Awal pagi aku terus ke perpustakaan
KDP untuk mengisi borang permohonan visa Kanada. Aku mengambil masa yang agak
lama dan kahirnya aku mengambil keputusan untuk terus call Anne Joseph, pegawai
yang menguruskan perjalanan kami ke Kanada. Rupanya, mudah sahaja. Cuma klik pada
Application Kits. Baru aku dapat buka borang tersebut. Namun begitu, aku Cuma
dapat isi borang pengisytiharan keluarga sahaja, borang peribadi gagal dibuka.
Aku meminta bantuan Kapt Shalini. Dia beri contoh borang yang beliau pernah
isi. Hmm.. ada ruangan yang tanya pasal passport. Aku terus balik rumah, ambil
gambar passport dan pergi ke pejabat Imigresen Seri Manjung untuk buat
passport.
Aku cuba lagi pada sebelah petang,
masih lagi gagal. Stress kerana gagal buka borang peribadi. Syukur
Alhamdulillah, semasa solat magrib berjemaah, dating idea menggunkan browser
yang lain untuk buka borang tersebut. Tepat sekali ilham dari Allah. Dari
Google Chrome aku menggunakan Internet Explorer. Alhamdulillah, borang sudah
boleh dibuka dan diisi. Passport di scan dan semua die-mail kepada Anne Joseph
malam itu juga. Kerja ku selesai hampir 100100H pagi J
No comments:
Post a Comment