Setelah lama bercuti di rumah, anak-anak-ku berpeluang bercuti di luar dari sempadan Perak pada hari Isnin (23 Dis) yang lalu. Aku dan isteri memilih Pulau Pinang sebagai tempat bercuti keluarga pada hujung tahun 2013. Pada mulanya, aku merancang ke Krabi, Thailand. namun terpaksa ditangguhkan kerana perancangan yang teliti tidak dapat dibuat pada masa yang singkat.
Kami bertolak pada pagi Isnin bersama kedua mertua kami dan tiba di Pulau Pinang melalui jambatan lebih kurang 12 tengah hari. Tempat pertama yang menjadi tumpuan adalah Nasi Kandar Line Clear yang terletak di Lebuh Chulia. Bertepatan dengan masa dan perut yang lapar, aku memilih hidangan kari kepala ikan, sotong kari, ayam goreng dan sayur kobis goreng. Alhamdulillah, puas makan di situ. Sememangnya tempat tersebut penuh dengan pelanggan.
Selesai makan di Line Clear, kami terus ke hotel penginapan yang terletak di Tanjung Bungah. Tempahan hotel ini memang bersejarah bagi-ku kerana buat pertama kali aku menempah hotel ini dengan menggunakan perkhidmatan www.agoda.com. Pada pendapat aku, memang sangat mudah dan berbaloi menggunakan agoda untuk menempah hotel. Hotel yang aku dan keluarga menginap adalah Hotel Flamingo. Sesuai untuk bercuti kerana hotel ini terletak di tepi pantai dan mempunyai kolam renang yang menjadi idaman anak-anak-ku.
Beberapa jam leaps check-in, anak-anak-ku mula resah hendak main air. Akhirnya aku aku akur dan membawa mereka main air. Godaan pantai yang cantik menyebabkan anak-anak-ku terus ke pantai dan mengabaikan kolam renang yang kebiruan airnya. Aku cuma melepak di tepi pantai memantau anak-anak-ku yang seronok bermain ombak.
Di kerusi rehat tempat aku melepak terdapat beberapa pelancong berkulit hitam. Aku menegur mereka dan dengan ramah mereka berbual dengan aku. Aku dapati mereka adalah sebuah keluarga dari Afrika Selatan yang menyambut Krismas di Malaysia. Pada 25 Dis, mereka akan menyambut Krismas di Pulau Pangkor.
Selepas mereka beredar, sebuah keluarga dari Jerman mangambil alih tempat mereka. Aku tidak bercadang untuk berbual dengan mereka tetapi lebih menumpukan perhatian kepada anak-anak-ku kerana ombak semakin kuat. Cuma aku gembira bila anak-anak-ku bermain air dengan anak-anak warga Jerman tersebut.
Sebelah malam, kami mejamu selera di Padang Kota. Apalagi yang lebih popular di Padang Kota jika tidak Pasamburnya. Macam biasa, aku meng'order' pasambur dan keluarga yang lain menempah makanan kegemaran mereka. Suasana tetap sama, selepas makan anak-anak-ku dan sepupunya mengambil masa bermain di taman permainan di tepi pantai. Malam yang sungguh mendamaikan.
Pagi esoknya, kami sekeluarga memenuhkan masa berendam di pantai dan kolam renang sebelum check out jam 12 tengah hari. Lokasi seterusnya adalah Batu Feringghi. Tujuan asal adalah untuk melihat pantai yang cantik, namun sepanjang perjalanan isteri-ku menemui sesuatu yang menarik dalam iPhonenya. Toy Museum yang terletak di Batu Feringghi. Kedudukannya sangat terpencil dan tiket masuknya agak mahal. Mahal bagiku kerana persembahannya tidak begitu menarik. Lebih kepada sebuah stor mainan yang disusun rapi di dalam bekas plastik dari sebuah muzium permainan yang disangka-sangkakan. Penyaman udara juga tidak berfungsi dengan baik. Kami meninggalkan muzium dengan perasaan sedikit kecewa.
Seterusnya, makan tengah hari di Tarbhus Restaurant. Ini sebenarnya restoran last minit kerana tak banyak restoren yang dibuka pada waktu siang di Batu Feringghi. Bagi saya, lunch yang terbaik dari Nasi Arab. Makanan timur tengah yang lazat di tepi pantai yang permai. Walaupun harganya agak mahal, kami sangat berpuashati. Air yogurt yang masam rupanya memang serasi deng makanan arab :).
Kami memilih untuk menaiki ferry untuk meninggalkan pulau percutian kami. In shaa Allah, ada rezeki kami akan sampai lagi ke sini. Sebelum pulang ke Seri Manjung, kami bermalam di Kulim, rumah adik ipar-ku. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment