Monday, March 27, 2006

Daylight Saving Time (DST)

Di negara yang terletak terlalu di utara atau di selatan bumi Allah ini, ada satu kejadian alam yang cukup menarik. Kejadian yang melibatkan masa.

Biasanya negara-negara ini mengalami 4 musim dalam setahun dan kejadian 4 musim ini menyebabkan perbezaan antara masa siang dan masa malam. Pada musim bunga/panas, waktu siang adalah lebih panjang dari malam manakala di musim luruh/sejuk, waktu siang lebih pendek dari waktu malam.

Sekarang ini, Australia sedang memasuki musim luruh, seterusnya musim sejuk. Maka, Australia akan mengalami waktu siang yang lebih pendek. Pada waktu ini, Daylight Saving Time (DST) digunakan sebagai panduan orang ramai untuk mengetahui keadaan waktu sebenar terutama tentang terbitnya matahari dan tengelamnya matahari.

Bila masa waktu siang berubah, pastinya waktu solat juga akan berubah. Lihat perubahan waktu di bawah bermula pada 26 Mac 2006.

25 Mac 2006 [Subuh : 0601] [Sunrise : 0727] [Zuhur : 1327] [Asar : 1650] [Maghrib : 1925] [Isyak : 2047]

26 Mac 2006 [Subuh : 0502] [Sunrise : 0628] [Zuhur : 1226] [Asar : 1549] [Maghrib : 1824] [Isyak : 1946]

Nasihat dari isteri: Boleh la sembahyang Tahadjud banyak-banyak! InsyaAllah ;P

8 comments:

doBot said...

aku dari dulu tak paham macam mana diorang kire benda nie? Kalau boleh, kor terangkan secara lebih berilustrasi leh tak? hehehehe....sajek nak nyusahkan kor.

blackpurple said...

keBESARan Allah......

ady said...

heheheheh akak dah pesan awal2 tuh. ady dedulu pun pernah kene sound akak bab solat malam nih. tapi biasa la kan adik yg degil :p

kunci hilang said...

di asia timur pula musim bunga bakal bermula. Seorang kawan baru bertukar kerjaya sebagai snowboard instructor. Apabila salji di sini lenyap sepenuhnya dia akan ke Australia atau NZ pula.

szakif said...

Allah memang sengaja menjadikan alam ni sedemikian rupa supaya kita berfikir siapakah di sebalik penciptaan yang agung ini...

NBB said...

boleh main bunga api selalu...malam kan lagi best main bunga api berbanding siang kan..

Amir Azmi said...

dobot: Macam nie dobot, kita buat analogi dulu. Sebenarnya Malaysia Timur ada waktu dia sendiri. Tapi kerana Malaysia Timur guna waktu yang sama dengan Semenanjung, kita dapati pukul 6 petang di Malaysia Timur dah gelap.

Apa yang berlaku, orang Malaysia Timur akan menamatkan segala aktivitinya pukul 6 petang, manakala orang Semenanjung akan menamatkan aktivitinya jam 7 petang.

Perkara yang sama juga berlaku pada Melabourne. Semasa Summer dan Spring, waktu siangnya panjang. Maka kerajaan Australia menambah 1 jam dalam GMT (perkiraan jam berdasar Greenwich) atau jam awal di Australia.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan OZ melakukan aktiviti outdoor lebih lama kerana matahari terbenam adalah 7.30 petang.

Jika tidak ditambah, matahari masuk jam 6.30 petang.

Nak menggalakkan OZ yang obes bersenam.

Di musim gugur dan sejuk nie, masa dah kembali macam asal.

Faham ker??

blackpurple: Luasnya ilmu Allah, menginsafkan diri setiap kali melihatnya.

ady: InsyaAllah.

kunci hilang: sekarang (musim gugur) pun malam dah capai 12 darjah celsius.. kalau tak pasang heater, memang tak boleh tidur dan nak kencing malam jer!!

szakif: Betul! betul! kita hamba yang sangat-sangat lemah.

NBB: Dalam pengkalan tentera mana boleh main bunga api!! bahaya!!

sherrina said...

Amir,
jangan lupa amik gambar banyak2 di timbunan daun2 luruh. lawa tu. dan jangan lupa pakai baju sejuk sentiasa. walaupun hanya autumn, dah sejuk juga bagi kita yg tak biasa.

p/s: teringat dulu2 masa ke sekolah, eksyen taknak pakai baju panas sebab tak berapa sejuk. bila dah sampai ke sekolah, baru mengelatuk. sampai cikgu nak pinjamkan dulu sweaternye. adik saya pula jenis darah panas. masa winter ais dah beku di permukaan air pun dia relax terjun swimming pool. Mat saleh tercengang2 melihatnya...:)