasa Perancis di Malaysia, tidak pernah saya melihat beliau lewat dalam apa-apa temujanji dan sehinggakan hari terakhir beliau hendak meninggalkan Malaysia, beliau masih lagi mengekalkan displin masa dengan datang 10 minit awal sebelum kereta yang membawa beliau ke kedutaan Perancis tiba.Tuesday, December 05, 2006
Photoshop 7.0
Wednesday, November 29, 2006
Lapang Sebelum Sempit
Wednesday, October 25, 2006
Friday, October 20, 2006
Pemenang Hadiah Nobel 06
"Ibu saya selalu menolong setiap orang miskin yang datang mengetuk pintu rumah kami, terima kasih kepada ibu kerananya saya telah tahu misi dalam hidup saya. Walaupun saya tidak tahu dalam bentuk yang sepatutnya", kata Prof. Muhammad Yunus yang dilahirkan pada tahun 1940 di Chittagong, salah sebuah pusat perdagangan utama di Barat Bangladesh.
A Good Banker, Alan Jolis. The Independent, 5 Mei 1996. Baca
Muhammad Yunus, wikipedia.org. Baca
Penganugeran Hadiah Keamanan Nobel 2006. Tonton
Berita Bangldesh tentang kejayaan Prof. Muhammad Yunus. Tonton
Temubual antara Profesor Muhammad Yunus dan Adam Smith.
[Windows Media Player] [Real Player] [Skrip temubual]
Tuesday, October 17, 2006
Iklan Petronas
Saturday, October 07, 2006
Ahli Kimia yang tersayang
Thursday, September 28, 2006
Halalan Thoiyibah
Sunday, September 24, 2006
Monday, September 18, 2006
Gempur Wira
Sunday, September 10, 2006
Perang Saraf
Tuesday, September 05, 2006
Ilmu dan Amal
Saturday, August 26, 2006
Belayar ke Pulau Langkawi
Ini sebenarnya entry yang terlewat, terlewat seminggu kerana menyelesaikan tugas-tugas harian. Minggu lepas, hari Jumaat, lebih kurang 3 petang, para Pegawai/jurulatih dari KD Pelandok dan beberapa orang Pensyarah UTM berserta para pelatih Semester I bagi Diploma Teknologi Marin (DTM) telah belayar ke Langkawi. Kami belayar menggunakan kapal MV Fajar Samudera dan mengadakan seminar tentang DTM sepanjang pelayaran kami ke Pulau Langkawi. Gambar di atas menunjukkan Kapten kapal sedang memberi taklimat keselamatan, sebaik sahaja kapal meninggalkan pelabuahan TLDM Lumut.
Bergambar bersama sebahagian Pensyarah UTM yang mengikuti pelayaran. Semua nampak tenang dipermulaan pelayaran, tapi sebelah malam dan awal pagi ramai yang dah terkapar atas katil. Mabok laut! Saya pun rasa nak mabok walaupun dah telah pil mabuk laut, tapi di tahan-tahan juga. Alhamdulillah sepanjang pelayaran tidak ada perkara buruk yang berlaku. Perjalanan dari Lumut ke Langkawi mengambil masa 18 jam.
Lebih kurang jam 10 pagi hari Sabtu, kami semua selamat mendarat di Pulau Langkawi. Apa nak difikir lagi, Shopping la jawapannya! Walaupun saya ini bukan Shopaholic, tapi sedar tak sedar saya telah menghabiskan hampir RM 200.00 kat pulau yang ada burung Helang Laut terbesar kat dunia.
Rakan-rakan sedang memilih kain batik. Memang susah kalau shopping dengan perempuan. Terutama perempuan yang terlalu teliti. Macam mana corak bunga pada kain batik yang paling cantik sekali? saya mengambil masa 2-3 jam untuk mencari jawapan itu. Penat shopping, makan laksa dan pekena cendol pulut kat pekan Kuah nie. Saya cuma beli sedikit cenderahati untuk isteri dan anak dan coklat-coklat mahal yang murah!
