Tuesday, April 18, 2006

Malaysia Hall Sydney

Semasa bercuti di Sydney, kami telah memilih Malaysia Hall sebagai tempat penginapan kami. Kami buat temphan 2 minggu sebelum cuti dan bayar AUD 6.00 untuk satu malam. Tinggal kat Sydney 2 malam, makan bayar sehari jer AUD 10.00. Jumlah kena bayar untuk penginapan dan makan di Sydney, AUD 22.00. Angkatan Tentera Australia bayar AUD 46.00 untuk satu hari cuti. 3 hari kat Sydney x AUD 46.00, kira-kiranya berbaloi!

Kebetulan pada hari Sabtu, hari saya sampai. Ada majlis sambutan Maulidur Rasul di Malaysia Hall. Seronok dapat jumpa pelajar Malaysia dan yang paling penting dapat makan makanan Malaysia. Sambal belacan pun ada!!

Dari kiri: Kapt Shahir (sambung kursus tektik infantri di Brisbane), Abang Saifuddin bin Abdullah (Pensyarah UTM dalam bidang Arkitek yang sedang menyambung Phd.), Tuan Haji Musa bin Mansur (Pengarah Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Sydney), Encik Nazaruddin bin Abu Bakar (Atashe Pendidikan di Sydney) dan saya!

Ada cerita lucu dan menarik di Malaysia Hall ini. Walaupun saya telah kenal Kapt Shahir agak lama, tapi saya tidak pernah menanya di mana di belajar masa sekolah menengah. Setahu saya dia adalah graduan UIA yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia dalam Regimen Askar Melayu DiRaja.

Semasa Di Malaysia Hall, saya berkenalan dengan seorang pelajar Malaysia yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang). Bacth 1997. Saya juga merupakan bekas pelajar SMAP Kajang. Saya belajar sejak sekolah itu baru ditubuhkan. First bacth tingkatan 4. tahun 1990.

Nak jadi cerita, pada pagi Ahad. Sebelum keluar jalan-jalan naik ferry sekitar Sydney. Saya dan Kapt Shahir terserempak dengan bekas pelajar SMAP tadi. Terus Kapt Shahir kata, "Jom kita jumpa kejap dengan budak SMAP tu, dia junior aku". Saya kata pada Kapt Shahir, "Dia pun junior aku, ko pun budak SMAP ke??". Kami saling pandang, dan ketawa.

Rupanya Kapt Shahir adalah junior saya setahun di SMAP Kajang dulu!!. Sebab tu la bila pertama kali saya jumpa dia, macam kenal jer.. tapi di mana yaa! Macam-macam cerita lama diungkit balik!

Macam cerita LOST pulak..

6 comments:

Unknown said...

wah.... macam pertemuan jejak kasih pula... tapi macam mana junior beza satu batch pun boleh hampir terlupe cikgu... hehehe.... kirim salam kat kapt syahir...

sherrina said...

keciknya dunia, yekk

Unknown said...

szakif: Pelajar SMAP Kajang ramai sangat. @ tahun kat SMAP tu tak sempat nak kenal semua. InsyaAllah.

sherrina: Selalu jadi macam nie!! Macam cerita LOST! :P

abudzar said...

Nak tanya..kalau menyewa kat msian hall bawak anak2 sekali boleh ke

Amir Azmi said...

Boleh, tak de masalah. Bilik biasanya kosong bila student balik bercuti :) sebaiknya, maklum terlebih awal Malaysia Hall sebelum menginap di sana. :)

Amiza said...

Tahniah Tuan...NANTI kalau free SAYA jumpa Tuan..