Hari ini memang tidak plan ke mana-mana kerana ingin menyiapkan beberapa tugasan dan ulangkaji. Memang membosankan bila semua orang keluar dan hanya kita sahaja yang tinggal di blok. Hari ini juga saya telah menghantar email ke Malaysia Hall Melbourne untuk mendapatkan kepastian tentang penginapan di sana terutama sekali berkaitan makan dan solat jumaat. Saya berharap tiada halangan yang besar oleh Malaysia Hall dalam hal ini.
Petang tadi cuaca yang sangat baik. Cerah tetapi angin sejuk bertiup dengan kuat. Alhamdulillah dapat berjogging keliling pangkalan sejauh 10km. Makan malam pula, En Sufian memaklumkan tentang kedai gunting rambut di Laverton. Kosnya lebih murah berbanding di dalam pangkalan. Kos gunting rambut di pangkalan adalah AUD 20 dan di kedai gunting rambut yang direkemen oleh En. Sufian adalah setengah dari harga itu.
Kami juga berjumpa dengan Kadet Aidil dari UPNM yang berpeluang melanjutkan pengajian di ijazah pertama di Australia dan mengikuti latihan tentera di Dantrum. Dalam perjalanan balik kami berjumpa dengan Mej Dr Huda yang baru sampai dan akan mengikuti kursus perubatan kepakaran khas untuk tentera udara.
No comments:
Post a Comment