Salah sebuah pulau yang terdapat sekitar Pulau Langkawi. Kapal belayar balik setelah menamatkan pemburuan barang-barang tanpa cukai. Kami bertolak balik ke Lumut lebih kurang jam 6 petang. Duduk di hadapan kapal ini sampai lihat-lihat pulau di sekeliling Pulau Langkawi dan sembang-sembang tentang hasil buruan pada hari itu!
Melihat salah satu ciptaan Allah. Melihat matahari jatuh di sebelah petang. Jika diizinkan Allah, teringin nak belayar lagi dengan kapal Navy!
Sebuah mesin pemecah kebosanan di dewan makan. Mesin Juke Box ini sahajalah yang dapat menghiburkan kami setelah semua stesen radio dan isyarat telepon dah takde kat tengah-tengah Selat Melaka. Namun, Jukebox ini hanya akan berbunyi setelah menelan duit syiling 50 sen. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Pelabuhan TLDM Lumut pada pukul 10 pagi hari Ahad. Walaupun saya telah beberapa kali sampai ke Pulau Langkawi, lawatan kali ini sangat unik. Pengalaman yang sangat bermakna.Thursday, August 17, 2006
Saturday, August 12, 2006
Orang Niaga
Monday, August 07, 2006
Bahasa Mat Saleh
Tuesday, July 11, 2006
Tiga rasa
Friday, June 30, 2006
Sampai jumpa lagi
Setelah 4 bulan 3 minggu berada di DITC, tibalah masa yang sangat-sangat dinantikan, kembali ke tanahair yang tercinta, kembali kepada keluarga yang tersayang. Majlis penutupan Kursus MELT (Methodology of English Language Teaching) pagi tadi merupakan kegembiraan yang infiniti bagi semua penuntut. Sunday, June 25, 2006
Akhirnya...
Akhirnya setelah 4 bulan berkusus di Australia ini, buat pertama kalinya saya dapat berjumpa dengan bekas pelajar saya semasa mengajar di Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ 5. Beliau baru sahaja menamatkan ijazah pertamanya dari Universiti Melbourne. Abdillah (sebelah kanan dalam gambar) nie dulu lebih rendah dari saya, sekarang dia lebih tinggi dari saya dan pastinya, ilmunya juga lebih tinggi dari cikgunya. Buat Aini Nadiah dan Paan, mission accomplished! Friday, June 23, 2006
Kuala Lumpur ke 33
Kesimpulannya, ia adalah satu cara halus bagaimana orang asing cuba menjajah budaya kita secara berperingkat-peringkat dengan mendapatkan maklum balas yang selari dengan agenda mereka.
Jika dilihat dari perspektif kita, mengenai nilai murni orang asing di negara mereka, saya dapati mereka langsung tidak peka dengan kriteria di atas yang dianggap penting dalam masyarakat berbudaya.
Contohnya, jika kita melawat negara Barat, adakah kita dilayan dengan baik setibanya di lapangan terbang, di pintu luar lapangan terbang dan semasa kita sesat di dalam bandar mereka?
Wednesday, June 21, 2006
Werribee Park
Pada tahun 1839, dua bersaudara Chirnside dari Scotland, Thomas dan Andrew telah tiba ke Australia dengan membawa beberapa ratus pound dan Bible di dalam poket mereka. Mereka telah membeli beberapa ekar tanah dan memulakan penternakan kambing biri-biri. Masalah utama penternakan kambing biri-biri di Australia adalah air.
Di sebalik kekayaan mereka ini tersembunyi sebuah kisah cinta tiga segi yang sangat memilukan. Pada tahun 1845, Thomas telah kembali ke Scotland dan tinggal beberapa tahun di sana. Dalam selang masa itu, beliau telah jatuh cinta dengan sepupunya yang bernama Mary Begbie. Namun, cintanya mendapat tentangan yang hebat dari keluarga Mary. Beliau sangat hampa dan kembali ke Australia keseorangan.
