Awal pagi cuba menghubungi pembantu DA Australia untu memastkan bahawa mesej kami kepada DA sampai. Nampaknya, masej minggu lepas tidak sampai kerana salah dalam mengguna no hp-nya. Tidak perlu dimasukkan kod antarabangsa. Selepas dari pembetulan, DA dapat terma masej kami dan dia membalas dengan mesra 'No worries'! :)
Pagi ini juga kami menerima Mej Azhan yang baru tiba dari Malaysia. Beliau akan menjadi jurulatih selama 2 tahun di sekolah jurutera tentera di Australia. Kawan lama sejak buat kursus Ketua Platun di PUSWATAN tahun 1998 dulu :) Seorang yang sangat 'smart' dan pakar dalam menulis! :)
Pagi ini juga, perancangan semalam terpaksa di tangguhkan kerana menerima jemputan dari sekeluarga rakyat Australia yang berasal dari Malaysia. Puan Wan Fatimah dan En Khairul yang berasal dari Teluk Intan dan Klang. Mereka telah menetap di Australia selama 31 tahun. Mereka memunyai 3 orang anak.
Perbincangan yang sangat panjang dari sejarah penghijrahan mereka, kehidupan mereka, survival orang melayu di Australia dan bantuan yang mereka boleh beri jika berhijrah ke Australia. Saya rasa mereka menerap nilai-nilai integriti, jujur yang di amal oleh orang Australia. Rumah mereka kerap menjadi transit kepada orang Malaysia atau Indonesia yang merancang untuk berhijrah ke Australia. Mak Timah menyatakan bahawa dengan niat yang ikhlas dan betul untuk mengubah kehidupan akan memastikan kelangsungan hidup di Australia dipermudahkan Allah. Sebalikya, jika datang kerana nia yang lain, ia akan membawa kepada masalah dan lebih teruk lagi memburukkan nama Malaysia di bumi kanggaroo ini.
Kami dijamu dengan mee kari, bubur kacang hijau dengan durian dn air limau. Terima kasih Mak Timah dan Abang Khairul. Terima kasih atas jemputan, layanan dan kemesraan yang diberi. In shaa Allah berjumpa lagi :)
No comments:
Post a Comment