Thursday, April 06, 2006

MELT Field Trip II

Salah satu syarat utama untuk menjadi warganegara Australia adalah mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Bagi sesiapa yang berminat menjadi warganegara Australia, biasanya mereka akan menduduki ujian Bahasa Inggeris. Sekiranya gagal, mereka perlu menghadiri kelas bahasa Inggeris dengan jumlah jam tertentu sebelum menjadi warganegara Australia.
Field trip kali ini memang sangat-sangat releven dengan pembelajaran di sini. Adult Multicultural Education Services (AMES) merupakan sebuah pusat latihan Bahasa Inggeris yang khusus untuk pendatang atau pelarian yang ingin menjadi warganegara Australia. Kaedah pengajaranya sangat mudah untuk difahami. Lebih kepada Bahasa Inggeris pertuturan dan penulisan. Kebanyakkan pelajarnya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan datang dari pelbagai negara.
Gambar di atas adalah seorang warga senior, Encik Wolfgang dari Poland yang ingin menjadi warga Australia dan menghabiskan umur persaraanya di sini.

Pada pandangan saya, Australia ini sememangnya sebuah negara yang seronok untuk didiami. Bukan sahaja kerana budaya kerja, cuaca dan keindahannya tetapi kerana budaya menjaga kebajikan rakyatnya dan juga orang yang bakal menjadi rakyatnya. Nilai kesamaan sesama manusia itu memang jelas di lihat di sini.

Tiada siapa yang harus tersisih kerana halangan bahasa. Semuanya harus menguasai Bahasa Inggeris. Semuanya di satukan dengan satu bahasa, Bahasa Inggeris.

9 comments:

Anonymous said...

sana ada durian?
kalau takdak, kansel!

Unknown said...

dah berapa tahun saya belajar bahasa inggeris, tapi tak berapa nak lancar la cikgu... ni sekarang tengah cuti 3 bulan, lagi la... memang tak cakap bahse inggeris la gamaknya... at least kat UIA ni jumpe dan bercakap bahse inggeris la jugak dengan pelajar2 antarabangsa ni, tapi bile cuti 3 bulan ni, mati kutu saya dibuatnya. apa pandangan cikgu untuk memperbaiki pertuturan bahasa inggeris dalam persekitaran yang tak melayakkan kita berbahasa inggeris? kat kampung ramai orang jawa sajor... hm.....

Unknown said...

ron97: soalan yang sama juga India Muslim tanya! "ada ke nasi kandar kat Australia?"

Tapi mereka tetap datang ke Autralia dan buka kedai nasi kandar!

Apa bedanya!!

szakif: Bahasa Inggeris ini adalah ilmu. Ilmu bahasa. asas ilmu bahasa nie ada empat; mendengar, membaca, menulis dan bercakap. Jadi tak sememstinya nak mahir ilmu bahasa kita kena bercakap, boleh mendengar, menulis dan membaca!

Mula dari sekarang dan Istiqomah, InsyaAllah.

P/s: Sayang tak belajar bahasa arab sungguh-sungguh dulu! Arrgghh!

Anonymous said...

ko suruh tanah pokok durian kat sana?

Anonymous said...

tanah=tanam

Unknown said...

Kat utara Australia nie cuacanya sama dengan negara kita. Kat sana ada banyak pokok pisang.

Kebanyakkanya di tanam oleh orang cina. Baru-baru nie ada ribut taufan rosakan tanaman mereka.

Kira tanah kat situ boleh tanam durian. Boleh perkenal kat OZ! OZ nie semua dia makan, pasal kat OZ nie ada macam macam jenis bangsa.

sherrina said...

di Australia ada durian lah. sebab ada bahagian middle Australia yg sesuai tanam durian. in fact ada ditanam kalau x silap. rambutan kene import. reganya smpi rm 7 sebiji (bukan seikat ye, sebiji)....siap demo kat skolah lagi cara bukak rambutan pakai gigi :)

CIAO ITALIA! said...


Memang "seronok" tinggal di negeri kangguru ini.

lol

Pak Amir di kota manakah? Saya di sydney.

Unknown said...

macchiato: Saya di Melbourne, untuk masa yang singkat!