Sunday, June 18, 2006
Kunjungan ke Rumah CO
Pada hari Jumaat yang lepas (16 Jun), seluruh warga MELT telah di jemput ke rumah Pegawai Memerintah DITC. Rumah CO, Lt. Kol. Murray Lott. Rumah beliau terletak di St. Kilda. Berhadapan dengan Pantai St. Kilda. Sebelum tiba ke rumah beliau, dalam fikiran saya satu sahaja, bagaimana rupa rumah orang Australia! Hmm... CO saya ini seorang yang sederhana. Saiz rumahnya juga agak sederhana. Masuk sahaja pintu depan, dah boleh lihat dapur di sebelah kiri dan ruang tamu di sebelah kanan. Di tepi dapurnya ada beranda yang membolehkan kita melihat Pantai St. Kilda. Selepas ruang tamunya ada tiga bilik dan satu bilik air. Kalau saya nisbahkan dengan saiz rumah di Malaysia, macam saiz hotel jenis Suite atau setaraf dengannya. Cuma ada lebih bilik sahaja. Rasanya, rumah orang Malaysia yang setaraf dengan CO jauh lebih besar!!
Rakan-rakan saya sedang sibuk menghidangkan makan malam. CO telah memesan makanan halal dari restoren Thailand. Memang sedap, ada daging kerabu, ayam masak merah, kerabu sotong, ala-ala pecal (makanan Jawa) dan nasi! makan dua pinggan saya malam tu. Ini adalah ruang dapur rumah CO yang saya boleh kata lebih kecil dari ruang dapur di rumah-rumah orang Malaysia. Mungkin, orang OZ cuma makan burger dan sausage sahaja menyebabkan mereka tidak memerlukan saiz dapur yang besar!
Masuk rumah CO kena tanggal kasut dan kebanyakkan hiasan dalam rumah CO mempunyai ciri-ciri ketimuran. Pertama, beliau mempunyai isteri yang berasal dari Jepun. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel. Namun, semasa kami di rumahnya, keluarganya berada di Vietnam. Keduanya kerana beliau mentadbir DITC. Tempat di mana seluruh tentera asia belajar bahasa Inggeris di Australia. Thank you very much, Sir!!Saturday, June 17, 2006
Kunjungan AMES II dan III
Pada hari Selasa 13 Jun, kami menerima kujungan dari AMES Flagstaff. Macam biasa selepas habis mengajar semuanya happy. Cikgu pelatih happy pasal dah lepas di'observe' dan pelajar lega pasal tak perlu lagi jawab soalan-soalan susah dari cikgu pelatih dan boleh makan ayam bakar!
Pada bulan April yang lalu, saya telah mengadakan Field trip ke AMES Flagstaff di Melbourne. Pada ketika itu saya telah berkenalan dengan En. Wolfgang dari Poland yang ingin menghabis persaraannya di Australia. Kali ini tanpa pengenalan lagi, En. Wolfgang berjumpa saya dan terus bersalam dengan saya. Beliau sangat gembira bertemu dengan saya dan berpeluang datang ke DITC. Beliau menceritakan tentang pengalaman beliau dan isterinya kembali ke Jerman (beliau mempunyai rumah di Jerman) baru-baru ini. Betapa manusia sudah gila!! setiap benda bulat dicat menjadi bola!
Pada hari Khamis 15 Jun, kami menerima kunjungan dari Ames St. Alban pula. Pelajar yang hadir kali ini berbeza dengan yang hadir minggu sebelumnya. Seronok dapat pengalaman mengajar mereka. Peluang untuk bermesra dan berkenalan dengan manusia yang berbeza latar belakang dan kehidupan.
Ini Mahmet Nahib (Mohammad Najib), salah seorang penuntut AMES St. Alban. Beliau merupakan imigran dari Bosnia. Pertama kali dia jumpa saya dan mengetahui saya dari Malaysia, terus sahaja dia mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada saya. Beliau memuji-muji Dr. Mahathir Mohammad dan rakyat Malaysia kerana sumbangan Malaysia kepada Bosnia semasa Perang Balkan. Beliau sangat berterima kasih kat Dr. Mahathir sehingga beliau mengatakan bahawa beliau sanggup menjadi bloodbrother kepada Dr. Mahathir. Saya tak tahu berapa banyak sumbangan Malaysia pada Bosnia tapi yang pasti sumbangan itu sentiasa diingati sehingga hari ini. Sumbangan ikhlas dari Malaysia!!
