Thursday, February 15, 2007

Guru yang Mengajar Membaca

Semasa saya mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dulu, ada seorang pensyarah saya bercerita tentang pengalaman seorang guru yang mengajar di kawasan pendalaman Negeri Perak. Guru ini merupakan guru sandaran (guru yang tidak mempunyai latihan perguruan) yang di hantar ke pendalaman Perak untuk mengajar anak-anak orang asli.

Setelah setahun beliau berkhidmat di sekolah itu, beliau mendapati masalah utama pelajar di sekolah itu adalah membaca. Sehingga sudah menduduki tingkatan 1 pun, masih terdapat ramai pelajar yang tidak boleh membaca. Atas rasa simpati, beliau telah meminta kebenaran dari pengetuanya untuk mengadakan kelas tambahan hanya untuk mendidik pelajarnya 'membaca'.

Namun setelah menggunakan beberapa kaedah, para pelajarnya masih lagi gagal membaca dengan lancar. Namun beliau tidak pernah berputus asa kerana beliau berpendapat, dengan membaca, pemikiran manusia akan lebih terbuka. Membaca juga mangangkat martabat manusia dari kejahilan kepada manusia yang berilmu.

Pastinya doa guru yang mempunyai rasa simpati dan kesungguhan untuk menjadikan orang lain lebih baik akan dimakbulkan. Setelah beberapa lama membuat pemerhatian, beliau mendapati para pelajarnya mempunyai kecenderungan menyanyi yang tinggi. Walaupun anak-anak orang asli ini tinggal di pendalaman, tapi mereka dapat menyanyi dengan baik lagu-lagu 'Siti Nurhaliza'. Namun, bila disuruh membaca lirik lagu tersebut, mereka gagal melakukannya. Dari sinilah guru itu mendapat satu idea untuk membantu para pelajarnya membaca, Menyanyi sambil Membaca.

Beliau telah memecahkan lirik lagu 'Siti' kepada patah-patah perkataan;

Be-ta-pa ku cin-ta pa-da mu,
Ka-ta-kan-lah kau cin-ta pa-da ku, .....

Sambil pelajarnya menyanyi sambil melihat ejaan bagi setiap sebutan. Ejaan dalam bentuk patah-patan perkataan yang ringkas. Beliau terus membuat latihan demi latihan.

Dalam beberapa bulan beliau telah melihat hasilnya, ramai pelajarnya sudah mula boleh membaca dengan baik. Betapa puas hatinya melihat para pelajarnya sudah bijak membaca.

Sebenarnya, ini adalah salah satu cerita-cerita hebat dari guru-guru yang mengajar di pendalam Malaysia. Mereka menggunakan segala ikhtiar untuk menjadikan manusia yang ada disekelilingnya membesar dengan ilmu di dada. Ilmu yang dapat mengubah pemikiran dan persepsi tentang hidup.

Pucuk pangkalnya adalah rasa simpati dan kesungguhan untuk mendidik manusia lain. Walau apa pun rintangan yang ada, ia tidak dapat menyekat hati seorang guru yang ikhlas. Guru yang mengambil masa berhari untuk sampai ke sekolah pendalaman, Guru yang terpaksa mengajar di sekolah usang, Guru yang berhadapan dengan pelajar yang sangat lemah dan Guru yang terpaksa meninggalkan orang-orang yang tersayang untuk berbakti kepada anak bangsa.

p/s: Siapa tengok laporan khas di TV3 malam tadi dan semalam? cerita pasal guru di pendalaman Malaysia. Kesian mereka, berhari nak sampai ke sekolah dan terpaksa makan pucuk kayu dan ulam untuk terus hidup. Ada juga yang terpaksa berenang nak kesekolah. Buat cikgu yang menangis tu, tabahkan hati. Allah pasti memberi ganjaran yang sewajarnya di syurga nanti, InsyaAllah.

4 comments:

Anonymous said...

sangat harap ada banyak lagi guru sebegini amir. ikhlas dan mahu berbakti.

sherrina said...

saya pun sedang mengajar sekumpulan anak asli mualaf di KL ni. Seorang tu dah darjah 5 tak tahu membaca, yg lain tu boleh baca BM takleh baca English. Saya guna buku Bacalah Anakku dan Read Easy, senang nak mengajar membaca. Patut guru2 pendalaman dibekalkan peralatan seperti ini.

Unknown said...

kusyi: Hebantanya hasil dari guru-guru yang ikhlas. Keberkatan ilmu yang berpanjangan dan berterusan.

sherrina: Buku yang awak sebut tu ada dijual di kedai buku? Bagus tu, memudahkan lagi tugas guru untuk mendidik pelajar.

sherrina said...

Ada...kebanyakkan kedai buku ada menjualnya. Ia dijual dalam satu set 8 buah buku beserta CD cara mengajar. Sangat bagus dan berkesan.