Bila saya terbaca komen TENGKU MAN dalam ruangan forum dalam Utusan Online hari ini, pada pandangan saya ada sesuatu yang tak kena dengan penulisan beliau.
Barangkali juga, ia mempunyai makna orang Malaysia perlu ‘membuka pintu’ seluas-luasnya kepada orang asing menjajah mental kita selepas kita sanggup membuka pintu untuk mereka bila masuk ke pejabat atau premis.
Kesimpulannya, ia adalah satu cara halus bagaimana orang asing cuba menjajah budaya kita secara berperingkat-peringkat dengan mendapatkan maklum balas yang selari dengan agenda mereka.
Jika dilihat dari perspektif kita, mengenai nilai murni orang asing di negara mereka, saya dapati mereka langsung tidak peka dengan kriteria di atas yang dianggap penting dalam masyarakat berbudaya.
Contohnya, jika kita melawat negara Barat, adakah kita dilayan dengan baik setibanya di lapangan terbang, di pintu luar lapangan terbang dan semasa kita sesat di dalam bandar mereka?
Kesimpulannya, ia adalah satu cara halus bagaimana orang asing cuba menjajah budaya kita secara berperingkat-peringkat dengan mendapatkan maklum balas yang selari dengan agenda mereka.
Jika dilihat dari perspektif kita, mengenai nilai murni orang asing di negara mereka, saya dapati mereka langsung tidak peka dengan kriteria di atas yang dianggap penting dalam masyarakat berbudaya.
Contohnya, jika kita melawat negara Barat, adakah kita dilayan dengan baik setibanya di lapangan terbang, di pintu luar lapangan terbang dan semasa kita sesat di dalam bandar mereka?
Berdasarkan penilaian saya, budaya membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali adalah budaya barat yang patut kita contohi. Saya mengambil pandangan sempit saya tinggal di Australia selama 4 bulan ini. Sememangnya budaya membuka pintu untuk orang lain adalah satu kebiasaan. Terutama dalam musim sejuk ini, tombol pintu semakin sejuk dan cuaca diluar sangat sejuk, menyebabkan kita segera untuk masuk ke dalam sesebuah bagunan. Menjadi kebiasaan di DITC dan juga di Melboure bagi orang di sini yang mendahului kita membuka pintu dan menunggu kita masuk dahulu sebelum mereka masuk dan sekaligus menutup pintu.
Mungkin di sesetangah bandaraya akan membiarkan pelancong lain sesat di bandarnya, tapi di Melbourne, anda di jamin tidak sesat asal tidak malu bertanya. Hampir di setiap sudut bangunan di Melbourne ini ada pondok informasi yang dilengkapi dengan brochure dan peta yang boleh diambil secara percuma. Di pondok informasi juga terdapat sukarelawan yang sedia membantu anda menunjukkan jalan sekiranya anda sesat!
Semasa saya mula sampai di Melbourne dulu, bersama rakan-rakan di dalam tram. Asal keluar peta sahaja dan buat muka 'konfius' ada sahaja penumpang lain yang sedia untuk membantu kami menunjukkan arah mana nak dituju.
Satu lagi yang menarik tentang budaya Mat Saleh di Australia ini adalah budaya menegur orang yang tidak dikenali. Asal kita sebut sahaja "Good Morning" atau yang sewaktu dengannya, pasti mereka akan balas dengan "Gidday mate, How wa you?". Selama saya tinggal di sini, terasa kemesraan mudah terjalin bila bekerja dengan mereka.
Saya pernah terbaca di akhbar mereka tentang isu orang bersin atau batuk tidak menutup mulut. Bagi kita itu perkara yang biasa tapi di sini ia merupakan isu yang besar dan sesuatu yang sangat tidak sopan dikalangan mereka.
Saya pernah dengar ada orang kata, "jika nak tahu rumah orang itu bersih, lihat tandasnya". Apa yang anda fikir tentang bandar Melbourne sekiranya kebersihan tandas awamnya membolehkan anda berbaring di atas lantainya!
Baca:
Reader Digest [Politeness Put to the Test] [Chivalry -- Not Dead Yet]
Utusan Malaysia [Hasil kaji selidik bandar raya biadab boleh dipertikaikan]
4 comments:
berapa juta ringgit dan berapa tahun lagi perlu dihabiskan jika nak implement such thing di Malaysia? boleh implement ke? :p
tengku Man tu, org gila terlebih fikir sebenarnya.
sebenarnya, aku setuju dengan hasil kajian itu apabila melihat tandas awam
sherrina: Rasanya fasiliti yang ada di Malaysia sudah memadai, cuma yang perlu dibangunkan adalah sumber manusia. Bagaimana nak meningkatkan tahap pemikiran orang Malaysia setara dengan pemikiran orang di negara-negara maju.
ron97: Rasanya, tak der la sampai gila!. Cuma membenarkan kata-kata orang Melayu lama, jauh berjalan, luas pandangan.
tapi kita dituntut untuk berprasangka baik
Post a Comment