Monday, September 18, 2006

Gempur Wira

Di suatu petang, di dalam kedai kopi di simpang empat itu kelihatan beberapa orang warga emas yang kelihatan serius membincangkan sesuatu, sekali-sekala terdengar gelak tawa yang terhasil dari perbincangan serius itu.

Di bawah pokok Ketapang di sebelah kedai kopi tadi kelihatan sekumpulan anak muda yang sedang 'lepak-lepak'. Ada yang membelek 'kapcai', ada yang bermain-main asap rokok sambil sembang-sembang kosong. Menunggu-nunggu anak dara atau cikgu sekolah pulang petang!

Dari kejauhan, kelihatan sekumpulan anak-anak kecil yang baru pulang dari mengaji sekolah petang. Bahu mereka senget sebelah akibat bebanan ilmu yang dikendong. Namun itu semua tidak dapat menafikan bibir mereka dari terus tersenyum, ketawa sepanjang perjalanan pulang ke rumah bersama rakan-rakan.

Berapakah nilai senyuman dan gelak-tawa itu jika kedaulatan tanah air ini diinjak-injak dan dirampas?

Selamat Hari Angkatan Tentera yang ke-73.

3 comments:

blackpurple said...

Bahu pejuang yang senget mengendong senjata itu memang banyak jasanya pada tanahair, bangsa dan agama.......!

HK said...

Belum sempat ucap selamat hari ATM pd suami yg sedang menjalani latihan bersama navy UK, NZ, AUS & S'pore.. Anyway, SELAMAT Semuanya utk tentera2 kita dan keluarga yg ditinggalkannya..

nbn said...

ada 2 pihak, pemerintah dan yang di perintah... kadang2 tengok yg memerintah ni lain macam jo...jangan sampai yg di perintah bangun dan ambil tindakan sendiri utk kekalkan kedaulatan...Tengok Thailand...