TKF memaklumkan dalam baris pagi yang
aku akan ke Kanada. Kursus Submarine dia yang akan ajar. Aku simpati dengan
TKF-ku, walaupun dah nak bersara terpaksa mengantikan aku untuk mengajar kelas
submarine. Ada task yang besar harus diselesaikan sebelum pergi ke Kanada,
menyediakan persediaan mengajar untuk bantu TKF-ku.
Sebelah petang aku menerima e-mail
dalam iPhone-ku. E-mail dari Mej Azhar, Pegawai dari OPLAT juga bekas DS-ku
semasa mengikuti Kursus G3 di Port Dickson. “Good
News … your name have nominate to attend French Course in Canada by your
Directorate … plse make preparation from now.” Aku juga ada menerima e-mail
dari Anne Joseph, pegawai yang menguruskan perjalanan kami ke Kanada. Beliau
menyertakan ‘link’ ke laman web Keduataan Kanada untuk mengisi borang Peribadi
dan borang pengiystiharan keluarga. Aku terus ke Perpustakaan KDP untuk melihat
dan belajar lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment