Sunday, September 10, 2006

Perang Saraf

Saya percaya ramai orang Melayu pernah mendengar kisah Mat Jenin. Kisah angan-angan seorang anak kampung yang akhirnya membawa bencana kepada dirinya. Jatuh dari pokok kelapa yang tinggi kerana berangan-angan untuk memeluk puteri Raja setelah menjadi jutawan.

Satu perkara yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, siapa yang sebenarnya mengetahui apa yang di angan-angankan oleh Mat Jenin di atas pokok kelapa tersebut? Beliau jatuh dari pokok kelapa tanpa sempat menceritakan kisah angan-angan beliau kepada sesiapa.

Padahal, angan-angan Mat Jenin itu satu wawasan yang besar, bermodalkan upah memetik kelapa, beliau membeli telur ayam. Dari telur ayam kepada menternak ayam dan seterusnya kambing, lembu sehingga mampu menjadi jutawan dan mengahwini puteri Raja.

Wawasan yang jelas tentang masa depan tetapi digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan menjadi taboo kepada masyarakat Melayu. Sehinggakan orang Melayu lama tidak mampu berfikiran jauh kerana ianya adalah perkara (berfikiran ke hadapan) yang sia-sia sepertimana sia-sianya Mat Jenin yang terkorban di pangkal pokok kelapa.

Saya percaya, itu semuanya adalah Perang Saraf yang telah lama dilancarkan oleh Penjajah Inggeris terhadap orang Melayu. Serangan yang merosakkan pemikiran dari satu generasi ke generasi seterusnya. Serangan yang membunuh pemikiran maju dan membina pemikiran mundur dalam pemikiran orang kita agar mudah diperintah.

Malang bagi J. W. W Birch yang kurang faham tentang agama, bangsa dan adat orang Melayu. Beliau terbunuh kerana yakin mampu berperang secara terbuka dengan agama, bangsa dan adat orang Melayu. Bak kata Laksamana Melayu dahulu, "Digantung aku tinggi, dibakar aku hangus, dicincang aku lumat. Namun, mengadai maruah bangsaku, tidak sekali-kali".

Walaupun Residen Negeri Perak yang pertama itu telah lama mati dilembing Siputum, generasi penjajah selepas itu jauh lebih busuk dan melancarkan serangan saraf yang merosakkan pemikiran dari satu generasi ke generasi seterusnya. Pemikiran bangsa mereput sedikit demi sedikit.

Dalam ketidaktentuan generasi kita hari ini, seragan saraf itu tetap diteruskan dengan menggunakan kaedah yang lebih halus lagi menjijikkan!

6 comments:

BooK said...

ghazwul fikri
kita dah diracun selama beratus tahun
kesan nya?
tenat!

Izhal said...

saya sokong 100%... kita belum 100% merdeka sebab generasi merdeka la ni ramai masih terjajah fikirannya...

contoh mudah... borang yang dalam bahasa asing dan diperlukan untuk tujuan import mesti dialih bahasa kepada bahasa malaysia ataupun inggeris... inggeris??? nak buat apa???

ron97 said...

yaa...
kita tenat..
malah kini,
mereka tidak perlu bersusah susah lagi..
kerana ada segelintir melayu sendiri telah menjalankan tugas tersebut untuk mereka

nbn said...

Inggeris memang pandai buat perang saraf ni...nampak macam baik...baik ada makna tu...

sherrina said...

kalau mereka tau perang secara saraf lebih mudah, berkesan dan tak menyebabkan kematian tentu dari dulu mereka buat.

Takyah penat2 angkat senjata, cara ini lebih baik

amirphotoblog said...

book: Kita sedang cari penawar, dulu-dulu kita tak fikir pun yang kita nie sebenarnya tengah tenat.

izhal: Saya pernah dengar orang citer, barang-barang Jepun yang eksport ke USA semuanya di tulis dalam Bahasa Jepun, cuma MADE IN JAPAN sahaja dalam Bahasa Inggeris. Kita masih bertuankan Permaisuri Union Jack!

ron97: Kena ada satu golongan yang jadi pencegah kepada penyakit yang bertambah tenat! Mungkin kita kena bermula dari diri kita dahulu, InsyaAllah.

nbn: Itulah bahayanya orang Inggeris nie, dalam banyak-banyak ilmu mereka. Mereka lebih suka guna Ilmu untuk memperbodohkan orang lain.

sherrina: Orang Inggeris atau bangsa penjajah nie, otak dia memang cepat berevolusi. Mungkin sebab tu dia lebih kehadapan. Dan mereka tahu, jika fikiran manusia ini tak berevolusi, mereka akan mundur. Sebab tu dia guna kaedah ini (membiarkan orang lain lalai dari berfikir, asyik fikir hiburan!) untuk melemahkan bangsa yang dijajah! Cuma kita sahaja kena cepat sedar dan cepat berubah!