Pagi sabtu sampai Sydney. Petang terus jalan-jalan ke Opera House. Sebelum sampai Opera House, singgah dulu di Hyde Park. Ada pameran The Bigger Picture Exhibition yang bermula dari 8 hingga 24 April 06. Memang gambar-gambar yang dipamerkan besar-besar. Gambar di atas bertajuk Cronulla 2005. Gambar berkenaan rusuhan kaum yang telah berlaku di pantai Cronulla. Ada macam-macam gambar lagi. Menarik, cuba lawat www.fairfaxphotos.com
Sampai di Opera House tengok matahari terbenam. Ada pasangan pengantin sedang mengadakan sessi fotografi. Memang cantik kalau ambil gambar kat sini. Berpakaian Raja Sehari berlatarbelakang Opera House dan Habour Bridge yang unik. Terkenang....
Esoknya, kembali lagi ke Opera House. Kali ini nak ambil gambar dari laut. Dengan menggunakan tiket Daytripper yang berharga AUD 15.00 melayakkan saya dan rakan menggunakan train, bus dan ferry sepuas-puanya dalam satu hari. Perlabuhan nie namanya Circular Quay Habour. Tempat ferry-ferry berlabuh dan membawa penumpang ke destinasi-destinasi menarik sekitar Sydney. Sememangnya, OZ nie boleh kaya dengan sektor perlancongan sahaja. Pasal ferry-ferry nie tak menang tangan. Ada sahaja pelancong yang akan naik ferry ini dan mereka datang dari pelbagai bangsa serata dunia.
Cantik! hebat betul akal manusia ciptaan Allah. Ambil gambar dari ferry. Latar belakang langit dan laut yang biru. Warna yang mendamai dan menenangkan minda. MasyaAllah.
Luna Park. Salah satu tempat persinggahan ferry di Sydney ini. Taman tema ini telah lama di tubuhkan. Sejak tahun 1935. Sesuai untuk bawa kanak-kanak. Di sini saya juga bertemu dengan satu pasangan Melayu dari Seri Manjung, Perak!!. Suami bekerja sebagai jurutera di janakuasa elektrik di Segari dan isterinya seorang guru IKM. Barangkali mereka menyambut ulang tahun perkahwinan kerana anak mereka di tinggalkan di Malaysia. Seronoknya la kalau datang Sydney nie dengan isteri dan anak-anak! Azam.. azam..

Akhir sekali, ferry kami lawat Manly. Manly ini terkenal dengan pantainya yang cantik dan uniknya, tempat ini tidak dibenarkan merokok. Punya la ramai manusia kat bandar Manly dan pantainya. Susah nak jumpa orang hisap rokok. Sepanjang perjalanan ferry, kita boleh lihat pemandangan teluk dan dataran yang sangat cantik. Lautnya sangat biru. Burung Camar, terbang bersebelahan dengan ferry. Sampai jer kat Manly, cuma Shusie sahaja yang boleh makan. Pasal Shusie 100% guna ikan. Shushie dalam pack AUD 7.50 dan roll AUD 3.00 makan dua orang. Dah lapar, sedap aje!
5 comments:
Apa jadinya SYD modern tanpa sushi shops dan sushi bars-nya?
heheee
William Air Force, berarti bagian dari militer?
+++
Enam tahun lalu saya tiba di sini untuk bersekolah (NSW dan QLD) sekarang hanya bekerja, berpetualang, sambil bermimpi saja.
cikgu, berape kadar pertukaran wang RM dan AUD?
wah.. nampak sedap makanan itu... kenapa lately ramai sangat rakan-rakan blogger termasuk cikgu amir letak gambar makanan? tak boleh tahan... hehe...
one thing really attract me so much.. kenapa warna dan "corak" awan di australia nampak lawa sangat? ataukah hanya teknik photography?
wahh,..
berjalan sakan hang no.
ni yang aku jelos ni..
kalau pakai dSLR, fuhhh...mantap. kamera yg cikgu guna pun dah hasilkan gambar sebaik ini, apatah lagi kalau ada dSLR. cung tahap tak hingat..hehehe...
p/s: Kawasan pulau yg takleh merokok tu, ada ke org yg memantau samada org2 kat situ ikut peraturan atau tidak? atau memang masing2 berkesedaran sendiri utk mematuhi peraturan itu?
machiato: Yaa benar. Saya pegawai tentera dari Malaysia. berkursus di Laverton, Melbourne sehingga 30 Jun 06. Bersama saya di dalam kursus ini ada 8 orang pegawai dari TNI. Bapak-bapak semua!!
szakif: AUD 1.00 bersamaan RM 2.80. Mula-mula dulu takut-takut nak beli barang, bayangkan kalau barang AUD 10.00 bersamaan RM 28.00. Tapi, sekarang dah tak kira dah..!! tak beli, tak merasa la! kena bayang AUD tu sama nilai dengan RM... Bayang makan shusie tu kalau ikut RM, kira-kira RM 28.00. Bayangkan, apa yang kita boleh makan dengan RM 28.00!
Kawan cikgu kata, "Allah dah bagi syurga awal-awal lagi kat orang Australia". Mungkin Australia nie tak banyak awan, jadi warna langitnya cantik, dan warna lautnya cantik pasal biasan dari warna langit!.. Memang hebat ciptaan Allah.
Kamera cikgu murah jer, jenis OLYMPUS yang macam buah 'kana' tu!
ron97: Mudah-mudahan awak pun di beri peluang oleh Allah melihat kehebatan ciptaanya, Ameen.
sherrina: Tu la pasal, teringin nak beli kamera besar, tapi duitnya kecil dan ilmu kamera pun sikit.
Ada kereta polis, tapi polisnya tak nampak. Kawan saya kata, polisnya duk lepak kat bar!
Pada pandangan saya, orang tak merokok kerana awal-awal lagi kat pelabuhan dah tulis 'no smoking' dan kedua, semua orang patuh dengan arahan tu!
Biasa la OZ, mentaliti tahap tinggi!
Post a Comment