Friday, January 20, 2017

Hari ke 6 - Field Trip Melbourne


Pada hari yang berkat pertama di bumi Australia ini, Kami diberi peluang untuk melawat bandar Melbourne. Bandar yang saya pernah lawati 10 tahun yang lalu. Cuaca pada hari ini agak lembab dan hujan renyai dari awal pagi hingga ke tengahari. Kami diiring oleh SO Philipine dan SO Tongga. 

Pada asasnya, tidak banyak perubahan, cuma beberapa perubahan kepada sistem dan dalaman di sesebuah bangunan. Kami tiba di Melbourne pada jam 0930 dan SOP membawa kami ke Melbourne Library. Namun, perpustakaan masih tutup dan kami bergerak ke Shrine of Remembrance. Bangunan ini memang mempunyai banyak perubahan, Luaran dan dalaman. Cuma lawatan yang sangat singkat dan dapat naik sebentar ke tingkat atas selepas teringat bahagian itu pernah saya naiki dahulu.

MYKI memang mengelirukan pada awalnya. Ingatkan kena touch sekali semasa masuk ke train. Rupanya, naik kena touch dan turun juga kena touch! Alhamdulillah tiada yang buruk belaku walaupun, keluar masuk penumpang dan buka tutup pintu agak cepat. Begitu juga, tram yang berwarna hijau itu menunjukkan yang ia melalui laluan zone percuma. Dari Flinder ke Queen Victoria Market (QVM). Tidak seperti dulu, kita beli tiket, validate dan naik turun kenderaan awam sepanjang hari di Melbourne.

SOP memang mantap, beliau mebawa kami ke beberapa tempat yang saya sendiri tidak pernah lalui dan siap dengan penerangan! Bila ditanya, bagaimana dia tahu tentang kebanyakkan tempat di situ, beliau memaklumkan yang beliau suka membaca tentang bangunan-bangunan lama di Melbourne! memang SO yang mantap :)

Tempat terakhir adalah Queen Victoria Market. Namun, kami memilih untuk makan tengahhari di Mamak! Sebuah restoren Malaysia yang berdekatan dengan QVM (lebih kurang 200m). Rupanya bila tiba di sana, restoran ini berdekatan dengan Restoren Zam Zam. Kami menukar channel dan makan di Zam Zam. Set 1 yang terdiri dari nasi + 2 daging + 1 sayur berharga AUD 10.50 dan air kosoang yang percuma menjadi makanan tengah hari yang sangat terbaik setelah hampir seminggu makan di RAAF William. Selesai makan, terus ke salah sebuah masjid yang berdekatan untuk solat Jumaat. Kami hanya dapat solat pada sessi kedua kerana ruang solat yang terhad.

Dalam perjalan balik, kami singgah ke QVM dan akhiri perjalanan hari ini terus ke Flinder St Station. Hari ini banyak jalan ditutup kerana ada kejadian kemalangan yang mengerikan. Seorang pemandu telah merempuh orang ramai yang menyebabkan seorang lelaki, seorang perempuan dan bayi di dalam pram mati. 20 yang lain tercedera. Kami tiba di Aircraft Station jam 1530 dan makan malam di Mess pegawai.   

No comments: