Tuesday, April 25, 2006

ANZAC DAY

Dari DITC jam 0730, bertolak ke Inverleigh yang terletak dekat dengan Geelong. Kami menghadiri upacara Hari ANZAC dan memperingati tentera yang terkorban yang berasal dari Inverleigh. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan suhu di Inverleigh kira-kira 5 darjah celcius. Sejuk dan berkabus. Sampai jer, macam biasa, jadi jurukamera amatuer ambil gambar tentang kampung ini dan orang-orangnya. Seronok budak-budak perempuan nie bila semua orang nak ambil gambar mereka.
Daun Rosemary ini adalah simbol memperingati Hari ANZAC. Baunya wangi ala-ala herba. Bunga ini dipakai di poket baju semasa Hari ANZAC. Comel budak pembawa daun Rosemary nie. Rasanya, inilah gambar yang paling saya puas hati sepanjang duduk di Australia setakat ini!
Ini adalah dewan komuniti orang ramai di kampung Inverleigh yang dikhaskan untuk memperingati Hari ANZAC. Tengok budak OZ atas meriam tu. Suka hati dia jer!!
Perbarisan dari Dewan Komuniti ke Tugu Peringatan Inverleigh kira-kira 400m. Perbarisan diketuai oleh Veteran perang dari Inverleigh, Pegawai Memerintah DITC dan Pegawai dari unit di Inverleigh. Di belakang mereka adalah barisan veteran perang ANZAC. mereka yang dirai!
Barisan penuntut DITC dan staff. Sungguh segak dan bergaya dengan 'service dress'. Tapi sedih bagi saya kerana kesilapan teknikal, saya tak dapat pakai 'service dress'.
Diikuti dengan kanak-kanak sekolah yang memakai uniform. Di belakang mereka adalah penduduk Inverleigh dari pelbagai lapisan usia. Hari ini hari mereka bercuti semata-mata memperingati perwira-perwira mereka.
Majlis peletakan bunga di mulakan dengan pasukan yang terdekat dengan Inverleigh, DITC, Veteran, anak-anak dan akhir sekali oleh orang persendirian. Acara ini di akhiri dengan bertafakur selama 2 minit bagi menghormati pengorbanan anggota yang terkorban.
Barisan Veteran Perang yang berasal dari kampung ini, Inverleigh. Dari perang dunia kedua hinggalah perang Vietnam. Di Australia, mereka benar-benar disanjung sebagai perwira negara sehingga ke akhir hayat mereka.
IN MEMORY OF THE FALLEN
KOREA
MALAYSIA
VIETNAM
Di tugu peringatan ini tertera nama 5 penduduk Inverleigh yang terkorban dalam peperangan di saudara di Korea, peperangan menentang insurgensi di Malaysia dan peperangan Vietnam. Terima kasih kepada yang terkorban kerana mempertahankan Malaysia dari penentangan Komunis. Jasamu DiKenang!
Bergambar bersama pegawai dari Laos, Pegawai Memerintah DITC, Veteren perang Inverleigh dan Lt Ami Bay dari Indonesia di hadapan tugu peringatan di Inverleigh.
Bersama salah seorang veteran perang dunia kedua. Dah uzur tapi semangat hadir ke upacara memperingati ANZAC. Lihat pingatnya terletak di sebelah kiri dada, ini menunjukkan pingat itu adalah kepunyaannya!. Jika pingat-pingat itu terletak di sebelah kanan, ini bermakna dia memakai pingat bapa, datuk atau saudara-mara mereka.
Ada majlis perucapan di dewan orang ramai. Ucapan dan penceritaan tentang pengorbanan tentera ANZAC. Menurut ucapan CO, 19 orang ANZAC yang terkorban dari Inverleigh semasa peperangan dunia kedua. Dan dari 19 orang itu ada 4 pasang adik beradik yang terkorban. "Ada keluarga-keluarga yang kehilangan dua nyawa di Inverleigh dalam satu masa, mereka berkorban untuk kita", Murray Lott, Pegawai Memerintah DITC.
Selepas majlis perucapan di dewan orang ramai, ada jamuan makan.. yummmy.. makan kek, biskut dan sandwich. Tapi kena pilih betul-betul dan tanya awal-awal. Sandwich kat gambar tu tak 'halal'. Coffee and tea.... menyegarkan minum panas-panas dalam suhu sekitar 10 darjah celcius.
Sampai jumpa lagi dik!! Bye.. bye. Pengalaman yang sungguh bermakna. ANZAC DAY 06, Inverleigh.

