Selesai solat Subuh, aku bersiap
menunggu mertuaku pulang dari solat subuh kerana aku akan memandu keretanya ke
Kuala Lumpur. Lebih kurang jam 0640, aku menyusur embun pagi dengan kereta
Mercedes mertuaku ke Kuala Lumpur. Aku sebenarnya mempunyai beberapa
perancangan selain melapor ke kerutaan Kanada. Lebih kurang jam 0930, aku sampai
di Kuala Lumpur. Tempat pertama yang aku tuju adalah Sg. Besi. Keluarkan duit
di stesen minyak Shell dan terus pergi ke pekan Sungai Besi untuk membeli
beberapa eksessori uniformku, persediaan untuk ke Kanada. Dari Sungai Besi, aku
terus ke Wisma Tan&Tan, di mana Konsulat Kanada terletak di tingkat 17
bangunan itu. Aku terus hubungi Lt.Kol Khairudin untuk kepastian. Dia dan Mej
Normiah rupanya sedang menunggu aku kerana mereka tidak mempunyai kenderaan.
Jam di tangan menunjukkan 1110H. Aku terus ke Mindef untuk mendapatkan mereka.
1130H, kami sudah sampai ke Konsulat Kanada. Menariknya, kami Cuma perlu
serahkan borang, passport dan dua keeping gambar dengan latar putih. Menurut
pegawai yang menggantikan tugas Anne itu, semua dokumen akan di’poslaju’ ke Kedutaan
Kanada di Singapura dan diproses di sana. Ini bermakna urusan belum selesai.
Kemungkinan besar kena datang balik minggu hadapan.
Selesai tugas di Konsulat, aku
mengambil kesempatan menyelsaikan beberapa tugas peribadi dan pandu pulang.
Alhamdulillah sampai di rumah lebih kurang 1945H. Berbuka pizza dan air kosong
sahaja di dalam kereta.
No comments:
Post a Comment