Mejar Fauzi dan Sarjan Udara TNI Bayu Kurniawan sedang menyediakan burger, sausage dan ayam bakar (halalan thoiyibah!, tempat bakar juga dikhaskan untuk penuntut muslim sahaja) untuk kami dan penuntut AMES. DITC membayar AUD 25.00 kepada setiap pelajar yang hadir ke DITC untuk menjadi pelajar bagi latihan mengajar kami. Makanan tengah hari ini juga di taja oleh kerajaan Australia. Banyak betul kelebihan yang diberi kepada imigran yang datang ke Australia. Ingat ada baiknya kalau orang Malaysia atau pelajar Uni kat Malaysia yang susah cari kerja berhijrah ke Australia. Sunday, June 11, 2006
Mount Buller
Bertolak dari DITC jam 0700H, terus ke kaki Gunung Buller yang mengambil masa 2 jam setengah. Singgah dulu ke kedai sewa peralatan untuk aktiviti bersalji. Segala peralatan ada dan kadar sewanya juga murah berbanding kedai-kedai sewa di puncang Gunung Buller ini. Cuma sewa kasut getah. harganya cuma AUS 10.00. Ingat nak sewa peralatan ski tapi takut sampai kat atas tak tahu nak guna. Sewa lain kali. InsyaAllah.
Tiket pintu masuk ke kawasan peraginan Mt. Buller. Harganya juga AUD 10.00. Sudah dibayar sekali dengan tambang bas. Kos semua sekali ke Mount Buller, Bas AUD 27.00 + tiket AUD 10.00 + Sewa kasut AUD 10.00 = Pengalaman yang tak ternilai!!
Pintu masuk ke Mount Buller. Sebenarnya, hari ini adalah pembukaan musim sejuk di Mount Buller. Ramai orang dan terdapat berbagai aktiviti. Suhunya tak pasti tapi di rasakan sekitar 2 darjah celcius ke bawah.
Berada di puncak Gunung Buller. Sebenarnya suhu udara di gunung ini belum cukup untuk menghasilkan salji. Salji yang ada tu semuanya salji buatan. Ada mesin khas telah digunakan untuk memenuhkan puncak gunung ini dengan salji. Walaupun salji buatan, kedalamannya ada kira-kira 1 kaki. Mungkin dalam bulan Julai nanti, seluruh kawasan ini akan di penuhi dengan salji asli.
Kren ini digunakan untuk membawa pengunjung ke puncak gunung. Rasanya ciri-ciri keselamatan tak begitu ditekankan. Cuma ada satu penghadang sahaja yang menyekat tempat duduk kami. Dan ketinggian dari paras bumi ada dekat 3 meter. Berubah-ubah mengikut kawasan. Agaknya kalau jatuh pun tak sakit kot! pasal jatuh atas salji!!
Terima kasih pada Kapten Dina dan Sarjan Liza kerana menyediakan nasi lemak untuk makan tengah hari. Sambal yang agak pedas tapi sangat bagus untuk memanaskan badan dalam cuaca yang sejuk. Terasa kelainannya bila makan sambal yang pedas dalam cuaca yang sangat sejuk.
How big? This big! ( sambil melebarkan tanganya). Beberapa kanak-kanak yang sedang dalam proses nak buat Snowman. Rasanya, budak-budak la yang paling seronok main atas salji nie. Selain menglongsor, mereka juga main baling-baling ais. Ingat masa saya kecil dulu, main baling-baling juga tapi baling lumpur masa berkubang kat parit dan tali air.
