Saturday, August 26, 2006

Belayar ke Pulau Langkawi

Ini sebenarnya entry yang terlewat, terlewat seminggu kerana menyelesaikan tugas-tugas harian. Minggu lepas, hari Jumaat, lebih kurang 3 petang, para Pegawai/jurulatih dari KD Pelandok dan beberapa orang Pensyarah UTM berserta para pelatih Semester I bagi Diploma Teknologi Marin (DTM) telah belayar ke Langkawi. Kami belayar menggunakan kapal MV Fajar Samudera dan mengadakan seminar tentang DTM sepanjang pelayaran kami ke Pulau Langkawi. Gambar di atas menunjukkan Kapten kapal sedang memberi taklimat keselamatan, sebaik sahaja kapal meninggalkan pelabuahan TLDM Lumut.
Bergambar bersama sebahagian Pensyarah UTM yang mengikuti pelayaran. Semua nampak tenang dipermulaan pelayaran, tapi sebelah malam dan awal pagi ramai yang dah terkapar atas katil. Mabok laut! Saya pun rasa nak mabok walaupun dah telah pil mabuk laut, tapi di tahan-tahan juga. Alhamdulillah sepanjang pelayaran tidak ada perkara buruk yang berlaku. Perjalanan dari Lumut ke Langkawi mengambil masa 18 jam.
Lebih kurang jam 10 pagi hari Sabtu, kami semua selamat mendarat di Pulau Langkawi. Apa nak difikir lagi, Shopping la jawapannya! Walaupun saya ini bukan Shopaholic, tapi sedar tak sedar saya telah menghabiskan hampir RM 200.00 kat pulau yang ada burung Helang Laut terbesar kat dunia.
Rakan-rakan sedang memilih kain batik. Memang susah kalau shopping dengan perempuan. Terutama perempuan yang terlalu teliti. Macam mana corak bunga pada kain batik yang paling cantik sekali? saya mengambil masa 2-3 jam untuk mencari jawapan itu. Penat shopping, makan laksa dan pekena cendol pulut kat pekan Kuah nie. Saya cuma beli sedikit cenderahati untuk isteri dan anak dan coklat-coklat mahal yang murah!
Salah sebuah pulau yang terdapat sekitar Pulau Langkawi. Kapal belayar balik setelah menamatkan pemburuan barang-barang tanpa cukai. Kami bertolak balik ke Lumut lebih kurang jam 6 petang. Duduk di hadapan kapal ini sampai lihat-lihat pulau di sekeliling Pulau Langkawi dan sembang-sembang tentang hasil buruan pada hari itu!
Melihat salah satu ciptaan Allah. Melihat matahari jatuh di sebelah petang. Jika diizinkan Allah, teringin nak belayar lagi dengan kapal Navy!
Sebuah mesin pemecah kebosanan di dewan makan. Mesin Juke Box ini sahajalah yang dapat menghiburkan kami setelah semua stesen radio dan isyarat telepon dah takde kat tengah-tengah Selat Melaka. Namun, Jukebox ini hanya akan berbunyi setelah menelan duit syiling 50 sen. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Pelabuhan TLDM Lumut pada pukul 10 pagi hari Ahad. Walaupun saya telah beberapa kali sampai ke Pulau Langkawi, lawatan kali ini sangat unik. Pengalaman yang sangat bermakna.

10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Dah lama teringin nak belayar dalam cruise...tak tercapai lagi.....

Cantik gambar matahari jatuh itu..........kebesaran alam ciptaan Tuhan...

Unknown said...

blackpurple: Saya nie pun kebetulan berkhidmat dengan Tentera Laut. Berdasarkan pengalaman saya nie, kalau cruise dengan family lebih-lebih lagi menyeronokkan. Pasal, kapal nie bergerak perlahan dan yang penting, takde orang nak 'call' pasal line talipon tak der kat tengah laut!

arianna adrizal said...

sejak sekolah, cita2 sy nk join navy. tp tak dpt restu.. redha saja la. bila tgk gambar2 tu, rs terujaa! alangkah bagusnya kalau sy dpt peluang tuu...

Unknown said...

"If you want to see the world, join Navy". Takpe, apa-apa kerja pun ada kelebihannya tersendiri.

Anonymous said...

boleh cerita tentang kapal tunas samudera dengan saya....
banyak yang sy nak tahu la....

tq sbb memberi komitmen

Unknown said...

Tunas Samudera saya tak tahu sangat, tapi kalau MV Fajar Samudera boleh la sikit-sikit! FYI, I'm army!

syafiq said...

best siot naik kapal fv fajar samudera ngan PPD LMS dan komender saravanan

Unknown said...

Bila awak belayar? Saya tengah tunggu pelayaran ke Medan, Indonesia :)

pcuserz said...

terkenang2 masa belayar ke sabah atas fajar ni.
sekali tu, masa kat laut china selatan, dapat "belayar atas cermin". maknanye belayar semasa keadaan laut yang amat tenang sekali, sikit ombak pun takde. creating efek mcm cermin. Subhanallah.

Unknown said...

huhu..best tol la tgk pic mv fajar samudera nie. anyway, sy pun penah belayar gak nek fajar samudera...belayar dr lumut-langkawi-lumut..ngan program gelombang biru ppd lms-tldm..fuhh..best gler..makan hari nak lupa.. tp tak akan lupa kot. tambahan bila ingatkan komander m.saravanan ajar poco-poco..paling best sy x mabuk laut..tp kengkawan yg telan ubat mabuk laut lak yg muntah2..sesaper yg penah ikut program tu reply ler komen sy..plzz