Pernah dengar tentang couchsurfing?
Ia adalah versi reality bagi FB. Mungkin lebih hebat lagi!. Bagi orang yang
suka mengembara, kekangan yang terpaling besar adalah perbelanjaan sepanjang
pengembaraan. Penginapan adalah salah satu yang harus dpertimbangkan oleh para
pegembara yang biasanya menelan kos yang amat besar. Dengan couchsurfing, kos
penginapan tidak membebankan lagi. Ini kerana couchsurfing menyediakan berjuta
hos di seluruh dunia yang mengizinkan ‘couch’ atau sofa mereka digunakan secara
percuma kepada para pengembara dari seluruh dunia. Sebagai pegembara kita cuma
request pada hos yang terdapat dalam couchsurfing dan jika mereka mengizinkan,
kita boleh tumpang bermalam di sofa mereka secara percuma. Malah ada hos yang
berbesar hati yang belanja makan malam kita dan membawa kita berjalan-jalan ke
tempat menarik di kediaman mereka.Kita juga boleh menjadi hos untuk para
pengembara dari seluruh dunia. Kita bukan sahaja mendapat sedikit kemudahan
semasa nmengenbara malah mendapat kenalan baru sepanjang pengembraan kita di
bumi asing. Semua maklumat boleh ditemui di www.couchsurfing.com.
Aku dapat tahu tentang couchsurfing
melalui satu group backpackers yang terdapat dalam FB. Ada sebuah kisah seorang
remaja Vietnam yang mengelilingi dunia dengan hanya USD 700 sahaja. Aku
mempunyai hajat untuk menjadi couchsurfer sepanjang berada di Montreal. Aku dah
survey beberapa hos yang diyakini dapat member pengalaman bermakna di Montreal.
Lebih menarik lagi 80% penduduk Montreal bertutur dalam bahasa Perancis. Memang
sangat sesuai belajar bahasa Perancis dengan menumpang tidur di rumah orang
yang berbahasa Perancis. Mudah-mudahan pengalam ini akan membantu meningkatkan
pengetahuan bahasa Perancis-ku. Native speaker, authentic! J
No comments:
Post a Comment