Dari kaki puncak hingga ke puncaknya, ditaburkan salji buatan dan terdapat juga kelas belajar meluncur. Di dalam gambar di atas, kelihatan sebuah kelas belajar guna Snowboard sedang berjalan. Kalau perhati betul-betul terdapat beberapa mesin pembuat salji terdapat di bawah kren ini. Sungguh mengasyikkan dan menyeronokkan.Thursday, June 08, 2006
Kunjungan AMES St. Alban
Pagi tadi ujian utama telah bemula. Menggunakan buku teks AELC (Australian English Language Course) untuk mengajar pelajar dari AMES St. Alban. Jika di Malaysia kira LM (Latiham Mengajar). Seperti mana lawatan saya ke AMES sebelum ini, kebanyakkan pelajar dari AMES ini mempunyai tahap penguasan Inggeris yang agak rendah. Mereka terpaksa belajar belajar Bahasa Inggeris kerana survival. Belajar bahasa Inggeris untuk mendapat kerakyatan dan mencari rezeki. Friday, June 02, 2006
Bush Trip: Jungai
Pada hari Rabu yang lepas, seluruh warga DITC membuat lawatan ke Jungai Camp. Sebuah kawasan rekreasi yang bercirikan Aborigine. Jaraknya kira-kira 3 jam perjalanan dari Laverton. Ada macam-macam aktiviti yang disediakan dan saya telah memilih tiga darinya. Aktiviti pertama, berbasikal lasak sekitar Jungai Camp. Aktiviti yang x-treme dan traknya juga x-treme. Bagus, dapat juga beberapa teknik berbasikal lasak seperti menaiki dan menuruni cerun curam. Basikalnya juga canggih. Rasanya sistem gearnya saya tak pernah jumpa lagi kat Malaysia.
Habis sahaja aktiviti berbasikal, macam biasa ambil gambar beramai-ramai. Di sebelah kanan dan sebelahnya lagi adalah jurulatih basikal lasak. Memang diorang nie pakar dalam berbasikal lasak dan mempunyai kelengkapan berbasikal yang sangat baik.
Sebelah petang, pergi ke ladang kuda kepunyaan En. Mark. Kira-kira 10 minit dari Kem Jungai. Di mempunyai ladang kuda dan kuda-kudanya dipelhara khas untuk membawa pelancong dan pelawat. Dia nie baru betul-betul Cowboy OZ!
Bangsal tempat beliau simpan kuda-kuda beliau. Bangsal nie memang nampak klasik dan terasa macam kembali ke zaman Wild Wild West! tapi, bangsal cowboy nie memang berabuk dan berdebu! Ambil gambar nie masa nak cuba try pakai helmet sebelum sessi menuggang kuda OZ!
Nama kuda saya Smoky. Mungkin warnanya putih macam asap. Sebelum naik kuda, kita kena usap-usap dahulu kepala dan tengkuknya. Bagi kuda tu serasi dengan kita. En. Mark juga beritahu, ada dua petua kena patuhi semasa menunggang kuda, Safety and space. Memang masa menunggang, kalau ada kuda lain yang hampir sangat dengan belakang Smoky, mesti si Smoky nie akan angkat kaki belakang kayak nak menendang! Mencemaskan!!
Esoknya, sebelah pagi saya menghadiri kelas kebudayaan Orang Asli Australia. En. Chris ini adalah keturunan Aborigine. Beliau adalah jurulatih kebudayaan di sini. banyak perkara yang saya belajar, diantaranya, tentang senjata-senjata, kulit binatang, populasi Aborigine, cara hidup dan sebagainya. gambar di atas menunjukkan En. Chris sedang membuat demonstrasi meniup Didgeridoo. Sebuah alat muzik Aborigine yang sangat terkenal.
Belajar baling Boomerang. Setakat hari tu, belum ada bakat lagi untuk baling Boomerang. Boomerang tu memang patah balik tapi tak datang kat tuan yang membalingnya. Sebenarnya ada dua jenis boomerang, satu boleh kembali dan satu lagi tak boleh. Boomerang yang tak boleh kembali lebih besar dan kegunaanya untuk mematahkan kaki binatang atau leher burung semasa memburu.
