Friday, June 02, 2006

Bush Trip: Jungai

Pada hari Rabu yang lepas, seluruh warga DITC membuat lawatan ke Jungai Camp. Sebuah kawasan rekreasi yang bercirikan Aborigine. Jaraknya kira-kira 3 jam perjalanan dari Laverton. Ada macam-macam aktiviti yang disediakan dan saya telah memilih tiga darinya. Aktiviti pertama, berbasikal lasak sekitar Jungai Camp. Aktiviti yang x-treme dan traknya juga x-treme. Bagus, dapat juga beberapa teknik berbasikal lasak seperti menaiki dan menuruni cerun curam. Basikalnya juga canggih. Rasanya sistem gearnya saya tak pernah jumpa lagi kat Malaysia.
Habis sahaja aktiviti berbasikal, macam biasa ambil gambar beramai-ramai. Di sebelah kanan dan sebelahnya lagi adalah jurulatih basikal lasak. Memang diorang nie pakar dalam berbasikal lasak dan mempunyai kelengkapan berbasikal yang sangat baik.
Sebelah petang, pergi ke ladang kuda kepunyaan En. Mark. Kira-kira 10 minit dari Kem Jungai. Di mempunyai ladang kuda dan kuda-kudanya dipelhara khas untuk membawa pelancong dan pelawat. Dia nie baru betul-betul Cowboy OZ!
Bangsal tempat beliau simpan kuda-kuda beliau. Bangsal nie memang nampak klasik dan terasa macam kembali ke zaman Wild Wild West! tapi, bangsal cowboy nie memang berabuk dan berdebu! Ambil gambar nie masa nak cuba try pakai helmet sebelum sessi menuggang kuda OZ!
Nama kuda saya Smoky. Mungkin warnanya putih macam asap. Sebelum naik kuda, kita kena usap-usap dahulu kepala dan tengkuknya. Bagi kuda tu serasi dengan kita. En. Mark juga beritahu, ada dua petua kena patuhi semasa menunggang kuda, Safety and space. Memang masa menunggang, kalau ada kuda lain yang hampir sangat dengan belakang Smoky, mesti si Smoky nie akan angkat kaki belakang kayak nak menendang! Mencemaskan!!
Esoknya, sebelah pagi saya menghadiri kelas kebudayaan Orang Asli Australia. En. Chris ini adalah keturunan Aborigine. Beliau adalah jurulatih kebudayaan di sini. banyak perkara yang saya belajar, diantaranya, tentang senjata-senjata, kulit binatang, populasi Aborigine, cara hidup dan sebagainya. gambar di atas menunjukkan En. Chris sedang membuat demonstrasi meniup Didgeridoo. Sebuah alat muzik Aborigine yang sangat terkenal.
Belajar baling Boomerang. Setakat hari tu, belum ada bakat lagi untuk baling Boomerang. Boomerang tu memang patah balik tapi tak datang kat tuan yang membalingnya. Sebenarnya ada dua jenis boomerang, satu boleh kembali dan satu lagi tak boleh. Boomerang yang tak boleh kembali lebih besar dan kegunaanya untuk mematahkan kaki binatang atau leher burung semasa memburu.
Jalan-jalan dalam hutan. Tumbuhan dalam hutan OZ nie kebanyakkan terdiri dari pokok Berry. Walaupun sekarang nie bukan musimnya, namun masih ada lagi buah berry yang kecil untuk kami rasa. terdapat juga pucuk paku yang boleh dimakan dan cendawan yang boleh dihisap air darinya. Cendawan ini juga bila dah kering boleh digunakan untuk bahan pemula pembakaran. Seesi kat atas tu adalah sessi mencuba mencuci tangan dengan sejenis daun pokok Acacia. Daun ini bila kita lumat-lumatkan kat tangan dan di basahkan, ianya akan mengeluarkan buih macam sabun. Bau ala-ala daun hutan, tapi memang bersih tangan dibuatnya.
Bergambar sebelum berangkat pulang. Di sebelah saya adalah pensyarah bahasa saya, Anita Armytage, Sue Gilbert dan rakan sekuliah, Lt. Korn Phally dari Cambodia. Cuaca yang sangat nyaman sekali.
Ucapan terakhir dari Pegawai Memerintah DITC kepada pihak pengurusan Kem Jungai. Sampai jumpa lagi! Jungai Camp 06.

4 comments:

szakif said...

wah!!! seronotnye tunggang kuda! kalau saya naik, takut plak kuda tu patah kaki c( ;

pastukan cikgu, teringin betul nak tengok demo membaling boomerang. sangat curious dengan konsep pergi dan pulang boomerang tu

satu lagi, apa nama alat muzik yang panjang bagak tu? saya pernah nampak sekali orang main kat lorong lrt klcc. bunyinya "besar"... alat muzik asal drpd australia ke?

Amir Azmi said...

Memang pengalaman yang takkan terlupa!

Boomerang nie, baling jer dengan hujung satu lagi kehadapan, macam dalam gambar cikgu. mesti dia melayang balik cuma kita kena mahirkan denga sudut balingan. Masa latihan tu, kami dapat cuba 2 kali jer, pasal ramai sangat nak cuba.

Kosep Didgeridoo nie sama juga dengan eksos motor. Bunyi eksos motor kan besar. tapi nak tiup benda nie kena skill juga pasal kalau salah tiup boleh jadi tak berbunyi.

Izhal said...

baca tajuk ingatkan g.w.bush pi sana... nak juga suruh tembak je...

boomerang nampak syok betul...

Amir Azmi said...

Pengalaman yang tak terlupa, sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, cuma tugasan-tugasan yang semakin bertambah! InsyaAllah, balik Malaysia nanti ada banyak entry2 review. 3 weeks to go mate!!