'Authentic material' adalah bahan pengajaran dari sumber yang alami. Sumber yang mudah didapati di sekitar kita. Sebagai contoh bagi pengajaran bahasa, penggunaan keratan artikel, berita, rencana dari surat khabar, majalah atau sebagainya terutama dalam kemahiran membaca.
Ini adalah bahan utama dan paling banyak digunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sini. Saya masih ingat lagi semasa kursus MELT dulu, kami di perkenalkan dengan pengajaran menggunakan 'authentic materials'. Bahan-bahan ini diperolehi dari brochure yang kami kumpul semasa melaksanakan 'filed trips'. Maknanya, kami pergi 'field trips' itu bukan saja-saja tetapi ada tugasan yang mesti dilaksanakan.
Kelebihannya sangat besar. Ini adalah satu pengajaran kemahiran bahasa yang keluar dari buku teks. Ia lebih dengan dengan pelajar kerana maklumat ini biasanya terkini dan berkaitan dengan kehidupan sebenar. Kami yang keluar sambil mencari 'authentic materilas' ini akan lebih memahami bahan pengajaran kami dan seterusnya dapat disampaikan dengan teratur dan menarik. namun begitu, tidak semua bahan pengajaran ini menepati konsep atau objektif pengajaran, adakala ia sedikit tersasar dari objektif. Persiapannya juga agak mencabar kerana memerlukan persiapan yang teliti dan kemungkinan soalan-soalan tidak terduga oleh para pelajar yang mengikutinya.
Untuk ETDC ini, saya perlu mencari 10 bahan 'authentic materials'! dan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, sekurang-kurangnya 2 dari bahan alami boleh diperolehi dengan internet! :)
Apa pun, pengajaran menggunakan 'authentic materials' sememangnya yang terbaik dan sangat membantu para pelajar untuk menguasai pelajaran yang berkaitan bahasa.