Thursday, April 27, 2006

Private Jack Kovco

Prebet Jack Kovco merupakan anggota tentera Australia yang pertama terkorban sepanjang penglibatan Australia dalam konflik berdarah di Iraq. Pengorbanannya disebut-sebut sepanjang hari ANZAC yang lalu.

Hari ini, satu kejadian yang mengejutkan rakyat Australia amnya dan keluarga Prebet Jack Kovco khasnya telah berlaku. Kejadian yang juga memalukan PM Australia, John Howard. Keranda yang sepatutnya mengandungi mayat Prebet Jack Kovco telah tersalah hantar ke Lapangan terbang Melbourne.

John Howard sendiri menyatakan betapa beliau sangat kecewa dan marah dengan kesilapan yang telah berlaku. Sebuah syarikat swasta di persalahkan kerana kesilapan tersebut.

Berita jam 6.00 petang tadi menayangkan temubual pemberita dengan ibu, bapa, saudara-mara Prebet Jack Kovco dan John Howard sendiri. Menurut bapa Prebet Jack Kovco, beliau sendiri menelefon PM pagi tadi dan pada ketika itu PM masih berada di atas katil! John Howard dikecam habis-habisan atas kesilapan ini.

Di antara kenyataan akhbar Howard hari ini;
"She was very distressed, she was very angry, she was very upset, and all of that is totally understandable,"
"She's been through the anguish of losing her husband with two tiny children, and trying to explain to a four-year-old boy that your father's not coming back again any more is a terrible trauma."
"I felt sorry for her late husband's parents who are also going through this terrible upset,"

Bukan senang nak jadi PM di Australia, di mana masyarakatnya berpendidikan tinggi, suara rakyat yang sangat berkuasa, sangat emosional dalam patriotisme dan suara akhbar yang sangat terbuka. Satu yang pasti, Howard juga seorang yang licik mengawal emosi rakyatnya!

Baca: [Wrong body fiasco] [Bungle 'an absolute disgrace'][PM sorry for body bungle]

Gambar ikhsan: Herald Sun

6 comments:

sherrina said...

kalau jadi kat sini, cenggini ke reaksi keluarga perajurit yg terkorban? bleh sampai tahap telepon perdana menteri ke? hmm..

blackpurple said...

John Howard ni pun agaknya lahir dari generasi orang buangan.... Agaknya lah...

nbn said...

sadis sungguh...macamana nak komen tu..

masih di Australia?

Amir Azmi said...

sherrina: Saya rasa tentera Malaysia lebih teliti dalam hal-hal kebajikan keluarga tentera. Cuma dalam perkhidmatan Tentera Australia nie banyak sangat yang di'swasta'kan. Dan bila tiada komunikasi diantara tentera dan syarikat swasta (mungkin kerana ego masing-masing atau sikap lepas tangan), itu yang jadi macam nie!

blackpurple: Pada pendapat saya, John Howard dan menteri-menteri OZ lebih terbuka dari PM negara lain. Biasa saya lihat menteri-menteri OZ kena maki hamun dengan rakyat dia. Paling terbaru, sebelum kes Pbt Kovco, kejadian ribut Taufan dan Queenland. selepas 3 hari tiada bantuan yang teratur, rakyat dia mengamuk dan selamba jer maki hamun menteri yang lawat kawasan yang terjejas. Menteri dia buat muka 'toye' jer. Lepas tu, confidence bagi keyataan akhbar! Esoknya... masalah selesai!

Saya tak tahu, sama ada kita boleh luah perasaan macam tu kat menteri-menteri kita di Malaysia.

nbn: Masih lagi bang, sehingga bulan Julai!

MelayuAussie said...

"Bukan senang nak jadi PM di Australia, di mana masyarakatnya berpendidikan tinggi, suara rakyat yang sangat berkuasa, sangat emosional dalam patriotisme dan suara akhbar yang sangat terbuka."

you baru jer tinggal kat sana tak sampai setahun you dah boleh bagi statement macam ni?

how naive

Amir Azmi said...

melayuaussie: Ini pandangan saya sajer. Pengalaman saya berkhidmat dengan kerajaan selama 6 tahun, belajar di Uni di Malaysia dan bersekolah di Malaysia. Sedikit sebanyak membantu saya dalam menilai perbezaan antara masyarakat yang bertamaddun atau sebaliknya.

Saya bukan menidakkan pandangan saudara, Saudara juga ada pandangan sendiri dengan masyarakat Australia sehingga bergelar melayuaussie!

Ini pandangan terbuka! saya bagi statement itu kerana saya boleh buktikan!