12 comments:

Izhal said...

thanks for hte info on how to wear the pingat ... :)

szakif said...

wah.... ade pulak INZAC ni ye... first time tahu... sungguh comel budak2 australian... posting ni ade rupe cam posting terbaru saye je... adeh... chemistry?? adakah??? hehe...

ron97 said...

Mana mana yang berkhidmat sesama darurat tu akan menerima pingat dari pihak malaysia
Pingat Jasa Malaysia.
dalam proses tu.

Amir Azmi said...

izhal: Dalan 'jargon' military, selalu di sebut sebagai 'sword and medal'. Pakaian untuk hari-hari utama. Paling segak, paling kemas!

szakif: ANZAC tu maksudnga Australian New Zealand Armed Corp. ANZAC day nie macam hari pahalawan di Malaysia. Cuma, ANZAC Day ini di sambut diseluruh Australian dan New Zealand.

Mula ANZAC ini diperkenal sebelum perang dunia pertama. Masa tu Australia dan New zealand merupakan gabunagan tentera kecil di bawah Penguasa British.

Peperanagan yang menaikkan nama ANZAC adalah peperangan di Gallipoli, di Turki. British bersama tentera bersekutu (termasuk ANZAC) percaya dengan mengalahkan Turki pada ketika itu dapat menamatkan WW I.

Malangnya mereka tersalah perkiraan keadaan, mereka kalah dan ramai tentera bersekutu termasuk ANZAC yang terkorban di Gallipoli.

Hingga hari ini pengorbanan mereka diingati dan dilanjutkan dengan mereka yang terkorban di WW 2, Insegunsi di Malaysia, Korea, Vietnam, Iraq dan mana-mana yang terkorban semasa menjalankan perkhidmatan dalam tentera.

ANZAC Day hari cuti dan semua orang akan buat majlis memperingati perwira-perwira mereka.

Amir Azmi said...

ron97: saya ada jumpa beberapa pegawai tentera kat sini pakai pingat dari Malaysia. Tapi tak pasti macam mana mereka dapat.

sherrina said...

mana gambar Anzac cookies? takde ke? dulu kitorang di sekolah diajar buat biskut ni utk jualan amal.

Kagum dengan cara mereka menerapkan semangat patriotik kepada anak2 muda dan anak2 kecil. mereka mahu turut serta dengan aktiviti dan mengingati perjuangan tentera2 dahulu. kan bagus kalau kita bleh buat gini di mlaysia.

nbn said...

Yes, hidup Malaya...!!

Amir Azmi said...

sherrina: dah tambah dah! memang sedap, saya suka cookies yang ada jem strawberi!!

nbn: Hang Tuah kata, "tak hilang Melayu di dunia". :)

SaufiahAzZahrah said...

cikgu,
daun rosemary tu memang herba. Sedap kalau letak dalam sos spaghetti. hehe.

Amir Azmi said...

saufiahazzahrah: yaa.. baunya pun sedap. Memang sedap kalau masuk dalam sos spaghetti. tapi saya belum pernah cuba lagi :) mengikut kata tukang kebun, ada pokok tu kat kawasan penginapan ini, tapi belum jumpa lagi!

esis said...

seharusnya juga, upacara ini
dilakukan dikampung-kampung atau pekan.

bagi menghargai jasa veteren perang ini. jangan ketepikan mereka.

suatu budaya yang harus di ikuti dan dijadikan contoh.

Amir Azmi said...

esis: Tahap patriotisme kita belum lagi tinggi macam OZ. Sesuatu yang kita boleh belajar dari mereka tentang menghargai pengorbanan orang lain.