Dah dekat 4 hari tak baca surat khabar Malaysia. Bila terbaca surat khabar Utusan Online hari ini, ada dua perkara menarik yang buat saya kena semak surat khabar lepas di search achieves. Kes kemalangan seorang Pengurus Besar akibat terkena kipas helikopter dan kes Makcik Sapiah yang di denda sebanyak RM 1000.00 kerana kepala Ikan Tongkol berharga RM 45.00.
Dalam dok belek-belek surat khabar cyber untuk mendapatkan kisah asal dua kes di atas, saya terjumpa satu rencana tentang seorang pendakwah dari UK. Beliau adalah Peter Sanders. Asalnya beliau adalah jurugambar hiburan tetapi pengalamannya hampir enam bulan di India bukan sahaja telah mengubah imej lensanya malah pegangan hidupnya.
“Tempoh enam bulan sahaja di India sudah cukup memberikan saya satu pengertian baru dan menjumpai apa yang dicari selama ini. Saya pulang semula ke England dan ditakdirkan ramai rakan-rakan saya juga telah memeluk Islam. Tetapi tidak kurang juga ramai yang menjadikan dadah dan alkohol sebagai pemberi ketenangan".
“Tidak dinafikan gejala itu cukup memberikan saya satu perasaan dilema, arah mana yang harus menjadi pilihan?” ujar Peter Sanders.
Kerana tak puas hati dengan rencana itu, saya terus buka google.com (otak no. 2!!) dan taip nama Peter Sanders. Saya temui, sebuah laman web yang sungguh terkesan dan sangat menarik. Penuh dengan rakaman-rakaman survival umat Islam seluruh dunia.
Berdakwah menggunakan lensa kamera.
Saya teringat pesanan imam berdarah timur tengah sebelum mendirikan solat Jumaat di Werribee Islamic Community semalam, "Pray like this is your last pray!". Dalam hati, "yaa, solatku yang terakhir".
No comments:
Post a Comment