Jalan-jalan dalam hutan. Tumbuhan dalam hutan OZ nie kebanyakkan terdiri dari pokok Berry. Walaupun sekarang nie bukan musimnya, namun masih ada lagi buah berry yang kecil untuk kami rasa. terdapat juga pucuk paku yang boleh dimakan dan cendawan yang boleh dihisap air darinya. Cendawan ini juga bila dah kering boleh digunakan untuk bahan pemula pembakaran. Seesi kat atas tu adalah sessi mencuba mencuci tangan dengan sejenis daun pokok Acacia. Daun ini bila kita lumat-lumatkan kat tangan dan di basahkan, ianya akan mengeluarkan buih macam sabun. Bau ala-ala daun hutan, tapi memang bersih tangan dibuatnya.
Bergambar sebelum berangkat pulang. Di sebelah saya adalah pensyarah bahasa saya, Anita Armytage, Sue Gilbert dan rakan sekuliah, Lt. Korn Phally dari Cambodia. Cuaca yang sangat nyaman sekali.
Friday, May 19, 2006
MELT Field Trip IV
Sekali lagi dan kali terakhir untuk kursus ini. Lawatan sambil belajar ke AMES, Footscray. Menjadi pemerhati dan membuat laporan. Setakat ini, saya rasa AMES Footscray lebih baik dan lebih teratur berbanding AMES di Flagstaff dan AMES di St. Alban.
Kelas pertama saya 'observe'. Nama guru ini adalah Alex dan dia adalah warganegara Australia yang berasal dari Filipina. Kebanyakkan muridnya terdiri dari mereka yang dewasa pada tahap penguasaan Inggeris sederhana. Di dalam gambar ini, Alex sedang memberi arahan kepada pelajarnya sebelum melaksanakan aktiviti perbualan dalam kumpulan.
Kelas kedua yang saya 'observe'. Guru kelas ini bernama Lyn. Beliau sedang memeriksa kertas jawapan pelajarnya. Kelas ini adalah kelas asas dan pelajarnya berumur di antara 18 sehingga 25 tahun. Dari pemerhatian saya, kebanyakan isi pengajaran di sini melibatkan perkara-perkara pokok dalam kehidupan mereka di Australia seperti sistem pendidikan dan percukaian. Membawa isu semasa ke dalam kelas dan dibincang dalam Bahasa Inggeris.
Habis di AMES Footscray jam 1100, terus pergi ke City (Melbourne). Makan tengah hari di Restoren Nasi Lemak Changi. Jam 1400, kami menerukan field trip kami ke Immigrant Museum. Asalnya bangunan ini adalah bangunan kastam, Yarra River yang terletak di hadapan bangunan ini merupakan pelabuhan utama yang dijadikan pusat utama keluar masuk barang dari Melbourne.
Perkataan yang terletak di pintu masuk muzium ini. Ayat klasik yang mempunyai makna yang sangat luas. Ayat ini juga mengambarkan apa yang terkandung di dalam muzium ini. Pendatang Eropah hanya datang ke Australia pada tahun 1830an. Hari ini, Australia merupakan salah sebuah negara yang termaju di dunia.
Peta besar yang menunjukkan perjalanan melalui laut oleh manusia seluruh dunia yang berhijrah ke Australia. Dari zaman kapal layar sehinggalah kapal yang termaju yang mampu membawa ramai orang untuk berhijrah ke Australia.
Peta asal Melbourne, dilukis pada awal 1850an. Melbourne adalah bandar tersusun yang terbaik di dunia. Berdasarkan peta ini, susunan bandar, bangunan dan jalanraya hampir sama susunan yang ada pada hari ini. Ini bermakna, jurutera, jurulukis plan, perancang bandar zaman dahulu telah memikirkan sebuah bandar raya yang melangkaui zamannya!
Satu yang pasti, pendatang Eropah yang datang ke Australia bukan sahaja banduan dan orang buangan. Malah kebanyakkan dari mereka terdiri dari mereka yang profesional dalam bidang tertentu dan pastinya mereka juga merupakan pekerja-pekerja mahir yang dapat membangunkan sebuah bandar moden dalam masa yang singkat. 






