Hari ini adalah Hari Australia. Hari di mana orang kulit putih pertama menemui Australia. Hari ini juga merupakan bermulalah episod baru kewujudan Australia baru yang mempunyai kepelbagaian budaya dan kehidupan masyarakat dari seluruh dunia. Namun pada masa yang sama, penduduk asal (Oboriginal) negara ini tidak berfikir sebegitu. Ada banyak kisah hitam yang dirakamkan di dalam sejarah Australia semasa penubuhannya. Perasaan marah itu masih lagi dirasai hingga ke hari ini kerana ia diperturunkan dari satu generasi ke genarasi yang lain.
Hari ini juga hari cuti yang mana saya berpeluang untuk berjalan-jalan di Melbourne. Tujuan asalnya hendak ke Victoria Market tetapi pasar itu rupanya tutup pada Hari Australia. Maka saya hanya merayau-rayau sekeliling kota itu. Saya berjalan ke arah Shrine of Rememberane kerana seperti ada event besar di sana. Saya bertuah hari ini, ada perlbagai pameran dan hiburan disediakan di situ. Dari pameran dari pelbagai persatuan dan unit. Antara yang menarik perhatian adalah persatuan pendulang emas yang membawa prop mendulang emas mereka di tempat pameran. Pengunjung boleh mendulang emas menggunakan dulang dan juga boleh menggunakan peralatan moden seperti 'metal detactor'. Selain itu juga ada perlbagai paeran yang menyediakan simulasi untuk kanak-kanak seperti memancing, menaiki bot dan sebagainya. Selaian itu juga ada perbagai persebahan dari pelbagai bangsa. Paling ketara adalah persembahan tarian singa oleh masyarakat Cina.
Selesai di tapak pameran saya bergerak ke arah Flinder. Rupanya ada event besar di hadapan Flinder Street Station. Ada satu perhimpunan besar yang memprotes Hari Australia. Memang ramai yang hadir dan dikatakan hampi 50k manusia menghadiri perhimpunan itu. Saya hanya hadir untuk mengambil gambar, dengan limitasi kamera yang terhad saya cuma mengambil gambar dari jauh. Namun, polis berkuda yang mengawal protes itu menjadi subjek menarik kerana gaya mereka yang sangat mantap!.Penungganya juga terdiri dari anggota polis lelaki dan wanita.

Lebih kurang sejam mengambil gambar perhimpunan, saya mengambil kesempatan makan tengah hari di semua kedai india muslim. Menu tengahari saya adalah 'Halal Snack Pack' (HSP). Makanan yang saya temui semasa sebelum datang di Australia di dalam Youtube.. Pada asasnya, ia hanyalah kentang goreng yang diletak di atasnya hirisan daging (ayam, lembu atau kambing). Keduanya akan sisirami oleh tiga jenis sos yang hebat yang menyebabkan anda tidak mampu untuk mengelak dari menikmati hidangan hebat ini. Saya hanya mengambil saiz kecil gabungan daging lembu dan kambing. Harga bagi gabungan inu adalah AUD 8.90. Harga HSP bermula dari AUD 7.50 dengan ayam sebagai resepi utama.
Selepas dari itu, terus ke masjid di Melbourne dan pulang ke RAAF William. Syukur Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment