Wednesday, March 21, 2007

Cikgu di Pendalaman

Berita malam tadi ada menyiarkan sedutan Sidang Parlimen hari ini. Dalam sedutan itu, seorang YB dari Sabah telah berhujah dengan menyatakan ramai guru yang datang ke Sabah tetapi sedikit yang mahu berkhidmat di pendalaman Sabah. Pada ketika yang sama juga ada YB lain yang menyampuk. "Sarawak pun sama!". YB dari Sabah itu menyifatkan kawasan pendalaman Sabah sebagai 'Lubuk Hantu' merujuk kepada keengganan guru-guru berkhidmat di pendalaman Sabah.

Seorang rakan guru saya ada menceritakan tentang pengalaman seorang guru yang berkhidmat di pendalaman Sarawak. Guru itu terpaksa menggunakan pengangkutan air selama satu hari dan berhenti rehat di sebuah kampung. Keesokannya pula beliau terpaksa menyambung perjalannanya selama separuh hari dan kemudian terpaksa melalui denai hutan kira-kira 3 km untuk sampai ke sekolahnya. Memang mencabar betul dan pastinya menuntut pengorbanan yang tinggi.

Inilah di antara punca ramai guru yang tidak mahu masuk ke pendalaman. Pengorbanan yang terlalu mahal bagi guru-guru hari ini.

Saya pernah terbaca sebuah artikel tentang konsep pendidikan di pulau-pulau yang bertaburan di sekitar Indonesia. Dikatakan, walaupun pulau-pulau itu berjauhan dari kota besar Indonesia, namun mereka masih lagi boleh berkomunikasi dengan kota-kota besar kerana adanya teknologi komunikasi yang menggunakan sistem satelit. Teknologi ini telah lama digunakan sejak pemerintahan Sukarno lagi. Walaupun berjauhan, namun pelajar dan pendidik yang jauh masih mampu mendapat maklumat terkini dan juga mampu berhubung dengan keluarga yang tersayang.

Di Malaysia, saya lihat teknologi komunikasi hari ini jauh lebih baik dari negara-negara yang membangun lain. Kita boleh menonton berpuluh rancangan pilihan dengan melanggan satu stesyen TV sahaja. Kita juga telah menonton iklan orang kuning yang ada di merata Malaysia dan boleh serah tugas kat orang hitam, biru dan lain-lain lagi bila kita pergi keluar negara. Kita juga lihat konsert-konsert besar yang melalaikan ditaja oleh syarikat telekomunikasi. Hati-hati, adakalanya anda mungkin berada di wilayah sebuah syarikat telekomunikasi!. Ini semua menunjukkan bahawa, syarikat telekomunikasi di Malaysia mewah-mewah dan mempunyai liputan yang meluas.

Ironinya, kemewahan dan keluasan liputan ini tidak dapat meringankan beban warga pendidik kita yang meredah segala cabaran semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada manusia yang daif di pendalaman Malaysia.

Apalah sangat jika syarikat telekomunikasi menaja sistem komunikasi sekolah-sekolah di pendalaman. Membangunkan sistem sidang video dan rancangan TV pendidikan yang boleh ditonton oleh pelajar yang tinggal di pendalaman. Guru yang berkhidmat di pendalaman juga tidak begitu terasing sekiranya mereka mampu berkomunikasi dengan orang tersayang dengan teknologi yang ada.

Ini semua bukan satu pelaburan yang menguntungkan bagi syarikat telekomunikasi tetapi sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial dan manfaat kepada masyarakat yang tinggal di pendalaman Malaysia. Ini kerana, ilmu itu dapat mengeluarkan manusia dari kejahilan.

6 comments:

doBot said...

Betul tu AA. Komunikas terkini hanya ada di bandar2 besar jek. Cuba la mereka buat di kawasan pendalaman terutama sekolah. Baru murid luar bandar akan kenal apa itu 'internet'.

is150 said...

nie kena lantik wakil rakyat yang betul-betul paham... bukan tengok dorang cakap-cakap jer...

dugongsenyum said...

belanja buat iklan 2-3 versi tu pun bukan murah. apa kata tahun depan ambik bajet buat iklan tu separuh untuk bina beberapa pencawang/stesen di pedalaman.

Amir Azmi said...

dobot: Alhamdulillah saya lahir kat bandar besar, dapat peluang lihat nikmat dari pendidikan yang baik. Kesian kat rakan sebaya saya yang membesar dikawasan pendalaman. Mungkin hari ini mereka hanya selesa hidup di kawasan pendalaman sahaja!

is150: Itu la kerja orang politik, kena pandai cakap! kadang-kadang nak ketawa dengan apa yang diorang cakap!!

Is, tentang script 'recent commets' tu. Saya dapat nie dari laman blogspot la. Tapi saya rasa, script nie ringkas sahaja. Ada script recent comments yang lebih canggih! copy n paste jer dari blog saya!

dugongsenyum: Yang jelasnya, syarikat komunikasi nie nak kaut untung jer dan metaliti syarikat komunikasi yang belum ada nilai keprihatinan. Cuba kita lihat jutawan kat Barat, macam Bill Gates yang derma berbillion untuk bina hospital sakit barah. dan Shumi (F1) senang-senang keluar USD 1 juta untuk mangsa Tsunami! kita belum sampai tahap tu!

cikguizza said...

saya bersetuju dengan pandangan saudara..

cikguizza

zaimluqman said...

Syarikat komunikasi di Malaysia
melabur untuk untung besar.Apabila pengguna kurang dikawasan pendalaman jangan harap dia orang nak pasang pemancar.Masa pilihanraya kecil dulu kat Batu Talam dia orang bawa pemancar bergerak kekawasan orang asli di Ulu Sungai.Habis pilihanraya.Habis Line.Pandai orang politik.